RECAP Perjalanan JDT Bagi Tahun 2020

Dalam usaha memantapkan kualiti pasukan bagi menghadapi musim 2020, JDT telah memilih Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE) sebagai destinasi latihan dengan mengadakan lima perlawanan persahabatan pra musim 2020 yang agak mewah tetapi professional.

Dua kelab dari UAE, satu kelab dari Latvia dan Slovakia serta satu pasukan kebangsaan, Turkmenistan telah dipersiapkan sebagai pasukan ujian buat JDT.

Disebalik pengumuman JDT untuk mengadakan aksi perlawanan persahabatan pramusim di Dubai ada segelintir individu menjangkakan JDT akan menjadi pasukan belasahan sepanjang tempoh siri pramusim tersebut.

Sebaliknya, JDT mencatatkan tiga kemenangan dan dua kekalahan dalam aksi tersebut.

Pemilihan ke Dubai sebagai destinasi latihan merupakan satu perancangan dan pendedahan yang terbaik buat barisan pemain JDT. Cukup untuk menguji taktikal, tingkatkan kecergasan dan meraikan pemain dan bariasan kejurulatihan dengan pakej pelancongan mewah.

Kejohanan 2020 Bermula

Perlawanan pertama musim 2020 bertemu Vissel Kobe di Jepun untuk aksi Liga Juara-Juara Asia (ACL), JDT tewas 5-1. Faktor utama kekalahan kerana pemain banyak melihat bola dan bagaikan terpesona dengan aksi bekas pemain Barcelona, Iniesta, kata Luciano Figueroa.

Perlawanan pertama Liga Malaysia dimulakan dengan aksi Piala Sumbangsih aka perlawanan pertama Liga Super menentang pasukan Kedah.

Majoriti menjangkakan JDT mudah menundukkan Kedah seperti mana aksi akhir Piala Malaysia 2019.

Namun, sebaliknya berlaku apabila JDT kelihatan ‘struggle’ untuk menjaringkan gol dihadapan penyokongnya dan di dalam stadium baharu sendiri.

Mujur sahaja, Mauricio berjaya menanduk padu bola hantaran Cabrera di penghujung babak pertama perlawanan. Gol tunggal tersebut menghadiahkan piala pertama JDT di musim 2020.

Seterusnya wakil Korea Selatan, Suwon Bluewings bertandang ke Johor Bahru untuk aksi kedua ACL. Berbekalkan semangat stadium baharu, JDT berjaya mengejutkan pasukan tersebut apabila menang 2-1.

Kemenangan ini seperti memberi harapan yang JDT akan mara lebih jauh untuk kempen ACL kali ini. Sekurang-kurangnya, melepasi peringkat kumpulan.

Tiga perlawanan Liga Malaysia seterusnya boleh dikatakan JDT kelihatan ‘struggle’ untuk menang.

Kemungkinan pasukan Liga Malaysia semakin baik atau para pemain JDT masih mengenang lagi hidangan daging mewah yang di makan di Nusr-ET sewaktu pramusim di Dubai.

Bintang JDT, Safawi pula terpalit dengan masalah cinta menyaksikan prestasi beliau dibawah paras terbaik.

Aktiviti Bola Sepak Digantung

Mujur sahaja bola sepak ditangguhkan disebabkan Covid-19 yang menyerang bukan sahaja Malaysia tetapi, seluruh dunia.

Lima bulan pemain tanpa aksi kompetitif dan hanya membuat latihan di rumah. Stadium baharu sunyi tanpa kehadiran penyokong.

Tempoh ini juga dimanfaatkan JDT untuk ‘restart’ semula mentaliti juara pemain.

Sekembalinya aksi Liga Super, JDT kembali menjadi JDT. Mudah meratap pasukan-pasukan lawan dengan jaringan-jaringan besar. 7-0 menewaskan Perak, 6-1 lawan Selangor, 4-1 dengan Sabah dan 0-5 menundukkan Melaka United.

Sekaligus menjulang piala Liga Super untuk tahun ke-7 berturut-turut dan kali ini dengan status ‘The Invincibles’, tanpa tewas dalam 11 perlawanan.

Pemain muda Ramadhan Saifullah menjadi perhatian bukan sahaja penyokong JDT malah seluruh peminat bola sepak Malaysia.

Individu ini katanya bakal mencabar posisi Safawi.

Sapu Bersih Kejohanan Domestik

Safawi pula, yang prestasinya kurang memberangsangkan telah membuat kejutan apabila dipinjamkan ke sebuah kelab Portugal, Portimonense SC.

Musim 2020 diteruskan dengan pertembungan dua kejohanan yang perlu dihadapi JDT. Kempen Piala Malaysia di Malaysia dan ACL yang bakal berlangsung di Doha.

Perancangan awalnya adalah untuk membentuk dua pasukan seimbang bagi menghadapi kedua-dua kejohanan yang berlangsung dalam tempoh masa yang sama ini.

Untuk kempen Piala Malaysia, JDT sempat menewaskan Kuching FA dalam pusingan pertama sebelum kerajaan menngumumkan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) hampir di seluruh negara yang melarang aktiviti keluar negara dan juga merentas negeri.

Impaknya bukan sahaja Piala Malaysia dibatalkan, tetapi JDT turut dilarang untuk terbang ke Doha.

Maka berakhirlah kempen bola sepak JDT untuk musim 2020. JDT menang kedua-dua piala yang ditawarkan di Liga Malaysia musim ini.

Not bad.

***Artikel ini telah ditulis oleh KHAIRUDDIN ABDUL HAMID dan telah dihantar untuk disiarkan di laman sesawang The Sukan

BACA:  JDT Semakin Hampir Untuk Tandatangani Penjaring Terbanyak Liga Thailand Musim Lepas