Rekod Piala Dunia Milik Messi Dan Dalam Pengejaran

Laman sesawang rasmi International Association Football Federation (FIFA) telah menyoroti rekod Piala Dunia yang menjadi milik Lionel Messi dan yang mampu dikejarnya.

Lionel Messi sekali berada di pentas akhir Piala Dunia selepas gagal menjulang trofi keagungan itu pada tahun 2014 dan kini Messi mahu menebus kehampaan itu di final 2022.

Mari kilat lihat rekod yang telah dipegang Messi dan rekod apa yang mampu dikejarnya lagi:

1. Lionel Messi adalah salah seorang daripada enam pemain yang pernah bermain dalam lima Piala Dunia bersama Antonio Carbajal, Lothar Matthaus, Rafa Marquez, Andres Guardado dan Cristiano Ronaldo.

2. Lothar Matthaus dan Messi berkongsi rekod penampilan terbanyak Piala Dunia dengan 25 penampilan. ‘La Pulga Atomica’ akan mendahului akan memecahkan rekod ini jika bermain di perlawanan akhir.

3. Lionel Messi telah membuat rekod 18 penampilan sebagai kapten dalam Piala Dunia. Dia diikuti Rafa Marquez (17) dan Diego Maradona (16).

4. Paolo Maldini telah bermain paling banyak minit dalam sejarah Piala Dunia: 2,217 minit. Messi mencatatkan 2,194 minit permainan dan boleh mengatasi pemain Itali itu pada final Qatar 2022. Hanya 23 minit sahaja lagi diperlukan Messi.

5. Lionel Messi adalah satu-satunya pemain yang mencatatkan bantuan gol dalam lima Piala Dunia berbeza. Pencabar terdekatnya ialah Pele, Grzegorz Lato, Diego Maradona dan David Beckham yang mencipta gol dalam tiga edisi masing-masing. Rekod yang hampir mustahil dicabar.

6. Pele dan Messi berkongsi rekod untuk bantuan gol terbanyak dalam fasa kalah mati iaitu 6 bantuan gol. Mampu dipecahkan di final ni.

7. Messi adalah penjaring terbanyak Argentina dalam Piala Dunia dengan 11 gol. Dia diikuti oleh Gabriel Batistuta (10), Diego Maradona (8), Guillermo Stabile (8), Mario Kempes (6) dan Gonzalo Higuain (5).

8. Messi adalah satu-satunya pemain yang menjaringkan gol dalam Piala Dunia pada usia remaja, 20-an dan 30-an. Pele terlepas melakukan perkara yang sama dengan perbezaan empat bulan.

9. Messi menjaringkan gol Piala Dunia pertama dan terbaharunya dengan selang masa 16 tahun dan 180 hari. Rentang terbesar seterusnya dalam sejarah Piala Dunia adalah milik Cristiano Ronaldo pada usia 16 tahun dan 160 hari. Kepoweran yang bertahan lama.

10. Anugerah pemain Terbaik Perlawanan pertama kali diperkenalkan dan dianugerahkan pada tahun 2002 telah diberikan kepada Messi sebanyak 10 kali. Empat MOTM di Brazil 2014 adalah rekod untuk satu edisi yang dikongsi bersama Wesley Sneijder yang menerima jumlah yang sama di Piala Dunia Afrika Selatan 2010.

11. Miroslav Klose telah bermain dalam 17 kemenangan Piala Dunia. Messi kini mencatatkan 16 kemenangan yang mampu untuk disamakan dan dipecahkan jika beraksi di tahun 2024.

Lionel Messi dilahirkan di Rosario dan menyertai Newell Old Boys ketika berumur 6 tahun sebelum meninggalkan Argentina untuk menyertai Barcelona pada usia 13 tahun.

Sebelum semua itu terjadi, Messitelah menyertai kelab tempatan, Grandoli pada usia empat tahun dan pada ketika itu Salvador Aparicio merupakan jurulatih di Grandoli.

Salvador Aparicio merupakan jurulatih pertama Lionel Messi namun dengan rendah hati menafikan bahawa beliau adalah insan yang berjaya menemui bakat yang ada pada Messi.

Pada satu malam Messi dan keluarganya datang untuk menyaksikan perlawanan, abangnya bermain. Pada ketika itu Messi dilihat bermain bola ditepi padang.

Pada malam itu Salvador Aparicio kekurangan seorang pemain, selepas ditunggu-tunggu pemain tersebut tidak kunjung tiba dan Salvador Aparicio meminta kebenaran Ibu Messi untuk Messi bermain.

Ibu Messi tidak membenarkan Messi bermain kerana bagi ibunya Messi tidak pandai bermain dan tidak pernah bermain bola namun neneknya menyuruh Messi untuk turut beraksi.

Dan dari sinilah bermulanya Messi bermain bola sepak secara berpasukan dan menjaringkan 6 atau 7 gol dalam setiap perlawanan.

Individu yang pencetus kewujudan Messi dalam dunia bola sepak hari ini adalah neneknya, terima kasih nenek Messi!!!

BACA:  Pemain Argentina Rempuh Bilik Tidur Buat Kejutan Hari Jadi Leo Messi