Rob Green Melubang Najiskan Nama Arnold Ketika Live

Bekas penjaga gol England, Robert Green secara halus telah melubang najiskan nama Trent Alexander Arnold ketika mengulas perlawanan secara langsung antara England dan Hungary.

Ramai penonton yang menyaksikan perlawanan itu telah menyedari apa yang disebutkan oleh Rob Green dengan menyebut Trent Alexander ‘Lubang Najis’. Korang pandai-pandai terjemah ke bahasa Inggeris.

Rob Green dikatakan telah memanggil bintang Liverpool, Trent Alexander Arnold dengan gelaran yang tak sepatutnya disebut secara terang-terangan seperti itu.

Kesilapan beliau memanggil nama Arnold dengan tidak sepatutnya itu disedari oleh para penyokong England, yang kemudiannya hangat membincangkan tentang hal tersebut di media sosial.

Pada awal mula aksi perlawanan antara England bertemu Hungary dalam saingan Nations League, Green dikatakan terlepas memanggil nama Arnold dengan gelaran tak sepatutnya.

Peminat di media sosial mendapati Green memanggil nama Arnold dengan menyebut ‘Trent Alexander-Arsehool’ ketika beliau membincangkan tentang formasi yang digunakan oleh Gareth Southgate.

Tidak pasti sama ada beliau terlepas cakap, tersilap panggil, atau memang kebiasaannya beliau memanggil Arnold dengan gelaran itu namun terlupa kali ini beliau sedang mengulas secara langsung.

Tidak mengejutkan juga untuk melihat para peminat hangat membincangkan hal tersebut di media sosial kerana ia sesuatu hal yang sangat menarik.

Kesilapan Green menyebut nama Arnold turut mencetuskan perbalahan di kalangan peminat di media sosial, dengan ada yang terhibur dan ada juga peminat yang tak gembira dengan hal itu.

“Saya yakin Rob Green panggil Trent Alexander Arnold sebagai Arsehool. Saya dengar dengan jelas sekali. Adakah itu dari hati dia?”

“Saya rasa dia memang selalu panggil Arnold begitu, tapi dia lupa kali ini dia bercakap secara langsung. Itu sudah cukup untuk membuktikan dia tak profesional.”

“Saya berani bersumpah saya dengar Rob Green panggil Trent Alexander Arnold sebagai Trent Alexander Arsehool.”

“Apa masalah dia? Saya tak sangka pula yang legenda pun sama saja seperti penyalah guna media sosial lain, sebut nama pun sampai menghina.”

“Hahahaha saya rasa itu komen dari hati dia, sesuai juga nama tu dengan Arnold lepas melihat dia tak menyanyi lagu kebangsaan hari ini.”

Bercakap tentang nyanyian lagu kebangsaan, Trent Alexander Arnold hari ini turut teruk dihentam oleh para peminat kerana tidak menyanyi lagu kebangsaan England ketika sebelum aksi sepak mula perlawanan.

England terpaksa akur tewas 1-0 di tangan Hungary dan jelas sekali ia bukan satu keputusan yang diharapkan oleh skuad kendalian Gareth Southgate itu.

Arnold Dikecam Kerana Tidak Nyanyikan Lagu Kebangsaan

Pemain Liverpool, Trent Alexander Arnold telah dikecam terus kerana tidak menyanyikan lagu kebangsaan England, God Save the Queen sebelum sepak mula perlawanan antara England dan Hungary di saingan UEFA Nations League.

Pemain berusia 23 tahun itu bermula dikesebelasan utama pilihan Gareth Southgate dalam perlawanan yang berlangsung di Puskas Arena, Budapest dan bermain diposisinya right wing back.

Disebalik kekalahan England dalam perlawanan ini, Trent Alexander-Arnold telah menimbulkan kontroversi pra-perlawanan kerana tidak menyanyikan ‘God Save The Queen’ apabila lagu itu dimainkan.

Setiap pemain dilihat menyanyikan lagu itu tetapi Alexander-Arnold berdiri hanya membatu, buat keras tidak mahu menyanyikan lagu kebangsaan bersama-sama.

Di mana perlawanan ini pula bertepatan dengan sambutan Jubli Platinum Ratu dan apa lagi, Trent Alexander Arnold dikecam oleh peminat di media sosial.

Tindakan Trent Alexander Arnold ini dianggap sebagai memalukan dan hujahan mereka sangat mudah, tak nak nyanyi lagu kebangsaan tetapi mahu memakai lencana pasukan kebangsaan di dada.

Trent Alexander Arnold merupakan anak jati Liverpool yang mempunyai kebanggaan tersendiri dan ramai di Merseyside mengatakan bahawa mereka adalah ‘Scouse, bukan Inggeris (Scouse not English)’.

Bulan lalu, sebelum perlawanan akhir Piala FA. Liverpool menentang Chelsea, peminat Liverpool mengejek lagu kebangsaan serta Duke of Cambridge, Putera William.

Umum mengetahui dan bukanlah satu rahsia bahawa ramai orang dari Liverpool tidak menyokong pasukan kebangsaan England di kejohanan utama lantaran rasa benci.

Kebencian itu berpunca daripada salah urus kerajaan Konservatif terhadap bandar itu pada tahun 1980-an dan kegagalan untuk bencana Hillsborough, di mana 97 penyokong Liverpool meninggal dunia.

Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp sebelum ini pernah memberitahu media dengan satu jawapan selamat mengenai insiden ini:

“Rakyat tidak melakukan sesuatu tanpa sebab”.

Trent Alexander Arnold beraksi selama satu jam dalam perlawanan ini sebelum digantikan dengan Recee James yang menghadiahkan sepakan penalti beberapa minit selepas masuk ke padang.

Nasib baik masa England kena gol, Arnold dah keluar kalau tidak berganda-ganda kena kecam. Apa yang dilakukan Arnold ini tidak boleh sama sekali dijadikan ikutan oleh kita rakyat Malaysia.

Nations League: Hungary 1-0 England

Skuad Tiga Singa, England memulakan kempen UEFA Nations League di League A Group 3 dengan langkah kiri apabila telah dikejutkan oleh Hungary dengan kekalahan tipis satu gol tanpa balas.

Dalam League A Group 3, England berada bersama-sama Hungary, Itali dan Jerman, kekalahan ini nyata memberi tamparan hebat buat England dan menjadi kejutan besar di Nations League setakat ini.

Masih jauh perjalanan England sebenarnya untuk menentukan samada layak atau tidak kerana masih ada lima perlawanan berbaki.

Buat pertama kali dalam tempoh 60 tahun, Hungary berjaya menewaskan England sejak tahun 1962 kira-kira 8 tahun dan 95 hari sebelum Southgate dilahirkan.

Perlawanan di Puskas Arena ini sepatutnya dilangsungkan secara tertutup tanpa kehadiran sebarang penyokong samada tuan rumah atau lawan disebabkan oleh insiden perkauman

Perlakuan bersifat perkauman dari penyokong Hungary di EURO 2020 menyebabkan Hungary dihukum tiga perlawanan tanpa penonton namun sebaliknya terjadi.

Untuk perlawanan ini hanya kanak-kanak berusia bawah 14 tahun dibenarkan masuk namun terdapat juga orang dewasa dan hampir 30,000 penonton Hungary hadir dan penyokong England tidak dibenarkan.

Jika kanak-kanak dibenarkan masuk sudah pasti penjaga mereka yang merupakan orang dewasa akan ada bersama dan idea membenarkan kanak-kanak masuk ini telah dikritik Gareth Southgate.

Ketika lagu kebangsaan England, God Save the Queen berkumandang semua penonton di stadium diam menghormati namun ejekan penuh nafsu mula kedengaran ketika pemain England berlutut sebagai tanda anti perkauman.

Pemain Liverpool, Trent Alexander Arnold juga mencetuskan kontroversi dan dikecam hebat kerana hanya membatu tidak menyanyikan lagu kebangsaan seperti rakan sepasukan yang lain.

Dalam perlawanan ini, England kelihatan agak goyah sejak awal permainan. Gareth Southgate bermain dengan tiga pertahan di mana Arnold dan James Justin yang melakukan debut selaku wing back dilihat tidak berfungsi dengan baik.

Hungary dengan garang dan tanpa henti menyasarkan pertahanan England di bahagian sayap yang tidak dikawal dan gol kemenangan HUngary melalau sepakan penalti separuh masa kedua daripada Dominik Szoboszlai datang dari lubuk di bahagian sayap.

Reece James yang masuk menggantikan Arnold pada minit ke-62 telah menolak pemain sayap Hungary, Zsolt Nagy.

Video Assistant Referee (VAR) mengesahkan kesalahan Recee James selepas melakukan pemeriksaan dan kad kuning kekal menjadi milik James.

Pada minit ke-66, Dominik Szoboszlai tenang menyempurnakan sepakan dan gol itu menjadi satu-satunya gol perlawanan.

Jude Bellingham dan Bukayo Saka sahaja antara pemain yang layak diberikan kredit dan pujian dalam perlawanan ini dan kerana tewas kredibiliti Harry Maguire terus dipersoal.

Aksi buruk dan kelakar Maguire dikelab sebelum ini sering kali ditutup sedikit dengan aksinya bersama England.

Hungary (3-4-1-2): Gulacsi; Lang, Orban, Attila Szalai; Nego, A Nagy (Styles 82), Schafer, Z Nagy (Vecsei 88); Sallai (Kleinheisler 71), Szoboszlai (Fiola 82), Adam Szalai (Adam 88).

Simpanan: Dibusz, Szappanos; Kecskes, Salloi, Bolla, Vancsa, Spandler.

England (3-4-3): Pickford; Walker (Stones 62), Coady (Phillips 79), Maguire; Alexander-Arnold (James 62), Bellingham, Rice, Justin (Saka 45); Bowen, Kane, Mount (Grealish 62).

Simpanan: Ramsdale, Pope; Trippier, Gallagher, Ward-Prowse, Sterling, Abraham.

BACA:  Peminat Terkejut Rob Green Memanggil Trent Dengan Panggilan Tak Sepatutnya