Ronaldo Akhirnya Buka Mulut Berkenaan Cerita Masa Depannya

Masa depan pemain bintang, Cristiano Ronaldo, masih menjadi tanda tanya di kalangan peminat pemain ini mahupun peminat pasukan Manchester United.

Segala resah gelisah ini bermula pada awal pra-musim di mana Ronaldo tidak menyertai latihan minggu pertama di bawah kendalian Erik Ten Hag dan mengatakan ingin menyelesaikan isu keluarga.

Dek kerana masalah peribadinya, dia tidak menyertai rakan sepasukan yang lain terbang ke Thailand dan Australia untuk siri jelajah pra-musim, dan terlepas pesta kemenangan ke atas Liverpool, Crystal Palace dan Melbourne City.

Pada masa yang sama, telah timbul cerita bahawa pemain berusia 37 tahun ini sedang menrencanakan perpindahan dirinya keluar daripada Manchester United dan mensasarkan untuk menyertai pasukan yang bermain di Liga Juara-Juara UEFA.

Walaubagaimanapun, selepas puas ejennya, Jorge Mendes mencari pasukan baru untuk Ronaldo, tiada kata putus dapat dicapai dengan mana-mana kelab.

Kelab yang dikaitrapat dengan Ronaldo – Chelsea, Bayern Munich, Paris Saint Germain, Kelantan JKR dan juga Atletico Madrid- kesemua mereka menafikan dan menutup pintu untuk mengambil pemenang Ballon d’Or lima kali ini, meskipun dia sudah menyatakan kesanggupan untuk memotong gaji.

Malah dalam perlawanan pra musim pertama mereka, penyokong Atletico Madrid telah mengangkat kain rentang yang memberi amaran kepada kelab supaya tidak mengambil Cristiano Ronaldo.

Walaubagaimanapun, Ronaldo memuatnaik komen di gambar tersebut dengan emoji gelak sahaja. Mungkin para penyokong sudah kena main dengan pihak media.

Terbaru, selepas pulangnya Erik Ten Hag dan pasukan ke Manchester dari Australia, Mendes dan Ronaldo telah mengadakan pertemuan muka ke muka dengan pengurus pasukan, sambil disertai oleh bekas pengurus pasukan suatu ketika dahulu – Pak Alex.

Terdapat laporan yang mengatakan bahawa Ronaldo dan ejennya memujuk kelab supaya meletakkannya ke dalam senarai untuk dijual, atau membatalkan kontraknya yang berbaki lagi setahun kerana menurutnya, terdapat sebuah kelab yang benar-benar ingin menggunakan khidmatnya.

Banyak pihak yang mengatakan bahawa kelab tersebut adalah Sporting CP – kelab yang mula diwakili Ronaldo sewaktu zaman pensabunannya dulu.

Selain itu, terdapat khabar angin yang tersebar yang mengatakan bahawa tujuan Ronaldo ingin bermain di Liga Juara-Juara UEFA adalah demi melindungi rekod peribadinya daripada dipecahkan oleh Lionel Messi, yang kini bermain untuk Paris Saint Germain di Ligue 1.

Kalau melihat kepada prestasi Messi pada musim lalu, kerisauan Ronaldo ini sebenarnya tidak berasas kerana kapten Argentina itu hanya mampu menjaringkan 11 gol dalam kesemua pertandingan buat gergasi Perancis tersebut, berbanding Ronaldo yang menjaringkan 24 gol dalam kesemua pertandingan.

Selama cerita-cerita tentangnya tersebar dan disebarkan oleh media, Ronaldo mengambil pendekatan mengunci mulut, namun selepas lama bersabar akhirnya Ronaldo mula bersuara.

Dalam satu komen di Instagram, Ronaldo mendakwa bahawa media sebenarnya memainkan cerita yang salah demi menjana keuntungan.

“Mustahil tak cerita pasal aku dalam satu hari. Kalau tidak, mana mau nya media buat duit.

“Korang tahu kalau korang tak menipu, korang tak dapat perhatian orang ramai.

“Buat la lagi sampai korang dapat berita betul.”

Tidak dapat dipastikan cerita yang mana kah merupakan cerita tipu yang dilaporkan oleh media.

Adakah berita tentang keinginannya untuk berpindah?  Kisahnya kena reject dengan kelab lain? Atau cerita dia tak sanggup melihat Messi memotong rekodnya?

Itu kekal misteri. Hanya tuan badan yang tahu.

Bekas penyerang Manchester United dan bekas rakan sepasukan Ronaldo, Louis Saha, telah menyarankan bahawa pemain Portugal tersebut patut dijual, atau sekurang-kurangnya didenda.

“Ya, kalau dia taknak main untuk kelab dah, kau kena buang la dia. Dia tak sertai jelajah [pra-musim], dia tak sertai latihan, jadi kau kena tunjuk disiplin la.”

Sumber : Mirror

BACA:  Cristiano Ronaldo Manusia Lelaki Pertama Jaringkan Gol Di Lima Edisi Piala Dunia