Ronaldo Dihentam Teruk Kerana Mensia-siakan Peluang Untuk Jaringkan Gol Penyamaan

Ketua pasukan Portugal, Cristiano Ronaldo telah dihentam teruk oleh para peminat selepas beliau mensia-siakan peluang untuk menjaringkan gol penyamaan ketika aksi bertemu Serbia.

Ronaldo berpeluang untuk menjaringkan gol atau setidak-tidaknya membuka ruang kepada rakan sepasukannya untuk meledak gol, namun beliau memilih untuk mensia-siakan peluang yang hadir di minit-minit akhir permainan dalam perlawanan tersebut.

Pemain midfield Lille, Renato Sanches berjaya menjaringkan gol pembukaan untuk Portugal pada minit kedua dalam perlawanan yang dilangsungkan di Estadio da Luz di Lisbon itu.

Skuad kendalian Fernando Santos hanya memerlukan keputusan seri sahaja untuk melayakkan mereka beraksi di pentas Piala Dunia Qatar 2022.

Walau bagaimanapun, Serbia berjaya menunjukkan semangat juang yang tinggi dengan mereka melakukan comeback untuk menewaskan Portugal dalam perlawanan ini.

Dusan Tadic memadam gol pendahuluan yang dijaringkan oleh Sanches pada minit ke-33 permainan, sebelum beliau kemudiannya mencipta assists untuk gol kemenangan Serbia yang dijaringkan oleh Aleksandar Mitrovic pada minit ke-90 permainan.

Pada minit ke-92 permainan, Cristiano Ronaldo berpeluang untuk menyamakan kedudukan, selepas beliau menerima bola umpanan cantik dari Cancelo di kawasan D Serbia.

Bintang Manchester United itu mendada bola terlebih dahulu, sebelum beliau melepaskan volley padu yang tidak sepatutnya dilakukan.

Sentuhan pertama beliau tidak dinafikan sememangnya sungguh cantik dan kemas, namun sayangnya berbanding mengawal bola terlebih dahulu, beliau lebih memilih untuk melepaskan rembatan yang sia-sia.

Bola rembatan Ronaldo jauh tersasar dan langsung tidak memberi ancaman ke gawang gol Serbia dan tindakan beliau itu mengundang kemarahan netizen Portugal.

Para peminat mempertikaikan tindakan Cristiano Ronaldo itu dan menganggap beliau merosakkan permainan dan bertanggungjawab atas kekalahan tersebut.

β€œDia secara tidak langsung sudah merosakkan keseluruhan permainan sebelum ia bermula hanya kerana mahu mencari kesempatan untuk buka jersi dia saja.”

β€œSaya langsung tak faham apa sebenarnya yang dia buat, dia jelas sekali mensia-siakan peluang untuk kita menyamakan kedudukan. Bukan dia seorang sahaja yang ada di sana, kenapa dia tak buka ruang kepada orang lain?”

β€œKeputusan dia itu saya boleh katakan yang paling tak boleh diterima, dan tak keterlaluan untuk saya anggap yang paling teruk. Dia terdesak sangat nak jadi pahlawan.”

β€œBoleh bayangkan tak apa perasaan jadi rakan sepasukan dia? Nak marah pun susah sebab dia terlalu bintang, tapi dia sepatutnya tak pentingkan diri.”

β€œSaya rasa rakan sepasukan yang lain yang ada peluang mesti bengang dengan dia, tapi hanya mampu marah diri sendiri saja lah.”

Serbia mengakhiri aksi saingan kumpulan A dengan mengumpul 20 mata, selepas skuad kendalian Dragan Stojkovic itu mencatatkan enam kemenangan dari lapan perlawanan peringkat kelayakan.

Portugal yang menamatkan aksi peringkat kumpulan dikedudukan kedua pula akan terpaksa untuk beraksi di pusingan play-off dalam usaha mereka untuk layak beraksi di pentas Piala Dunia Qatar.

Serbia kini menyertai Jerman, Denmark, Brazil, Belgium, Perancis, Croatia, Sepanyol dan Qatar yang sudah mengesahkan tempat untuk mereka layak beraksi dalam saingan Piala Dunia 2022.

Dan walaupun Portugal masih berpeluang untuk melayakkan diri mereka menerusi pusingan play-off, namun gol jaringan Mitrovic sudah cukup untuk memberi tamparan hebat untuk mereka.

Skuad kendalian Fernando Santos itu akan bermain di halaman mereka sendiri untuk aksi peringkat separuh akhir pusingan play-off, namun laluan untuk mereka layak bukanlah mudah.

Tiada istilah mudah apabila masuk ke aksi penentuan untuk melayakkan diri ke saingan Piala Dunia kerana setiap pasukan yang bertanding akan bermati-matian untuk layak.

Piala Dunia Qatar merupakan edisi terakhir untuk Cristiano Ronaldo membuat kemunculan dalam pertandingan terbesar dalam dunia bola sepak itu.

Ronaldo akan berusia 41 tahun ketika Piala Dunia 2026 nanti dan ia agak mustahil untuk melihat beliau masih beraksi, dan tentunya Piala Dunia Qatar bakal jadi medan terakhir untuk beliau cipta sejarah bersama negaranya yang tercinta.

Sebaik wisel penamat dibunyikan, Cristiano Ronaldo rebah dan menangis kerana kecewa beliau gagal membawa negaranya untuk layak secara automatik beraksi di pentas Piala Dunia.

Laluan mereka di pusingan play-off juga bukan mudah dan kini Portugal perlu memberikan segalanya untuk mencatatkan kemenangan, dan melayakkan diri mereka beraksi di pentas Piala Dunia tahun hadapan.

Sumber: SPORTbible

BACA:Β  Bagaimana Ronaldo Raih Bonus Sehingga RM4.7 Juta Dalam Satu Perlawanan?