Ronaldo Kini Penjaring Gol Terbanyak Sepanjang Zaman, GOAT?

Cristiano Ronaldo dos Santos Aveiro merupakan nama di kad pengenalan Portugalnya kini sah telah menjadi penjaring gol terbanyak sepanjang zaman, maka adakah layak Cristiano Ronaldo diangkat sebagai GOAT?

Rekod gol terbanyak sepanjang zaman sebelum ini telah dipegang oleh pemain Republic Czech, Josef Bican yang menjaringkan 805 gol dalam 530 perlawanan dari tahun 1931 sehingga 1956. Bapak prolifik lagi tajam.

Pagi ahad 13 Mac 2021 dunia menyaksikan peristiwa bersejarah dilakar oleh Cristiano Ronaldo dan Harry Maguire sempat menyelit punchline yang padu serta tidak masuk akal seperti biasa.

Cristiano Ronaldo anak kelahiran Madeira, Portugal telah mencipta hatrik dalam perlawanan menentang Tottenham Hotspur untuk jaringan yang ke-805, 806 dan 807 dalam 1110 perlawanan.

Rekod yang dipegang oleh Josef Bican sejak 1956 akhirnya menjadi milik Cristiano Ronaldo selepas tempoh 66 tahun.

Pada Februari lalu, Ronaldo telah pun berusia 37 tahun dan dijangka akan terus beraksi sehingga usia 40 tahun dan rekod jaringan tersebut akan terus dilebarkan.

Dalam senarai 10 penjaring gol terbanyak sepanjang zaman diperingkat kelab dan negara, hanya Lionel Messi sahaja pemain yang masih aktif beraksi dan berpotensi memotong rekod Ronaldo dalam tempoh terdekat.

Jika Messi mampu mengekalkan 50 jaringan semusim seperti bersama Barcelona sebelum ini maka tiada masalah untuk Messi yang bakal berusia 35 tahun mengejar.

Dengan prestasi terkini Messi yang jarang menjaringkan gol tampak sukar tetapi masih lagi berpeluang.

berikut merupakan 10 penjaring gol terbanyak sepanjang zaman:

1. Cristiano Ronaldo, Portugal

Gol – 807
Perlawanan – 1,110
Tahun – 2001 sehingga kini

2. Josef Bican, Czech Republic

Gol – 805
Perlawanan – 530
Tahun – 1931 sehingga 1956

3. Romario, Brazil

Gol – 772
Perlawanan – 994
Tahun – 1985 sehingga 2007

4. Lionel Messi, Argentina

Gol – 759
Perlawanan – 961
Tahun – 2003 sehingga kini

5. Pele, Brazil

Gol – 757
Perlawanan – 831
Tahun – 1957 sehingga 1977

6. Ferenc Puskas, Hungary

Gol – 746
Perlawanan – 754
Tahun – 1943 sehingga 1966

7. Gerd Muller, Germany

Gol – 734
Perlawanan – 793
Tahun – 1962 sehingga 1981

8. Ferenc Deak, Hungary

Gol – 576
Perlawanan – Lupa nak kira
Tahun – 1940 sehingga 1957

9. Uwe Seller, Germany

Gol – 575
Perlawanan – Lupa nak kira
Tahun – 1953 sehingga 1978

10. Tulio Maravilha, Brazil

Gol – 575
Perlawanan – Lupa nak kira
Tahun – 1988 sehingga 2019

Dengan rekod yang dipegang Cristiano Ronaldo selaku penjaring gol terbanyak sepanjang zaman maka layak untuk Ronaldo digelar sebagai Greatest of All Time atau GOAT.

Namun sudah pasti gelaran GOAT ini akan terus menimbulkan perbahasan, perdebatan yang membawa perbalahan kepada peminat bola sepak yang akan mengangkat idola mereka sebagai GOAT dengan pelbagai hujah.

Pada EURO 2020 tahun lalu, Cristiano Ronaldo telah sah bergelar sebagai penjaring gol terbanyak sepanjang zaman dalam sejarah kejohanan UEFA European Championship (EURO) dengan 14 gol.

Legenda Perancis, Michel Platini telah memegang takhta penjaring gol terbanyak sepanjang zaman EURO sejak 1984 apabila menjaringkan 9 goldi satu edisi kejohanan sahaja dalam 5 perlawanan je.

Selepas 32 tahun berlalu Cristiano Ronaldo akhirnya berjaya menyamakan rekod itu dengan menjaringkan 9 gol dalam empat edisi Euro yang berbeza.

Rekod Platini itu hanya bertahan 37 tahun sahaja itu pun sudah ditambah dengan penangguhan EURO 2020 selama setahun apabila dileburkan oleh Ronaldo untuk edisi kelima Euro dalam karier peribadinya.

Bukan itu sahaja rekod dicipta oleh ketua pasukan Portugal itu, Ronaldo telah menjadi pemain pertama yang menjaringkan gol di lima edisi EURO yang berbeza pada 2004, 2008, 2012, 2016 dan 2020.

Cristiano Ronaldo juga menjadi pemain pertama membuat penampilan di lima edisi EURO yang berbeza pada 2004, 2008, 2012, 2016 dan 2020 secara berturutan.

Pada bulan September 2021, Cristiano Ronaldo telah memecahkan rekod yang dipegang oleh Ali Daie sebagai penjaring gol terbanyak diperingkat antarabangsa apabila menjaringkan dua gol ketika membantu Portugal menewaskan Republik Ireland 2-1.

Rekod penjaring terbanyak peringkat antarabangsa dipegang Ali Daie untuk tempoh 15 tahun dengan 109 gol sebelum dipecahkan oleh Ronaldo.

BACA:Β  Rempuhan Keras Aaron Hickey Ke Atas Ronaldo Tular