Hubungan antara Cristiano Ronaldo dan Erik Ten Hag kini dikhabarkan sudah punah sepunahnya selepas pengurus Manchester United itu secara terbuka mengkritik perangai pemain bintang tersebut pada hujung minggu lalu.
Bagi pihak Ronaldo pula dia berasakan bahawa Ten Hag tidak wajar mengeluarkan komen sebegitu rupa tentang tindakannya yang keluar awal dari stadium ketika perlawanan persahabatan dengan Rayo Vallecano masih berlangsung.
Relations between Cristiano Ronaldo and Erik ten Hag are believed to have hit rock bottomhttps://t.co/kGlRrkLsbW
— Mirror Football (@MirrorFootball) August 3, 2022
Ten Hag melabelkan perangai Ronaldo tersebut adalah kurang ajar dan tidak boleh diterima kerana meninggalkan stadium ketika rakan sepasukan yang lain masih berlari di atas padang.
Dalam perlawanan tersebut, Ronaldo sekadar beraksi selama 45 minit sebelum diganti pemain muda, Amad Dialo, yang juga muncul sebagai penjaring tunggal Manchester United pada hari itu.
Turut ada bersamanya ketika itu adalah rakan senegara, Diogo Dalot, namun dia tidak berada dalam senarai pemain pada hari perlawanan.
Ten Hag memberitahu media Belanda AD dan Viaplay:
“Saya pastinya tidak membenarkan perkara ini. Ini tidak boleh diterima. Untuk semua orang. Kami adalah satu pasukan dan anda perlu kekal sehingga tamat.”
Erik ten Hag on Cristiano Ronaldo and other Man Utd players leaving Old Trafford early vs Rayo: “I don’t certainly accept this. I think this is unacceptable. For everyone”, tells @viaplaysportnl. 🚨🔴 #MUFC
“We are a team and you have to stay until the end”, ten Hag says. pic.twitter.com/Ysm2G4e7Rp
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) August 3, 2022
Pengurus itu tidak menamakan Cristiano Ronaldo atau Diogo Dalot secara khusus dalam kenyataannya namun jelas sekali ia adalah untuk kesemua pemain yang balik awal meninggalkan pasukan pada hari itu, termasuk pemain yang berada di kotak korporat orang kaya seperti David De Gea, Bruno Fernandes dan Martial yang juga dikatakan balik awal.
Erik Ten Hag sebelum ini sudah menyatakan bahawa beliau tak akan memanjakan mana mana pemain termasuk superstar.
Sudah beberapa tahun lamanya, Manchester United berdepan dengan masalah kuasa pemain yang terlalu tinggi dan membuatkan pengurus menjadi sukar mengawal bilik persalinan.
Erik Ten Hag memberikan bayangan bahawa Cristiano Ronaldo kemungkinan besar tidak akan bermula sebagai kesbelasan utama dalam aksi pertama EPL mereka pada hujung minggu ini.
Hal ini kerana Ten Hag menegaskan bahawa pemain itu tak cukup bersedia dan tidak berada di tahap yang dia tetapkan. Semuanya gara gara Ronaldo terlepas banyak perlawanan dan latihan pra musim sebelum ini.
Erik ten Hag mengakui Ronaldo tidak berada di tahap rakan-rakan skuad Manchester United yang lain dalam aspek kecergasan perlawanan.
Ten Hag dikenali dengan sikapnya yang meletakkan standard yang tinggi dalam skuad Manchester United yang ada sekarang. Dia sentiasa menuntut pemainnya untuk konsisten dalam melakukan pressing.
Selain itu Ten Hag turut mengenakan beberapa peraturan ketat dalam kem United termasuk melarang pemain melantik cef peribadi untuk pemakanan mereka.
Ten Hag telah memberitahu bahawa ketidakhadiran Ronaldo sepanjang pramusim mungkin menjadi isu utama kepada isu kecergasan pemain itu. Ten Hag memberitahu bahawa solusinya kini adalah, Ronaldo perlu menggandakan latihannya dan juga mendapatkan semula minit perlawanan.
Minit perlawanan ini mungkin akan diberikan daripada bangku simpanan. Isu berkaitan Ronaldo pasti akan terus menjadi perhatian media apabila musim membuka tirainya secara rasmi.
Dengan terjadinya isu sebegini, maka dikhabarkan semakin kuatlah hasrat Ronaldo untuk meninggalkan kelab tersebut sebelum jendela perpindahan ditutup. Tambahan pula, Ronaldo sememangnya tidak bersetuju jika Ten Hag dilantik sebagai pengurus sejak awal lagi dan dia dikatakan lebih suka jika Mouricio Pochettino dipilih.
Ejen pemain ini, Jorge Mendes, telah meminta Manchester United untuk memberikan tawaran kewangan tebus kontrak kepada Ronaldo, tetapi setakat ini difahamkan masih belum ada apa-apa tindakan lagi.
Ketengangan hubungan antara pemain ini dan kelab tercetus apabila Ronaldo gagal melaporkan diri untuk latihan pra musim dan terlepas kesemua perlawanan dalam jelajah ke Thailand dan Australia.
Malah pemain ini sebenarnya sudah diberi peluang oleh kelab apabila dia dibenarkan untuk tinggal di Lisbon bagi menyelesaikan masalah peribadinya terlebih dahulu dan hanya mula berlatih bersama pasukan pada hari Sabtu lalu.
Berita : Mirror