Cristiano Ronaldo telah dilihat dan dirakam memilih untuk berjalan sendirian membawa diri seolah-olah mengasingkan diri ketika rakan sepasukannya meraikan kejayaan mereka ke suku akhir.
Kapten Portugal itu membawa haluan sendiri ke bilik persalinan berikutan digugurkan oleh jurulatih Fernando Santos dari kesebelasan utama dan hanya masuk dari bangku simpanan.
Portugal langsung tidak mempunyai masalah tanpa Ronaldo dalam pasukan ketika mereka telah pun mendahului 5-1 semasa ketiadaannya di padang dengan penggantinya Goncalo Ramos mencetak hatrik.
Ini merupakan buat kali pertama, Cristiano Ronaldo tidak bermula dari kesebelasan utama untuk Portugal di kejohanan utama dunia sejak 2008 (juga vs Switzerland) dan menamatkan rekod 31 perlawanan berturut-turut di first XI.
2008 – Cristiano Ronaldo is not starting a game for Portugal at a major tournament for the first time since 2008 (also against Switzerland), ending a 31-game streak. Benched. pic.twitter.com/LW7MekodRa
— OptaJoao (@OptaJoao) December 6, 2022
Dalam klip rakaman yang dikeluarkan selepas Portugal mengalahkan Switzerland di Stadium Lusail, semua pemain Portugal boleh dilihat bertepuk tangan di atas padang sambil menyantuni penyokong mereka berikutan persembahan sensasi.
Semua pemain dan penyokong yang hadir bersama-sama meraikan kejayaan kecuali Ronaldo yang perlahan-lahan berjalan penuh longlai melintasi padang menuju ke terowong untuk ke bilik persalinan.
Pemain berusia 37 tahun itu terus keluar dari padang dengan sendirinya dan rakan sepasukannya mengabaikan dan tidak berminat menyertai Ronaldo ketika mereka meraikan dengan meriah sebagai satu kumpulan.
Ronaldo tidak akan bermula dari kesebelasan utama sudah pun dijangkan namun reaksinya selepas mencatatkan kemenangan besar ini sepertinya mahu menjemput kontrovesi baru.
— Hotbird (@Davenbort) December 6, 2022
Sebelum memulakan pertembungan 16 pasukan terakhir Portugal perbincangan hangat terjadi mengenai pemenang Ballon d’Or lima kali dan menjadi satu perdebatan.
Bekas pemain pertahanan Liverpool, Jamie Carragher berpendapat bahawa keputusan menggugurkan Ronaldo ini berlaku akibat prestasi buruknya dalam kejohanan setakat ini.
Walaupun menjadi pemain lelaki pertama yang menjaringkan gol di lima kejohanan Piala Dunia, gol tunggalnya datang daripada sepakan penalti dalam kemenangan ke atas Ghana.
Dia juga telah disenarikan dalam pasukan yang paling teruk oleh Sofascore dalam penarafan pemain peringkat kumpulan, di mana dia diletakkan di hadapan dengan purata rating 6.37 dalam tiga perlawanannya.
Would Santos the manager of Portugal drop #Ronaldo just because of his reaction to being subbed in the last game?
A manager at club level maybe yes.
With possibly 3 games to a WC final🤔
I think he has been left out because of his performances not his reaction. #WorldCup2022— Jamie Carragher (@Carra23) December 6, 2022
Tetapi yang berpandangan kepada fakta bahawa penggugura Ronaldo memaki Fernando Santos dalam perlawanan terakhir kumpulan dan Ronaldo menafikan berbuat demikian.
Santos mengetepikan pemain itu daripada kesebelasan utamanya hanya sehari selepas menegaskan dia ‘tidak suka‘ reaksi marah pemain berstatus ejen bebas itu apabila dikeluarkan.
Dia mendakwa selepas kemenangan ke atas Switzerland bahawa Ronaldo diletakkan ke bangku simpanan atas sebab taktikal dan bukannya akibat kelakuannya selepas dikeluarkan ketika menentang Korea Selatan.
Santos telah menghadapi tekanan yang semakin meningkat untuk meletakkan bintang itu di bangku simpanan, dengan orang-orang seperti legenda Belanda Frank de Boer mengetuai gesaan supaya dia ditinggalkan jika Portugal mahu berjaya di Qatar.
🇵🇹 “It’s not only Ronaldo but it’s everything he brings! They only talk about him.”
👀 “If I was the Portugal manager, I would be putting Ronaldo on the bench!”
Ronald de Boer says he wouldn’t start Cristiano Ronaldo for #POR vs #SUI pic.twitter.com/EjrrZT7ZO2
— talkSPORT (@talkSPORT) December 6, 2022
Portugal, bagaimanapun, cepat membuktikan bahawa mereka tidak akan bergelut dengan ketiadaan pemain yang boleh dikatakan terhebat dalam sejarah panjang mereka.
Tanpa kelibat Cristiano Ronaldo di kesebelasan utama, segalanya nampak mudah buat Portugal untuk mara ke suku akhir apabila menundukkan Switzerland 6 gol berbalas 1.
Entah Portugal yang terlalu padu tanpa Ronaldo atau Switzerland bermain terlebih bawah prestasi sebenar dengan melepaskan gol mudah di mana pertahanan hancur berderai-derai, langsung tidak sama dengan Switzerland diperingkat kumpulan.
Cristiano Ronaldo digugurkan dan pemain muda yang lebih bertenaga dan membara semangatnya Goncalo Ramos menjadi pengganti kepada Ronaldo. Satu tugas besar untuk mengganti nama Ronaldo bukan prestasinya.
Tanpa disangka dan diduga Goncalo Ramos menjaringkan hatrik dan satu assist untuk membimbing Portugal ke suku akhir Piala Dunia hasil pembelasahan 6-1 ke atas Switzerland.