Cristiano Ronaldo telah menyerlahkan sisi dungunya tahap tertinggi apabila menyangka Arab Saudi berada di Afrika Selatan dalam temuramah pertama bersama pasukan barunya, Al Nassr.
Pemenang Ballon d’Or itu telah menyebut negara yang salah ketika majlis pengumumannya sebagai pemain rasmi Al Nassr selepas terbang ke ibu negara Arab Saudi, Riyadh.
Sebelum diperkenalkan kepada 25,000 peminat di Mrsool Park atau King Saud University Stadium, Ronaldo mengambil bahagian dalam sidang media dan membincangkan mengapa dia memutuskan untuk berpindah ke Timur Tengah.
Dia menekankan keinginannya untuk cabaran baharu selepas menakluki bola sepak Eropah dan mendakwa dia memberikan tandatangannya kepada Al Nassr walaupun ada tawaran daripada kelab di seluruh Eropah, Brazil, Australia dan Amerika Syarikat.
Saudi Arabia really just paid Cristiano Ronaldo $200m to say he's excited to play in 'South Africa' 😂😭 pic.twitter.com/wGegzyphE5
— JAKE BUCKLEY 🇦🇺 (@TheMasterBucks) January 3, 2023
Tetapi Ronaldo membuat kesilapan teramat besar di hadapan wartawan dan ratusan ribu yang menonton di seluruh dunia apabila dia memanggil Arab Saudi ‘Afrika Selatan’ dan kini mungkin ratusan juta sudah menontonnya.
Ronaldo berkata: “Bagi saya ia bukan pengakhiran karier saya untuk datang ke Afrika Selatan, inilah yang saya mahu ubah – dan sejujurnya saya tidak begitu risau tentang apa yang orang katakan.”
Kedua-dua negara mungkin mempunyai permulaan huruf yang sama (SA – South Africa, Saudi Arabia) tetapi mereka adalah negara berbeza malah tidak berada di benua yang sama.
Sudah tentunya, kesilapan Ronaldo menjadi topil perbualan utama di kalangan peminat di media sosial dan dengan pantasnya menjadi bahan jenaka.
Konje Christiano Ronaldo was excited thinking he signed for Kaizer Chiefs in South Africa pic.twitter.com/4QzXVBsdUn
— Online Sporting Director (@ThabisoMishack) January 4, 2023
Cristiano Ronaldo menjelaskan bahawa dia mendapat banyak tawaraan lain namun memilih Al Nassr dan menyifatkan dirinya adalah pemain yang unik dan mahu memecahkan segala rekod di Arab Saudi.
“Saya boleh katakan sekarang bahawa banyak peluang di Eropah, banyak kelab di Brazil, di Australia, AS dan malah di Portugal banyak kelab cuba menandatangani saya tetapi saya memberi kata-kata saya kepada kelab ini.”
“Saya seorang pemain yang unik. Saya memecahkan semua rekod di sana [Eropah] jadi saya mahu mencipta beberapa rekod di sini. Kontrak ini unik kerana saya juga pemain yang unik.”
Cristiano Ronaldo telah memecahkan rekod apabila menjadi atlit dan pemain bola sepak menerima gaji paling tinggi serta termahal dalam sejarah sukan dengan pendapatan £173 juta setahun.
🗣️ “I’m a unique player. I beat all records there [Europe] so I want to beat a few records here. This contract is unique because I’m a unique player as well.”
Cristiano Ronaldo says he’s a unique player. 🇵🇹 pic.twitter.com/DkFLYndLlr
— Football Daily (@footballdaily) January 3, 2023
Pemain sensasi itu juga telah menjelaskan bahawa karier di Eropah sudah berakhir dengan memenangi kesemua trofi dan kini dia ke Arab Saudi untuk mencari cabaran baru.
“Di Eropah kerja saya sudah berakhir. Saya menang segalanya. Saya bermain di kelab paling penting di Eropah dan bagi saya sekarang masanya untuk mencari cabaran baru.”
Ronaldo yang disambut dengan sorakan Sii di awal sidang media menyifatkan cakap-cakap orang ramai mengenai dirinya adalah dari mereka yang tidak tahu mengenai bola sepak.
“Ramai orang bercakap dan memberi pendapat tetapi mereka tidak tahu apa-apa mengenai bola sepak. Sejujurnya, saya tidak bimbang dengan apa orang perkatan. Saya membuat keputusan saya sendiri.”
🗣️ “Many people speak and give their opinion but they really know nothing about football. To be honest, I really don’t worry about what people say. I took my decision.”
Cristiano Ronaldo says he doesn’t care what people think of his move to Al-Nassr. 🇵🇹 pic.twitter.com/PqgkWcJden
— Football Daily (@footballdaily) January 3, 2023
Bagi Ronaldo yang sedar karier di Eropahnya sudah hancur jadi dia memilih Al Nassr untuk menang dan menikmatinya. Dia hanya mahu menikmati bola sepak kembali dengan senyuman.
Laporan baharu mendakwa bahawa kontrak Cristiano Ronaldo yang sangat menguntungkan dengan Al-Nassr dari Arab Saudi mempunyai kelebihan kepada pemain itu jika Newcastle United menduduki empat teratas.
Satu klausa dalam kontrak baharu Ronaldo dilaporkan menyatakan dia akan dibenarkan menyertai Newcastle United kendalian Eddie Howe secara pinjaman jika The Magpies menamatkan saingan di empat teratas dan layak ke saingan bola sepak Champions League untuk musim 2023-24.
Namun tiada pihak yang tampil untuk mengesahkan kebenaran tentang klausa ini dan masa akan menentukan samada benar atau tidak.
🗣️ “I can say now that many opportunities in Europe, many clubs in Brazil, in Australia, US and even in Portugal many clubs tried to sign me but I gave my word to this club.”
Cristiano Ronaldo says he had plenty of offers to sign for other clubs around the world. 🇵🇹 pic.twitter.com/FHK117fhmd
— Football Daily (@footballdaily) January 3, 2023