Rooney : Hanya Satu Kesilapan Klopp, Menjadi Pengurus Liverpool

Bekas pemain Manchester United dan Everton, Wayne Rooney meneruskan rentak prestasi yang memberangsangkan di Major League Soccer(MLS) bersama DC United untuk musim kedua.

Di musim pertama, Rooney mempamerkan aksi adiwira yang membawa DC United yang berada di tempat tercorot Eastern Conference ke perlawanan perlawanan play-off.

Rooney menjaringkan 12 gol dalam 21 perlawanan di musim pertamanya sekaligus menjadi pemain terbaik DC United musim lalu.

Di musim baru ini Rooney memberi inspirasi kepada DC United untuk berada di tempat ketiga Eastern Conference.

Penjaring terbanyak sepanjang zaman Manchester United itu telah menjaringkan gol yang sangat heroic dan menakjubkan bersama DC United.

Walaupun sudah berkelana ke Amerika Syarikat, Rooney masih mengambil tahu perihal bola sepak di England yang sudah sebati dalam jiwanya.

Rooney telah memuji dan mengakui bahawa Jurgen Klopp merupakan seorang pengurus yang hebat namun satu-satunya kesilapan klopp adalah menjadi pengurus Liverpool.

Klopp seperti kau tahu telah dikenali sebagai sebagai salah seorang pengurus bola sepak terhebat yang wujud dalam arena bola sepak.

Bos Liverpool itu mampu memberi inspirasi kepada pasukan dengan usaha menakjubkan, komitmen tidak berbelah bahagi dan membari keghairahan tahap tertinggi untuk bola sepak.

Selepas mengambil alih pasukan Liverpool Klopp telah merubah Liverpool dari sebuah pasukan yang digeruni di mulut peminat sahaja kepada sebuah pasukan yang digeruni di padang.

Musim 2018/19 menyaksikan Klopp telah menuai hasil segala kerja keras dan komitmennya apabila menamatkan musim dengan Trofi Champions League dan berada di tempat kedua Premier League dengan perbezaan satu mata.

Sudah pasti kegagalan Liverpool memengangi Premier League memberi satu kelegaan besar kepada pembenci The Reds terutamanya peminat Manchester United.

Rooney menjadi wakil kepada pembenci semua yang mengakui kehebatan Klopp dan Klopp tidak perlu membentangkan bukti untuk menunjukkan kehebatannya.

“Jurgen Klopp merupakan pengurus yang mana semua pemain mahu bermain untuk beliau.”

“Kau boleh lihat betapa riangnya pemain di bawahnya. Aku dah jumpa Klopp sekali, beliau seorang lelaki yang menakjubkan. Satu-satunya kesilapan Klopp adalah beliau berkerja untuk Liverpool dan berjaya di sana.”

“Aku sangat menghormati Klopp dan apa yang sudah beliau capai. Bukan saja bersama Liverpool malah ketika bersama Borussia Dortmund. Lelaki ini memang power dan dan kepowerannya yang terbaik akan terus dicapai.”

Walaupun memuji Klopp rapat sehingga planet Uranus, darah Manchurian masih pekat di badan Rooney yang nyata tidak mahu melihat Klopp membawa Liverpool menjulang Premier League tidak kira musim ini atau yang mendatang.

Kloop mengambil alih Liverpool pada 2015 selepas begitu gah bersama Dortmund menggantikan Brendan Rodgers dengan memenangi dua gelaran Bundesliga dua DFB Pokal dan mara ke final Champions League 2012/13.

Nersama Liverpool Klopp telah memacu The Reds ke final Europa League pada musim 2016/16 dan dan Final Champions League 2017/18 dan 2018/19.

BACA:  Rooney Melabel Segala Kritikan Diterima Sebagai Sampah