Roy Keane Jelaskan Yang Beliau Tiada Agenda Jahat Ketika ‘Membantai’ Maguire

Roy Keane sekeras-kerasnya menafikan yang beliau ada agenda jahat ke atas ketua pasukan Manchester United, Harry Maguire.

Selepas komen kejam Keane terhadap pemain pertahanan termahal dunia itu, ramai peminat yang mendakwa legenda setan merah itu sebenarnya ada agenda jahat ke atas Maguire.

Selepas aksi kemenangan selesa England menewaskan Albania 5-0 awal bulan ini, Keane dengan kejamnya menghentam Harry Maguire kerana meraikan gol dengan keraian seolah sindir pengkritik.

Harry Maguire melakukan keraian seret lutut sambil menutup telinganya dan tindakan beliau itu telah mengundang kecaman dari pelbagai pihak.

Pemain berusia 28 tahun itu bergelut dengan masalah prestasi sepanjang musim ini bersama Manchester United, dengan terbaru beliau telah dilayangkan kad merah kerana melakukan kesilapan dungu ketika bertemu Watford.

Dek kerana hal itulah Keane merasa Maguire tak sepatutnya melakukan keraian tersebut, kerana aksinya di peringkat kelab sememangnya sangat teruk dan layak dihentam.

Keane bahkan menganggap keraian Maguire ketika bertemu Albania itu sebenarnya satu hal yang sangat memalukan.

Pendapat Keane itu bagaimanapun telah mengundang perdebatan hangat di kalangan peminat bola sepak, dengan ada juga yang bersetuju Maguire berhak meraikan gol dengan cara apa sekalipun yang beliau suka.

Bercakap tentang mengapa kebanyakkan ulasan beliau sering mendapat perhatian, Keane mendedahkan bahawa:

“Saya rasa sebenarnya 95 peratus dari penyampaian saya merupakan hal yang positif.”

“Saya mungkin kerap mengkritik segelintir pemain sejak satu ke dua tahun sebelum ini kerana mereka bermain dengan teruk atau tak menjalankan tugas masing-masing dengan baik, orang tak kisah semua itu.”

“Kemudian ketika kamu mengkritik Harry Maguire atau Harry Kane, ‘Ahh, itu tak boleh diterima.”

“Jadi tak ada masalah kalau saya hentam pemain right-back Tottenham Hotspur, tidak ada sesiapa bercakap tentang dia. Tapi kamu tak boleh katakan hal sama kepada Harry Maguire. Kenapa tak? Adakah kamu tonton perlawanan?”

Keane turut mendedahkan yang kritikan beliau ke atas Harry Maguire bukan kerana dendam atau ada agenda tersendiri, dengan beliau menganggap kritikan itu hanya berdasarkan persembahan semata-mata.

“Saya cuba untuk jujur. Saya tak kisah kalau pemain itu tak berada di tahap persembahan terbaik dia, tapi janganlah main terlalu teruk.”

“Maguire kata pemain mungkin merosot selepas beraksi dalam saingan Euro. Declan Rice langsung tak merosot.”

“Pemain boleh merosot, tapi jangan pergi dari sana ke sini.”

“Saya tak ada agenda. Saya tak kenal Harry Maguire. Saya tak kenal ejen dia. Saya tak kenal ejen sesiapa. Saya tak ada ejen.”

Roy Keane bahkan turut dituduh sebagai seorang pembuli besar yang sengaja membuli Harry Maguire walau ketua pasukan setan merah itu tidak melakukan sebarang kesalahan.

Keane dituduh sebagai pembuli besar

Roy Keane telah dituduh sengaja membuli bintang England, Harry Maguire selepas beliau tidak henti-henti mengkritik ketua pasukan Manchester United itu.

Keane tidak pernah jemu dalam membantai Harry Maguire, terutama sekali selepas melihat bintang England itu mempamerkan aksi persembahan yang mengecewakan sepanjang musim ini.

Beberapa minggu lalu, Roy Keane menganjing cara Harry Maguire meminta maaf atas persembahan buruk United, bahkan turut menganggap ketua pasukan setan merah itu seperti robot.

Baru-baru ini, beliau sekali lagi menghentam bekas bintang Leicester City itu dengan menganggap gaya keraiannya ketika meraikan gol bertemu Albania merupakan satu hal yang memalukan.

Pemain berusia 28 tahun itu membuka tirai jaringan untuk skuad England ketika menewaskan Albania 5-0 di Wembley kemarin.

Beliau kemudiannya meraikan gol jaringannya dengan keraian seret lutut sambil menutup telinganya dengan menggunakan jari beliau sendiri.

Keane yang bertugas sebagai pundit untuk ITV kemudiannya membantai Maguire kerana meraikan gol jaringannya dengan gaya keraian yang memalukan.

Keane sememangnya seorang yang sangat lantang dan bukan hanya Maguire seorang sahaja yang menjadi mangsa makian, hinaan dan cacian beliau sepanjang musim ini.

Namun begitu, bekas penyerang Aston Villa, Gabby Agbonlahor merasakan yang Roy Keane sebenarnya terlebih mengkritik Maguire dan ia seolah-olah melibatkan masalah peribadi.

“Saya nampak berita dan video tentang itu dari Roy Keane dan saya rasa Roy Keane cuba menjadi pembuli besar di sana.”

Jelas Agbonlahor kepada talkSPORT.

“Saya rasa dia buli Harry kerana Harry Maguire berada di bawah tekanan yang sangat tinggal selepas mempamerkan aksi tidak begitu bagus bersama Manchester United.”

“Ini merupakan antara perlawanan yang ada untuk dia buktikan yang dia seorang pemain centre-half yang sangat bagus.”

“Ya, ia Albania, tapi masih lagi dia ada tugas yang perlu dilakukan.”

“Dia jaringkan gol, keterujaan menjaringkan gol sudah tentu kamu akan raikannya.”

“Jika saya melalui tempoh yang sukar, dan ketika saya menjaringkan gol selepas itu, saya juga akan lakukan keraian yang sama. Tangan di telinga untuk pengkritik kamu, ‘Saya akan terus berusaha dan pamerkan persembahan yang bagus’. Dan dia memang lakukan itu.”

“Saya fikir gaya pertahanan dia sangat bagus dan dia juga menjaringkan gol. Setiap kali dia lakukan sesuatu sekarang, sepertinya semua orang sedang menentang dia.”

“Dia orang Inggeris, dia ketua pasukan Manchester United. Ya, ada tekanan untuk itu, tapi dia berkemungkinan memang antara centre-half terbaik yang kita ada.”

“Mari duduk dibelakang dia dan tidak terus berusaha untuk kritik dia.”

“Bagi saya, Roy Keane membuli dia, semua orang ikut teruja setiap kali Keane katakan sesuatu.”

Sumber: SPORTbible

BACA:  Carragher Hentam Neville Dan Keane Yang Tegar 'Menjilat' Ole