Roy Keane Nak Hayun Muka De Gea Dan Maguire

Roy Keane berasa marah ketika melihat aksi dungu David de Gea dan Harry Maguire yang memberi ruang kepada Tottenham Hotspur memperoleh gol awal mendahului Man Utd awal pagi tadi.

Bekas pemain midfield setan merah yang juga seorang pundit di Sky Sports itu, sebelum ini tidak pernah kelihatan semarah itu dalam mana-mana perlawanan.

Keane berada dalam studio ketika rehat babak pertama perlawanan antara Manchester United menentang Tottenham Hotspur dan beliau tidak mampu mengawal kemarahannya melihat aksi De Gea dan Maguire.

Maguire gagal untuk mengejar kelajuan Steven Bergwijn dan De Gea pula melepaskan bola rembatan dari pemain Spurs itu yang membawa kepada pasukan kendalian Jose Mourinho mendahului perlawanan pada babak pertama.

Pada minit ke-27, Spurs telah berjaya berada di hadapan hasil jaringan Steven Bergwijn melalui satu rembatan padu.

Hantaran dari tengah padang Serge Aurier berjaya menemui Bergwijn yang ketika itu sedang melakukan larian pantas seperti pelesit.

Pemain pertahanan termahal dunia, Harry Maguire cuba mengacah namun mudah dilepasi dan tidak mampu untuk mengejar kelajuan Bergwijn.

Bergwijn yang berjaya lolos melepaskan satu rembatan padu yang ditepis dengan penuh bergaya oleh David De Gea ke gawang sendiri.

Bergwijn melakukan gelecekan dan gerakan yang sangat pantas dan tak mampu dihentikan.

Beliau juga mengatasi Fred dan Harry Maguire dengan mudah dan kemudian melakukan rembatan deras ke arah gawang gol setan merah.

De Gea pula mungkin sepatutnya boleh menyelamatkan bola tersebut atau mungkin boleh bertindak lebih baik tetapi beliau gagal untuk menepis bola tersebut dengan baik.

Gol itu menyaksikan Bergwijn sudah menjaringkan 3 gol dalam enam aksi EPL beliau sejak menyertai kelab London Utara itu.

Legenda United itu mendakwa bahawa beliau terlalu bengang melihat aksi hambar De Gea dan Maguire dan menganggap bahawa penjaga gol setan merah itu sebagai keeper paling overrated pernah dilihat selama ini.

Disebelahnya ketika dalam studio tersebut merupakan bekas rakan sepasukannya, Patrice Evra yang tidak bersetuju dengan tindakan Keane.

Menurut Evra, kemarahan Keane boleh menyebabkan beliau melakukan perkara yang tidak sepatutnya dan mungkin akan ada ramai peminat yang kecewa.

Dan ternyata kemarahan Keane mengundang hal yang sama terhadap peminat. Para peminat setan merah turut meluahkan rasa kecewa dan tidak puas hati mereka terhadap aksi yang ditunjukkan oleh De Gea dan Maguire.

โ€œSaya berasa jijik dengan perkara ini. Maguire? De Gea? gantungkan saja kepala kamu, memalukan.โ€

โ€œSaya mahu menghayunkan penumpuk dekat mereka.โ€

โ€œSaya tidak akan benarkan De Gea pulang bersama menaiki bas dan saya akan suruh dia naik teksi untuk balik sendiri.โ€

Antara kata-kata kemaraha Roy Keane terhadap Maguire dan De Gea atas jaringan awal dari Tottenham Hotspur.

Aksi De Gea pada awal musim lalu memang agak teruk dan sering mendapat kecaman dari para peminat termasuk dari legenda-legenda setan merah sendiri.

Sebelum saingan bola sepak digantung, De Gea sepertinya sudah mendapatkan rentak beliau dengan hanya bolos sekali dari enam perlawanan untuk setan merah bawah kendalian Ole Gunnar Solskjaer.

Manchester United juga tidak pernah tewas dalam 11 perlawanan terakhir mereka sebelum ini.

kesilapan yang dilakukan oleh De Gea dalam perlawanan ini diikuti dengan aksi penyelamatan luar biasanya menyelamatkan bola tandukan dari dalam kotak sudah pasti memeningkan kepala pengurusan tentang masa depannya di United.

Ini kerana Manchester United sudah berkira-kira untuk membawa kembali Dean Henderson yang kini sedang dipinjamkan kepada Sheffield United untuk kembali ke Old Trafford.

Dean Henderson telah mempamerkan aksi cukup mantap bersama Sheffield dan pastinya beliau mampu untuk menandingi De Gea untuk menjadi penjaga gol nombor satu di United.

BACA:ย  Roy Keane Bengang, Tuduh Brazil Hina Korea Dengan Menari Sakan Raikan Gol