Salah Mahu £500k Seminggu Untuk Kontrak Baharu?

Pemain sensasi dan mesin cetak gol Liverpool, Mohamed Salah dikhabar anginkan mahu dibayar gaji £500,000 seminggu untuk melanjutkan kontraknya bagi terus kekal bersama Liverpool.

Khabar angin ini mula bertiup kencang selepas pengurus Liverpool, Jurgen Klopp telah mengesahkan bahawa kelab kini dalam perbincangan bersama Mohamed Salah untuk melanjutkan kontrak.

Baki kontrak Mohamed Salah yang kini berusia 29 tahun hanya tinggal kurang dua tahun dan akan tamat pada tahun 2023.

Mohamed Salah kini merupakan antara pemain yang menerima gaji yang tertinggi di Liverpool dan kontrak baharu akan menjadikan beliau penerima bayaran tertinggi mengatasi Virgil Van Dijk yang dibayar £220,000 seminggu.

Mohamed Salah kini dilaporkan berada dalam radar pemantauan Paris Saint Germain dan juga gergasi La Liga, Real Madrid yang menjadi destinasi tertinggi bagi setiap pemain bola sepak.

Yang terkini sudah pasti dari Newcastle United yang telah dimiliki oleh konsotrium Arab Saudi yang mempunyai kekayaan dan wang yang tidak terbatas sebanyak £320 bilion sahaja.

Tawaran yang dilaporkan Newcastle United kepada Mohamed Salah adalah sebanyak €800,000 seminggu dan akan mencecah €1.3 juta seminggu jika memenuhi berberapa syarat seperti jaringan gol dan bantuan gol.

Namun tawaran ini adalah sangat tidak masuk akal dan sangat gila.

Ejen yang mewakili Mohamed Salah dilaporkan mahukan kontrak bernilai £500,000 seminggu dan pemain bintang dari Mesir itu pula hanya mahukan antara £300,000 sehingga £380,000 sahaja seminggu.

Satu angka yang tidak logik yang akan ditunaikan oleh Liverpool, jika permintaan ini dipenuhi sudah pasti akan menimbulkan suasana tidak bagus jika ada pemain lain yang menuntut kenaikan seperti apa yang terjadi di Manchester United melibatkan Paul Pogba dan Alexis Sanchez.

Nasihat Stan Collymore kepada bekas kelabnya itu sangat mudah, bayar sahaja jumlah yang dimahukan Salah walauapapun terjadi pastikan Salah kekal.

Pemain legenda Liverpool, John Barnes pula lebih tenang dan lebih waras apabila berpendapat permintaan £500,000 seminggu itu sekadar khabar angin dan tidak masuk akal.

Bagi John Barnes tiada seorang pun yang dapat mengesahkan bahawa Salah meminta £500,000 seminggu. Baginya sudah pasti Salah mahukan peningkatan gaji dan jika Salah mahu gandakan pendapatan itu terpulang dan perbincangan perlu diteruskan.

Menurut John Barnes lagi, Salah bakal berusia 30 tahun dan permintaan tidak boleh dinilai untuk tempoh empat atau lima tahun akan datang dan sepatutnya berkisar kepada situasi semasa.

Jika Liverpool menunggu sehingga tahun 2023 ketika itu Salah sudah berusia 31 tahun dan mustahil untuk mendapatkan gaji atas £300,000 seminggu.

Jurgen Klopp sudah pasti mahukan Salah mengikut jejak Virgil Van Dijk, Trent Alexander-Arnold dan Jordan Henderson yang terus komited untuk kekal berjaya bersama Liverpool.

“Mo jelas berada dalam momen dan mood bola sepak yang terbaik ketika ini. Bagaimana dia berkelakuan sejak hari pertama dia kembali bersama Liverpool sangat hebat.”

“Jadi kita semua orang dewasa, kita semua profesional. Terdapat perbincangan dan akan ada lebih banyak perbincangan dan apabila ada keputusan akhir, kami akan memberitahu anda. Sehingga itu, apa yang penting bagaimana semua pihak bekerjasama dalam perkara ini.”

Pada hari Selasa lalu, kapten Liverpool, Jordan Henderson mengakhiri spekulasi mengenai masa depannya dengan menandatangani kontrak jangka panjang baru dengan The Reds.

Terdapat laporan pada awal musim panas mendakwa bahawa pemain berusia 31 tahun itu kecewa kerana kesepakatan mengenai kontrak baru tidak dicapai tetapi pemain tengah itu kini telah menandatangani perjanjian baru selama tiga tahun dengan pilihan tambahan selama setahun.

Henderson telah mengikut jejak Virgil van Dijk, Fabinho, Andy Robertson dan Trent Alexander-Arnold dalam terus memberikan komitmen kepada kelab pada musim panas melalui kontrak jangka panjang yang baru.

Pemain pertahanan kanan, Alexander-Arnold adalah yang pertama menandatangani perjanjian baru dengan lanjutan kontrak selama empat tahun pada akhir bulan Julai, diikuti oleh lanjutan kontrak untuk pemain tengah Brazil, Fabinho beberapa hari kemudian.

Penjaga gol, Alisson Becker juga menandatangani perjanjian baru pada minggu pertama bulan Julai sementara Van Dijk juga turut melanjutkan kontrak. Terdapat juga kontrak baru untuk Harvey Elliott, yang telah memecah masuk pasukan utama Liverpool pada awal musim ini.

Pemain pertahanan Scotland Robertson menandatangani kontrak baru minggu lalu sehingga 2026, tetapi laporan mendakwa bahawa pengarah sukan Michael Edwards – yang menjadi orang penting disebalik lanjutan kontrak ini – akan meninggalkan kelab pada akhir musim ini.

BACA:  Menteri Sukan Mesir Sahkan Mo Salah Akan Kekal Di Anfield