Salah Mahu Terus Bersama Liverpool Hingga Hujung Kariernya, Namun Semuanya Bergantung Kepada Kelab

Mohamed Salah mendedahkan yang beliau mahu menghabiskan sepanjang kariernya bersama Liverpool, namun beliau turut menegaskan yang rundingan berkait kontrak barunya pada ketika ini tidak bukan berada ditangannya.

Salah tidak dinafikan lagi sememangnya sedang berada di tahap persembahan terbaiknya bersama Liverpool sepanjang musim ini.

Melihat kepada persembahan mantap yang beliau persembahkan, ramai pihak yang percaya Salah merupakan pemain terhebat dalam dunia bola sepak hari ini.

The Egyptian King itu berjaya memecahkan rekod demi rekod sejak beliau ditandatangani oleh Liverpool dari Roma dengan nilai £36.9 juta.

Terbaru, Salah telah memecahkan rekod untuk menjadi penjaring terbanyak sepanjang zaman Liverpool dalam saingan Champions League.

Kontrak pemain berusia 29 tahun itu akan tamat pada 2023 nanti, dan beliau bersama wakilnya sedang berunding kontrak baru bersama kelab.

Salah baru-baru ini telah menegaskan yang beliau sebenarnya mahu terus kekal di Anfield, namun situasi pada ketika ini tidak bergantung kepadanya.

“Ia tidak bergantung kepada saya.”

Jelas Salah.

“Tapi, jika kamu tanya saya, saya tentu sangat gembira untuk kekal di sini sehingga penghujung karier saya.”

“Tapi saya tak boleh cakap berlebih-lebihan tentang itu, ia bukan di tangan saya.”

Kontrak beliau hanya tinggal lagi dua musim sahaja, namun pihak kelab tentunya tidak akan membiarkan pemain utama mereka itu kekal hingga ke tahun terakhir mereka, tanpa menandatangani kontrak baru.

Hal ini kerana Liverpool tidak sanggup untuk melepaskan pemain mereka pergi meninggalkan kelab sebagai pemain berstatus free ejen.

Melihat kepada sumbangan bintang Mesir itu, tidak akan mengejutkan untuk beliau menerima tawaran baru yang lebih lumayan dari pihak kelab.

Beliau senantiasa mempamerkan aksi persembahan yang sungguh menakjubkan dan menyebabkan para peminat menggesa pihak kelab agar memberikan saja Salah apa saja yang beliau mahukan, dalam usaha mereka untuk mengekalkan bintang Mesir itu.

Salah bersama wakil beliau, Ramy Abbas Issa dikatakan sedang berunding dengan Liverpool berkait tawaran kontrak baru, dengan mereka meminta kenaikkan gaji dari pihak kelab.

Beliau sangat berharap agar urusan tawaran kontrak barunya akan segera dapat dimuktamadkan dengan Salah sudah memasang niat untuk terus kekal bersama Liverpool dan bersara di Anfield.

“Semuanya bergantung kepada apa yang kelab mahukan, bukan apa yang saya mahukan.”

“Pada ketika ini, saya tak nampak diri saya selamanya akan beraksi bertemu Liverpool, ia tentunya akan membuatkan saya rasa sedih.”

“Ia sangat sukar, saya tak mahu bercakap tentang ini, ia jelas akan membuatkan saya rasa sedih.”

“Saya memang tak nampak diri saya mampu untuk bermain bertemu Liverpool selepas ini, tapi kita tunggu dan lihat sahaja apa akan berlaku di masa hadapan.”

Salah ketika ini sudah berjaya menjaringkan 137 gol dari 214 jaringan untuk Liverpool, walaupun beliau tidak bermain di posisi penyerang tunggal.

Menakjubnya lagi, Salah masih kekal memegang rekod menjaringkan gol terbanyak dari 38 perlawanan dalam saingan Premier League dengan menjaringkan 32 gol.

Sumber: talkSPORT

BACA:  Mo Salah Pemain Sayap Pilihan Ke-4 Liverpool Ketika Dibeli Pada 2017