Salah Seorang Wartawan Difitnah Jadi Penyokong Liverpool Oleh Pep Guardiola

Pep Guardiola menfitnah salah seorang wartawan dengan menuduhnya sebagai penyokong Liverpool sedangkan wartawan tersebut sebenarnya merupakan penyokong Manchester United.

Nama Liverpool sepertinya tak hilang dari pemikiran Pep Guardiola sejak kebelakangan ini dengan beliau ke mana-mana tak pernah terlupa tentang nama tersebut.

Liverpool seolah-olah tinggal dalam fikiran Pep tanpa perlu membayar sewa tapak dan pengurus dari Sepanyol itu jelas sekali tak putus-putus mahu bincangkan tentang kelab seterunya itu.

Selepas tamat aksi kemenangan 5-0 Manchester City menewaskan Newcastle United awal pagi tadi, Pep Guardiola berkali-kali menyebut nama Liverpool dalam temu bual tersebut.

Beliau dengan tiba-tiba telah menfitnah salah seorang wartawan dalam temu bual tersebut dengan menganggap wartawan itu sebagai penyokong Liverpool.

Wartawan tersebut bertanya kepada Pep Guardiola adakah beliau gembira dengan persembahan anak-anak buahnya bertemu Newcastle selepas kekalahan mereka dalam saingan Champions League sebelum ini.

“Adakah kamu ada keraguan?”

Soal Pep Guardiola lalu ketawa kecil.

“Ya kan? Kamu penyokong Liverpool, baik mengaku.”

Wartawan itu kemudiannya menjawab yang beliau sebenarnya merupakan penyokong Manchester United bukannya Liverpool.

Mendengar jawapan dari wartawan itu, Pep Guardiola segera meminta maaf kerana tersilap menganggap beliau sebagai penyokong Liverpool.

Pengurus Man City itu turut mendakwa yang seluruh negara terutama sekali pihak media pada ketika ini berdiri teguh dibelakang Liverpool.

Beliau sepertinya turut menganjing Liverpool dengan menganggap mereka hanya memenangi gelaran liga sekali sahaja dalam tempoh 30 tahun.

“Semua orang di negara ini menyokong Liverpool, media dan semua orang.”

Jelas bekas pengurus Barcelona itu kepada beIN SPORTS.

“Sudah tentu kerana Liverpool ada sejarah yang menakjubkan di pertandingan Eropah, bukan dalam saingan Premier League kerana mereka hanya menang sekali sahaja dalam tempoh 30 tahun. Tapi itu bukan masalah sama sekali.”

“Situasi dia macam itu lah pada Ketika ini.”

“Kita perlu pisahkan dengan sembilan mata atau enam mata sekarang, ia bergantung pada apa yang akan berlaku dari dua perlawanan selepas ini dari seti perbezaan jaringan, tapi sekarang, perlawanan Rabu ini merupakan perlawanan akhir yang sebenarnya untuk kami.”

“Kami akan berusaha untuk menang di sana. Sasaran kami ada di tangan kami dan ia sangat penting. Kita perlu lihat pada diri sendiri. Dengan kelebihan satu mata atau tiga mata, tak ada yang berubah, kita perlu lakukan itu.”

Kemenangan ke atas Newcastle United merupakan kemenangan yang sangat bermakna apa lagi dengan kejayaan mereka mencatatkan keputusan 5-0.

Kemenangan itu juga berjaya menutup mulut para pengkritik yang mengkritik mentaliti mereka selepas tersingkirnya mereka dari saingan Champions League musim ini.

Selepas perlawanan, pengurus berusia 51 tahun itu mendedahkan yang Ruben Dias, John Stones dan Kyle Walker akan terpaksa diketepikan sepanjang musim ini kerana dibelenggu masalah kecederaan.

Pengurus Man City itu bahkan tak nampak risau dengan keadaan pada ketika ini dengan beliau tampil menyatakan:

“Saya langsung tak risau… Kerana jika Phil Foden terpaksa bermain di posisi centre-back, dia akan bermain di posisi centre-back.”

Ketika ditanya semula adakah beliau serious dengan kenyataan tersebut, Pep dengan segera mengesahkan beliau sekadar bergurau.

Jelas sekali beliau tidak begitu bimbang dek kerana beliau sedar yang sangat sukar sebenarnya untuk Liverpool memintas Man City pada ketika ini dengan saingan musim ini sudah hampir tamat.

Man City juga kini hanya akan menumpukan kepada saingan Premier League sahaja sementara Liverpool pula perlu beri tumpuan kepada perlawanan akhir FA Cup, perlawanan akhir Champions League dan saingan liga.

Jelas sekali kelebihan memihak kepada The Citizens berbanding Liverpool dan kerana itulah beliau tak begitu bimbang dengan situasi pada ketika ini.

Sumber: SPORTbible

BACA:  Guardiola Umumkan Tarikh Perpisahannya Bersama Manchester City