Sangat Keji Sebab Barcelona Tidak Menurunkan Yusuf Demir

Lebih banyak pendedahan mengenai keadaan menyedihkan di Barcelona telah terbongkar satu demi satu, terkini Barcelona enggan menurunkan Yusuf Demir dalam perlawanan kerana isu kontrak mengenai penampilan pemain itu.

Yusof Demir tiba di Nou Camp secara pinjaman selama satu musim dari Rapid Vienna pada Julai 2021 dan setakat ini telah membuat sembilan penampilan di saingan La Liga dan Champions League.

Jika Yusof Demir bermain satu perlawanan lagi sebelum akhir bulan Januari, maka pasukan Catalan yang bergelut dengan masalah kewangan dan kekurangan wang itu akan terpaksa membayar kelab Rapid Vienna sebanyak £8.5 juta sebagai yuran perpindahan tetap.

Dalam kontrak pinjamana antara Barcelona dan Rapid Vienna sudah termaktub satu persetujuan jika Barcelona menurunkan Yusuf Demir dalam 10 perlawanan maka secara automatik akan mengaktifkan pinjaman ini akan bertukar menjadi perpindahan tetap.

Lebih sedap dan menarik apabila wang berjumlah £8.5 juta mahu digunakan oleh Barcelona dalam jendela perpindahan januari ini.

Ini meupakan satu tindakan sangat keji dari Barcelona tetapi ini juga merupakan satu langkah yang mereka terdesak untuk mengelakkan sebarang pembayaran.

Pembongkaran ini telah didedahkan oleh Sky Sports Germany.

Barcelona dilaporkan mahu memastikan yuran perpindahan itu dibayar dalam bajet perpindahan musim panas akan datang dan tindakan keji ini telah memberi kesan kepada minit permainan Yusuf Demir di atas padang setakat musim ini.

Walaupun keinginan Barcelona sangat tinggi untuk menggunakan pemain sayap itu tapi dengan penuh berhati-hati, namun Barcelona tetap terciduk.

Barcelona telah mensia-siakan salah satu daripada penampilan Yusuf Demir dengan memainkannya hanya selama dua minit dalam kemenangan 1-0 ke atas Espanyol pada 20 November.

Yusuf Demir juga hanya beraksi selama sembilan minit dalam kemenangan 3-0 ke atas Levante pada September dan penampilan paling lamanya di padang ialah ketika seri 1-1 dengan Granada, bermula dari kesebelasan utama dan bermain selama 75 minit.

Pemain berusia 18 tahun itu kini terpaksa menghitung menunggu masa untuk menghabiskan sekurang-kurangnya enam minggu akan datang tanpa sebarang minit permainan.

Situasi ini merupakan satu kerugian buat Yusuf Demir walaupun cergas untuk beraksi tanpa kecederaan namun tidak dapat beraksi, satu situasi yang sangat tidak ideal untuk bakat muda yang memerlukan perlawanan untuk terus berkembang.

Pasukan bimbingan legenda kelab, Xavi seterusnya akan beraksi di tempat sendiri menentang Elche pada hari Sabtu, sebelum bertandang ke Sevilla tiga hari kemudian – perlawanan terakhir menjelang cuti rehat perayaan Krismas.

Barca kini menduduki tempat kelapan dalam La Liga dengan 24 mata daripada 16 perlawanan – 18 mata di belakang pendahulu La Liga Real Madrid, dengan kelebihan satu perlawanan dalam tangan.

2021/22 merupakan musim yang suram setakat ini untuk Barcelona, berikutan penyingkiran mereka daripada Champions League musim ini di peringkat kumpulan. Pencapaian terburuk mereka.

Barcelona juga berdepan kemungkinan kehilangan Sergio Aguero daripada skuad, kerana pemain Argentina itu dijangka akan mengumumkan persaraannya kerana masalah jantung.

Yusuf Demir dilahirkan pada 2 Jun 2003 di Vienna Austria dan ibu bapanya merupakan orang Turki yang berasal dari Trabzon Turkey.

Yusuf Demir beraksi di posisi sayap telah mendapatkan kontrak profesionalnya pada bulan Mei 2019 bersama Rapid Viena.

Pada usia 17 tahun 3 bulan dan 13 hari Yusuf Demir telah menjadi pemain Austria paling muda menjaringkan gol ketika Rapid Viena tewas 3-1 kepada Gent di kelayakan pusingan ketiga Champions League.

Pada musim 2020/21, Yusuf Demir mula menjadi pemain utama Rapid Viena dengan membuat 38 penampilan dalam semua kejohanan dan telah menjaring 9 gol.

Satu pencapaian amat mengagumkan dari pemain muda ini telah menarik minat Barcelona mendapatkan Yusuf Demir secara pinjaman untuk dirosakkan.

Yusuf Demir juga pemain pilihan skuad kebangsaan Austria dari semua peringkat umur bawah 15,17 dan 21 tahun.

Pemain berusia 18 tahun ini telah membuat debut bersama skuad senior kebangsaan Austria pada 28 Mac 2021 ketika Austria menewaskan Faroe Island di kelayakan Piala Dunia 2022.

Setakat ini Yusuf Demir telah membuat empat penampilan bersama skuad senior Austria.

BACA:  Malapetaka Melanda Barca Menjelang Aksi Bertemu Bayern Munich