Sebab Mengapa Pep Yakin Ramai Peminat Mahu Liverpool Muncul Juara EPL Berbanding City

Pep Guardiola tetap menegaskan yang beliau yakin ramai orang mahu lihat Liverpool yang menjuarai saingan Premier League musim ini berbanding Manchester City.

Beliau sangat yakin tentang hal tersebut kerana merasakan sejarah yang Liverpool miliki menyebabkan ramai orang mahu mereka yang muncul Juara.

Beliau mendedahkan hal tersebut menjelang aksi terakhir dalam saingan Premier League minggu ini yang mana ia juga akan menjadi penentu siapa bakal mengakhiri saingan musim ini sebagai Juara.

Manchester City masih lagi memiliki kelebihan satu mata di hadapan Liverpool, dan baki perlawanan terakhir akan jadi penentu siapa bakal menjuarai saingan musim ini.

Manchester City akan turun beraksi bertemu Aston Villa sementara Liverpool pula akan turun beraksi bertemu Wolverhampton Wanderers.

Menjelang aksi pertemuan antara The Citizens bertemu skuad kendalian Steven Gerrard itu, Pep Guardiola sekali lagi ditanya soal siapa antara skuadnya dan Liverpool yang menjadi pilihan ramai untuk muncul Juara.

Guardiola tetap menegaskan yang ramai peminat sebenarnya mahu Liverpool yang muncul Juara saingan musim ini kerana mereka mempunyai sejarah yang sangat hebat.

Beliau turut percaya yang Man City umpama ‘orang asing’ sejak sedekad lalu walau skuadnya itu bakal menjulang gelaran Premier League kelapan mereka hujung minggu ini.

“Saya yakin bahasa Inggeris saya tak begitu bagus selepas 4, 5 tahun. Saya kata ketika kamu berbicara tentang kejuaraan, pasukan yang lebih banyak sejarah dia akan ada lebih ramai peminat.”

“Ia berlaku di Sepanyol dan Jerman dan Itali. Kami umpama ‘orang asing’ sejak sedekad lalu.”

“Pada masa sama, sudah tentu orang tak mahu Liverpool atau kami menang. Penyokong Liverpool mahu menang, saya tak kata seluruh negara penyokong Liverpool, tapi secara amnya mereka merupakan sebuah pasukan yang lebih banyak Piala.”

Jelas pengurus berusia 51 tahun itu.

“Mungkin saya salah, tapi di negara seluruh dunia yang lain, mereka akan ada dua ke tiga kelab yang orang akan sokong lebih dari yang lain.”

“Liverpool, United, Arsenal mereka ada banyak sejarah, kami masih baru, berapa kali nama kami ada dalam sejarah? Brighton, Paul Dickov, saya tak fikir macam tu. Ia tak banyak. Sebab tu kami rasa ia satu keutamaan dan kami tak akan sia-siakan peluang untuk menikmati 95 minit ini.”

Guardiola bahkan sebelum ini lagi sudah merasa sangat yakin yang seluruh England sememangnya mahu Liverpool untuk muncul Juara berbanding Man City.

​Hakikatnya, seluruh negara dan kebanyakan peminat bola sepak seluruh dunia, semuanya lebih sanggup melihat Manchester City yang muncul Juara berbanding Liverpool.

Sudah tentu penyokong Manchester United, Arsenal, Chelsea dan lain-lain akan berharap City akan menjuarai saingan musim ini berbanding Liverpool atas dasar perseteruan mereka.

Kelab-kelab tersebut dan Liverpool sendiri sememangnya terkenal dengan sejarah mereka dan sudah tentu mereka antara kelab yang paling ramai peminat.

Andai Liverpool muncul Juara, sudah tentu penyokong mereka akan makan hati kerana dihina dan dikeji oleh penyokong Liverpool yang berjaya menjuarai saingan musim ini.

Namun andai Man City yang muncul Juara, setakat 10 orang penyokong mereka, tak ada masalah rasanya untuk penyokong lain biarkan mereka berhibur.

Atas alasan itulah rata-rata penyokong pasukan lain lebih memilih Man City untuk menjuarai saingan musim ini berbanding Liverpool.

Kena menganjing dengan penyokong Liverpool yang ramai jelas sekali akan lebih menyakitkan berbanding kena nganjing dengan 10 ketul jasad penyokong City.

Sumber: SPORTbible

BACA:  FA England Disarankan Supaya Melantik Pep Guardiola Sebagai Pengganti Southgate