Xherdan Shaqiri berjaya membantu Switzerland menewaskan Turki 3-1 untuk aksi perlawanan terakhir peringkat kumpulan A saingan Euro 2020 awal pagi tadi.
Beliau berjaya meledak dua gol dalam membantu skuadnya untuk mencatatkan kemenangan, dalam usaha mereka untuk merebut slot ke pusingan kalah mati.
Sayang sekali kerana bolos satu gol dalam perlawanan ini, Switzerland sekadar mengakhiri saingan peringkat kumpulan di kedudukan ketiga, dengan Wales mara ke pusingan 16 terbaik hasil kelebihan dari segi jaringan.
7 – Xherdan Shaqiri is now Switzerland's outright top goalscorer at major tournaments (World Cup + Euros), with his second goal today his seventh for his country. Sharpshooter. #EURO2020. https://t.co/GQBiFTOd77
— OptaJoe (@OptaJoe) June 20, 2021
Namun Shaqiri dan rakan sepasukannya masih berpeluang untuk mara ke pusingan kalah mati dek kerana Switzerland menamatkan saingan peringkat kumpulan di kedudukan ketiga.
Bintang Liverpool itu telah mencipta sejarah baru dalam perlawanan ini selepas beliau menjadi satu-satunya pemain Switzerland yang berjaya menjaringkan gol dalam empat kejohanan utama mereka.
Beliau telah berjaya menjaringkan gol ketika aksi Piala Dunia 2014 dan 2018, serta kejohanan European Championship pada tahun 2016 dan 2020.
Xherdan Shaqiri juga telah terlibat dengan lebih dari 50% gol yang berjaya dijaringkan oleh Switzerland dalam kejohanan utama sejak 2014(Piala Dunia dan European Championship).
Beliau sepanjang kariernya telah berjaya menjaringkan lima gol serta mencatatkan tiga assists dari 16 gol yang berjaya dijaringkan oleh Switzerland dalam kejohanan utama.
Xherdan Shaqiri’s game by numbers vs. #TUR (75 mins):
84% pass accuracy
51 touches
7 shots (4 on target)
5 attempted long balls
4 successful long balls
2 attempted take-ons
2 successful take-ons
2 chances created
2 goalsAnother clutch display for #SUI pic.twitter.com/zXSKsgta2e
— Statman Dave (@StatmanDave) June 20, 2021
Apa yang lebih menakjubkan lagi, tidak ada pemain Switzerland yang berjaya menjaringkan lebih banyak gol berbanding Shaqiri di kejohanan utama dengan empat gol di Piala Dunia, dan tiga gol dalam saingan European Championship.
Hanya Cristiano Ronaldo, Romelu Lukaku, Ivan Perisic dan Xherdan Shaqiri yang berjaya menjaringkan gol dalam saingan Piala Dunia 2014 dan 2018 serta Euro 2016 dan 2020.
Aksi hebat Shaqiri ketika bertemu Turki telah membantu beliau untuk memenangi anugerah pemain terbaik perlawanan.
Selain menjaringkan dua gol penting, Shaqiri turut mencatatkan statistik yang sungguh luar biasa menakjubkan dalam perlawanan ini.
Beliau melakukan 51 sentuhan, tujuh percubaan, enam hantaran silang, empat percubaan tepat, 2 take-ons dan mencipta dua peluang yang menghasilkan dua gol untuknya dalam perlawanan ini.
Switzerland menewaskan Turki 3-1 hasil dua gol jaringan Xherdan Shaqiri dan satu gol menerusi Haris Seferovic.
Sementara untuk Turki pula, gol jaringan Irfan Can Kahveci dalam perlawanan ini merupakan satu-satunya gol yang berjaya mereka jaringkan dalam saingan Euro pada tahun ini.
Xherdan Shaqiri is now Switzerland's all time leading goalscorer at major tournaments.
7 goals and they were mostly long range bangers. 🚀 pic.twitter.com/hTKW6nkdLc
— 101 Great Goals (@101greatgoals) June 20, 2021
Tidak dinafikan lagi beliau jelas mencuri perhatian peminat selepas mempamerkan aksi yang begitu hebat dan menakjubkan dalam perlawanan ini.
Walau beliau jarang mendapat minit permainan yang diinginkan ketika bersama Liverpool, Shaqiri masih mampu mengekalkan tahap kecergasan terbaiknya ketika bersama skuad kebangsaan.
Beliau jelas merupakan pemain paling bekerja keras dan gigih ketika menjalani latihan, lihat saja otot yang beliau miliki walau tidak dapat minit permainan di peringkat kelab.
Berbicara soal otot, Shaqiri sebenarnya mempunyai betis terbesar dari kalangan semua pemain bola sepak profesional di dunia ini.
Walaupun sering diabaikan oleh Jurgen Klopp, hal itu jelas tidak mengganggu tumbesaran ototnya dengan Shaqiri tetap meneruskan rutin hariannya seperti biasa.
Xherdan Shaqiri becomes the first ever Swiss player to score in four consecutive major tournaments:
– 2014 World Cup.
– 2016 Euros.
– 2018 World Cup.
– 2020 Euros. pic.twitter.com/zSPJavxaim— Watch LFC (@Watch_LFC) June 20, 2021
Apa yang mengagumkan tentang betisnya ialah, Shaqiri sebelum ini pernah mengalami kecederaan di bahagian tersebut, namun perkembangan ototnya sama sekali tidak menjejaskan.
Sebelum ini Shaqiri pernah menceritakan bagaimana beliau menjalani latihan dan sentiasa mementingkan otot kakinya.
Shaqiri mempunyai otot kaki yang hebat begitu bukan hanya ketika di Anfield, bahkan ketika beliau bersama FC Basel, Bayern Munich atau Inter Milan lagi ototnya sudah begitu.
No wonder Xherdan Shaqiri pulled a hamstring. Looked at those calves they have to help carry around! pic.twitter.com/06tLf7iqn1
— Jonas Giæver (@CheGiaevara) August 19, 2017
Xherdan Shaqiri's legs are unreal. pic.twitter.com/Sz2sbwKyM8
— ESPN FC (@ESPNFC) December 19, 2018
Otot kakinya semakin membesar setiap tahun dan ramai yang mempertikaikan bagaimana beliau mengekalkan kekuatan kaki sebegitu walau cuma bermain enam perlawanan sahaja dalam saingan liga tahun ini.
Sebelum ini juga pernah tular video bagaimana beliau menjalani latihan bersama rakan sepasukannya, Eren Derdiyok, mereka berdua begitu mementingkan penjagaan otot dan latihan yang mereka berdua lakukan sangat sukar untuk dilakukan.
Tidak keterlaluan untuk mengatakan Shaqiri sering lekas pulih dari kecederaan kerana cara beliau menjalani latihan dan kekuatan ototnya sendiri.
Xherdan Shaqiri never skips leg day.
Ever. pic.twitter.com/hYSRaiVcLS
— Goal (@goal) August 14, 2019
Itali dan Wales sudah menarik nafas lega kerana berjaya mara ke pusingan kalah mati, sementara Switzerland masih menunggu peluang untuk ikut sama.
Turki pula sudah sah menjadi pasukan pertama yang tersingkir dari saingan Euro 2020 selepas mencatatkan kekalahan 3-1 di tangan Switzerland awal pagi tadi.