Disebalik kehangatan Piala Dunia Qatar, bola sepak Eropah terutamanya Itali telah digemparkan dengan berita perletakkan jawatan semua board atau ahli lembaga Juventus secara berjemaah.
Memetik laporan daripda Fabrizio Romano telah menyatakan bahawa:
“Ahli lembaga Juventus telah memutuskan untuk meletakkan jawatan, termasuk presiden Andrea Agnelli dan naib presiden Pavel Nedved. Ia adalah penghujung era Andrea Agnelli sebagai presiden Juve. 🚨⚪️⚫️ #Juventus”
“Akan ada lembaga baru dan struktur kelab baru yang akan diputuskan dalam beberapa bulan akan datang.”
Juventus board have decided to resign, including president Andrea Agnelli and vice president Pavel Nedved. It’s the end of Andrea Agnelli’s era as Juve president. 🚨⚪️⚫️ #Juventus
There will be new board and new club structure to be decided in the next months. pic.twitter.com/5QemEMkicH
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) November 28, 2022
Andrea Agnelli yang merupakan Presiden Juventus dan naib Presiden, Pavel Nedved antara yang meletakkan jawatan dan CEO, Maurizio Arrivabene kekal berkuasa sehingga ahli lembaga baru diumumkan.
“Kenyataan rasmi mengesahkan seluruh Lembaga Pengarah Juventus meletak jawatan. 🚨⚪️⚫️ #Juventus #SerieA”
“Andrea Agnelli dan Pavel Nedved tidak lagi menjadi sebahagian daripada lembaga pengarah Juventus, manakala Ketua Pegawai Eksekutif Maurizio Arrivabene akan kekal bertanggungjawab sehingga lembaga pengarah baharu itu diumumkan.”
Juventus telah mengesahkan di laman web rasmi kelab bahawa ahli lembaga pengarah mereka akan berundur.
Official statement confirms Juventus entire Board of Directors resigned. 🚨⚪️⚫️ #Juventus #SerieA
Andrea Agnelli and Pavel Nedved will no longer be part of Juventus board, while CEO Maurizio Arrivabene will remain in charge until the new board will be announced. pic.twitter.com/XUe4VpODvT
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) November 28, 2022
Keputusan itu diambil sebelum perhimpunan agung yang luar biasa dan kebimbangan melanda adakah peristiwa hitam 2006 sekali lagi melanda bola sepak Itali.
Jika benar episode hitam bola sepak Itali 2006 berulang maka ia akan dijangka memberi kesan lebih buruk dan teruk kepada masa depan bola sepak Itali.
Juventus telah mencatatkan rekod kerugian sebanyak €254.3 juta (£219m/$264m) untuk tempoh 2021-22 dan mesyuarat pemegang saham yang sepatutnya berlangsung pada 23 November pada mulanya ditunda kepada 27 Disember.
Bagaimanapun, telah didedahkan bahawa semua ahli lembaga kelab itu kini berundur, dengan presiden Andrea Agnelli dan naib presiden Pavel Nedved antara mereka yang mengosongkan jawatan mereka.
If you’re an Italian football fan and you’re cheering for Juventus to be relegated, you are an idiot
If Juventus are relegated, that is the end of not only Juventus, but YOUR club and the whole of Italian football FOREVER
2006 already destroyed Serie A, this would be final nail
— Carlo Garganese (@carlogarganese) November 28, 2022
Keputusan itu telah diambil berikutan penyiasatan terhadap dakwaan perakaunan dan komunikasi palsu bagi pihak pasukan gergasi Serie A, dengan CONSOB – badan yang bertanggungjawab menyelia aktiviti di pasaran saham Itali – meminta penjelasan mengenai kunci kira-kira Bianconeri.
Agnelli, Nedved dan Arrivabene, ketiga-tiganya dalam siasatan dengan tuduhan komunikasi korporat palsu, halangan kepada pelaksanaan badan penyeliaan, penipuan maklumat dan invois palsu untuk urus niaga yang tidak wujud.
Siasatan ini mewajarkan mereka untuk meletakkan jawatan. Pendakwaraya Turin juga sedang menyiasat pembayaran gaji yang ditangguhkan semasa pandemik Covid-19.
Pihak berkuasa sedang berusaha untuk membuktikan bahawa Juve tidak menjelaskan bayaran selama empat bulan, seperti yang didakwa pada masa itu dan hanya satu bulan telah diserahkan, dengan gaji terus dibayar melalui beberapa siri perjanjian persendirian.
2021 report regarding the investigation that’s now seen Juve’s board resign. >> Juventus Under Investigation by PPO For False Accounting https://t.co/Kq8clUNlZW
— Steve Graff (@SG_Calcio2) November 29, 2022
Pada Mei dan Jun 2020, 23 pemain menandatangani perjanjian yang akan menyaksikan gaji masing-masing dikurangkan dalam usaha mengurangkan kos semasa tempoh ujian kewangan untuk kelab di seluruh dunia – dengan permainan dimainkan di stadium kosong kerana penyokong tidak dibenarkan hadir.
Menurut Gazzetta dello Sport, bintang Juventus dibayar “secara hitam” untuk membolehkan pemain dan kelab mengelak cukai, manakala penyata kewangan didakwa dipalsukan untuk memastikan akaun menjadi seimbang.
Telah diumumkan bahawa Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) semasa Maurizio Arrivabene, yang meninggalkan pasukan Formula Satu Scuderia Ferrari untuk menyertai Juve pada 2019, akan meneruskan peranannya sementara lembaga baharu sedang dilantik – dengan mesyuarat dijadualkan pada 18 Januari 2023 untuk melengkapkan proses itu. .
Gianluca Ferrero akan mengambil alih jawatan presiden berikutan pemergian Agnelli, yang telah bersama Bianconeri sejak 2010.
BREAKING: The entire Juventus board, including president Andrea Agnelli, has resigned. pic.twitter.com/qTYVaf3Nek
— Sky Sports News (@SkySportsNews) November 28, 2022
Ekoran siasatan salah laku ini dilakukan mereka perlu meletakkan jawatan kerana kebimbangan wujud akan kebarangkalian liabiliti jenayah boleh membawa kepada perencatan operasi kelab.
Lembaga pengarah Juventus yang semuanya telah meletak jawatan adalah:
Andrea Agnelli – Presiden
Pavel Nedved – Naib Presiden
Maurizio Arrivabene – Ketua Pegawai Eksekutif
Laurence Debroux – Pengarah
Massimo Della Ragione – Pengarah Bebas
Kathryn Fink – Pengarah Bebas
Daniela Marilungo – Pengarah Bebas
Francesco Roncaglio – Pengarah
Giorgio Tacchia – Pengarah Bebas
Suzanne Heywood – Pengarah
Andrea Agnelli telah menjadi Presiden Juventus paling berjaya dalam sejarah kelab dan dalam tempoh sedekad Andrea Agnelli telah menjulang 9 scudetto secara berturut-turut.
Satu kejayaan yang tidak pernah dikecapi oleh mana-mana kelab di Itali dan Andrea Agnelli telah memenangi 19 piala secara keseluruhannya.