Dalam sejarah bola sepak tidak ramai pemain bola sepak yang berjaya menjulang trofi Champions League dan juga Piala Dunia pada tahun yang sama.
Setakat ini hanya 9 pemain sahaja yang berjaya melakukannya dan sejarah ini hanya terjadi dalam empat edisi Piala Dunia iaitu pada tahun 1974, 1998, 2002 dan 2018.
Dan di Piala Dunia 2022 yang berlangsung di Qatar ini terdapat beberapa orang pemain yang berpeluang berada dalam senarai ini dan kesemua mereka pastilah dari pasukan Real Madrid.
Kenapa Real Madrid? Sebab Real Madrid merupakan juara Champions League tahun ini. Kalau ada orang tanya kenapa Real, ko bagi je penampar.
🏆🏆 Only nine players have ever featured on the winning side in European Cup and World Cup finals in the same year…#UCL
— UEFA Champions League (@ChampionsLeague) November 17, 2022
Dan ini senarai pemain Real Madrid yang berpeluang masuk dalam senarai ini untuk menjadi pemain yang ke-11.
Belgium: Thibaut Courtois
Brazil: Casemiro, Éder Militão, Rodrygo, Vinícius Júnior
Croatia: Luka Modrić
France: Eduardo Camavinga
Spain: Dani Carvajal
Uruguay: Federico Valverde
Berikut merupakan senarai 10 pemain yang berjaya menjulang Champions League dan juga Piala Dunia pada tahun yang sama:
1974 – Sepp Maier, Paul Breitner, Hans-Georg Schwarzenbeck, Franz Beckenbauer, Gerd Müller, Uli Hoeness (Bayern & West Germany)
Seramai 6 orang pemain Bayern Munich dan juga Jerman Barat telah menjulang trofi keagungan Piala Dunia dan juga Champions League dalam tahun yang sama iaitu tahun 1974.
Enam orang pemain ini menjadi enam pemain pertama yang melakukan perkara ini dan mereka adalah Sepp Maier, Paul Breitner, Hans-Georg Schwarzenbeck, Franz Beckenbauer, Gerd Müller, Uli Hoeness.
Pada ketika itu Champions League masih lagi digelar European Cup di mana gergasi Jerman itu telah bertemu wakil dari Sepanyol, Atletico Madrid di perlawanan akhir.
Pada perlawanan akhir bertarikh 15 Mei 1974, keputusan terikat 1-1 dengan dua jaringan dihasilkan pada masa tambahan melalui Aragones pada minit ke-114.
Raphael Varane joins very special company as he wins the #worldcup and champions league in the same year 🏆
Only 10 players have achieved such a feat:
1. Uli Hoeness
2. Gerd Muller
4. Franz Beckenbauer
4. Paul Breitner
5. Hans-Georg Schwarzenbeck
6. Sepp Maier— Faze (@faze__10) July 15, 2018
Ketika perlawanan hampir menjadi milik Atletico, Hans-Georg Schwarzenbeck menjaringkan gol dramatik pada minit ke-120.
Keputusan seri ini memaksa kedua-dua pasukan bermain di perlawanan ulangan dua hari kemudian dan Bayern Munich menang 4-0 dengan Gerd Müller dan Uli Hoeness
masing-masing menjaringkan dua gol.
Dua bulan kemudian tanggal 7 julai 1974, Sepp Maier, Paul Breitner, Hans-Georg Schwarzenbeck, Franz Beckenbauer, Gerd Müller dan Uli Hoeness membawa West Jerman ke final Piala Dunia.
Belanda menjadi lawan West Jerman dan gol Johan Neeskens dan Gerd Müller memastikan kemenangan 2-1 Jerman Barat.
1998: Christian Karembeu (Real Madrid & Perancis)
Selepas 24 tahun kemudian pemain Real Madrid dan Perancis, Christian Karembeu berjaya untuk berada dalam senarai ini sebagai pemain ketujuh melakukan perkara yang sama.
Christian Karembeu merupakan defensive midfielder Perancis dalam perlawanan akhir Piala Dunia 1998 di mana Les Blues mudah membenam Brazil dengan jaringan 3-0, Zinedine Zidane mendonia dalam perlawanan ini.
Only 4 players have won both Champions League (1992-) & FIFA World Cup in the same year:
1998: Christian Karembeu (Real Madrid & France)
2002: Roberto Carlos (Real Madrid & Brazil)
2014: Sami Khedira (Real Madrid & Germany)
2018: Raphael Varane (Real Madrid & France) pic.twitter.com/mpFwxsri1n
— cricketsoccer (@cricketsoccer) July 29, 2020
Dua bulan sebelum menjulang Piala Dunia, Christian Karembeu terlebih dahulu menabur bakti bersama Real Madrid untuk memenangi Champions League.
Real Madrid berjaya menewaskan Juventus dengan kemenangan tipis 1-0 hasil jaringan Predrag Mijatović.
2002: Roberto Carlos (Real Madrid & Brazil)
Empat tahun kemudian Roberto Carlos telah menebus kehampaan Brazil di Piala Dunia 1998 kecundang di kaki Perancis dengan menewaskan Jerman 2-0 di perlawanan akhir.
Ronaldo Original yang berambut sangat mencolok mata di Piala Dunia Korea/Jepun ini menjadi wira dengan dua gol di final sekaligus memadam misteri 1998.
4️⃣ — Real Madrid players have won World Cup & Champions League in the same year:
🇫🇷 1998 — Christian Karembeu
🇧🇷 2002 — Roberto Carlos
🇩🇪 2014 — Sami Khedira
🇫🇷 2018 — Raphael Varane👀 Who could it be this year? pic.twitter.com/mBZujK6Qwp
— Madrid Zone (@theMadridZone) November 13, 2022
Dalam tahun yang sama juga Roberto Carlos telah menjulang trofi Champions League bersama Real Madrid di mana Bayern Leverkusen menjadi lawan mereka di final.
Raul dan Zidane memastikan kejuaraan Real Madrid dan jaringan Lucio hanya menjadi gol saguhati buat Leverkusen.
2014: Sami Khedira (Real Madrid & Jerman)
Sami Khedira menyertai kelab elit ini pada 2014, kecederaan semasa memanaskan badan menghalangnya daripada beraksi untuk Jerman dalam perlawanan akhir Piala Dunia menentang Argentina.
Mario Gotze menjaringkan gol kemenangan Jerman pada masa tambahan minit ke-113 untuk membolehkan Jerman muncul juara dan kemenangan 7-0 sentiasa terpahat di fikikaran peminat.
🏆🏆 Christian Karembeu (1998), Roberto Carlos (2002) and Sami Khedira (2014) won the @ChampionsLeague and the #WorldCup in the same year. Gianluca Zambrotta helped the @azzurri win Germany 2006, but only joined Barcelona after they conquered Europe that year. https://t.co/M6jYBgY6io pic.twitter.com/hdQxWQv8RB
— FIFA World Cup (@FIFAWorldCup) March 21, 2021
Dia telah memenangi Liga Juara-Juara kurang daripada dua bulan sebelumnya bersama Real Madrid menewaskan Atletico Madrid 4-1 di masa tambahan selepas terikat 1-1.
Kemenangan penuh dramatik dan aksi kebangkitan sensasi selepa Diego Godin meletakkan Atletico di hadapan ketika perlawanan hampir tamat, Sergio Ramos menyamakan kedudukan pada minit ke-93.
2018: Raphaël Varane (Real Madrid & Perancis)
Raphael Varane merupakan pemain terakhir dan terkini serta yang ke-10 berada dalam senarai trofi keagungan Piala Dunia dan juga Champions League dalam tahun yang sama.
Pemain pertahanan Perancis ini berada di puncak dunia hanya pada usia 25 tahun dan menjadi watak penting buat kelab dan juga negara.
Pada usia 20 tahun Varane telah memecah masuk ke pasukan kebangsaan Perancis dan membuat debut penuh di peringkat antarabangsa pada Mac 2013 dan menjadi skuad The Blues untuk Piala Dunia 2018.
11 – In 2018, Raphaël Varane 🇫🇷 became one of only 11 players in history to win the European Cup/Champions League and World Cup in the same year. Gold. pic.twitter.com/sqBet5XOU9
— OptaJose (@OptaJose) July 26, 2021
Perancis mara ke final Piala Dunia Rusia bertemu dark horse, Croatia ketika Varane sudah pun mendakap trofi Champions League buat kali ketiga berturut-turut.
Varane membantu Perancis menewaskan Croatia 4-2 dalam final yang penuh dengan kesedapan berbanding final yang penuh Kekariusan (baca Kelakar) menewaskan pasukan noob, Liverpool 3-1.