Piala Asia 2023 edisi ke-19 yang berlangsung di Qatar merupakan pentas keempat pasukan Malaysia yang diberi gelaran Harimau Malaya berjaya layak beraksi di kejohanan bola sepak teragung Asia selepas 18 edisi.
Mengikut sejarah kejohanan Malaysia telah layak secara merit pada edisi 1976 dan 1980, serta layak automatik selaku tuan rumah bersama Thailand, Indonesia dan Vietnam pada 2007. Pada ketiga-tiga edisi tersebut, Malaysia kandas di peringkat kumpulan.
Hanya satu kemenangan dicatatkan Malaysia dalam sejarah penyertaan dengan menewaskan UAE pada 1980. Selepas 16 tahun dan terlepas 3 edisi Malaysia berjaya layak secara merit sekali lagi di bawah kepimpinan Kim Pan Gon yang meneruskan legasi yang ditinggalkan oleh Tan Cheng Hoe.
Ramai pemerhati bola sepak antarabangsa meletakkam sasaran Malaysia akan mampu layak ke pusingan kalah mati lantaran prestasi semasa skuad Harimau Malaya dan rekod peribadi Kim Pan Gon yang mencatatkan kadar kemenangan sebanyak 72.72 peratus sejak mengendalikan Harimau Malaya.
Berikut senarai akhir 26 pemain berserta posisi, nombor jersi dan umur yang dipilih oleh ketua jurulatih kebangsaan, Kim Pan Gonyang akan membawa cabaran Malaysia pada kempen Piala Asia 2023 di Qatar, 12 Januari hingga 10 Februari 2024.
Penjaga Gol
1. Muhammad Azri Ab Ghani – 25 Tahun
16. Ahmad Syihan Hazmi Mohamed – 28 Tahun
23. Sikh Izhan Nazrel Sikh Azman – 22 Tahun
Pertahanan
2. Matthew Davies – 29 Tahun
3. Shahrul Mohd Saad – 31 Tahun
4. Daniel Sang Ting – 32 Tahun
5. Muhammad Syahmi Safari – 26 Tahun
6. Dominic Tan – 27 Tahun
15. Junior Eldstal – 33 Tahun
21. Dion-johan Cools – 28 Tahun
22. La’vere Lawrence Corbin-ong – 33 Tahun
25. Ahmad Khuzaimi Piee – 31 Tahun
Tengah
8. Stuart John Wilkin – 26 Tahun
10. Endrick Dos Santos – 29 Tahun
14. Mohamed Syamer Kutty Abba – 27 Tahun
18. Brendan Gan – 36 Tahun
20. Mohd Afiq Fazail – 30 Tahun
24. Natxo Insa – 38 Tahun
Penyerang
7. Mohamad Faisal Abdul Halim – 26 Tahun
9. Darren Lok – 34 Tahun
11. Muhammad Safawi Rasid – 27 Tahun
12. Arif Aiman Mohd Hanapi – 22 Tahun
13. Mohamadou Sumareh – 30 Tahun
17. Paulo Josue – 35 Tahun
19. Muhammad Akhyar Abdul Rashid – 25 Tahun
26. Romel Morales – 27 Tahun
Jadual perlawanan Malaysia
Bagi saingan Piala Asia 2023, Malaysia telah diundi berada dalam Kumpulan E bersama Jordan, Bahrain dan gergasi bola sepak Asia, Korea Selatan. Kumpulan yang agak keras yang pastinya Harimau Malaya akan melawan.
Harimau Malayatelah terbang ke Doha, Qatar pada Isnin, 1 Januari 2024 dan telah mengadakan satu perlawanan persahabatan menentang Syria pada Isnin, 8 Januari 2024 sebagai perlawanan tertutup yang menyaksikan keputusan seri 2-2.
Berdasarkan ranking terkini FIFA pada 21 Disember 2023, Malaysia kini di tangga 130, Jordan di tangga 87, Bahrain di tangga 86 manakala Republik Korea di tangga 23 dunia.
1. Malaysia vs Jordan
Isnin, 15 Januari, jam 8.30 malam (1.30 pagi Selasa waktu Malaysia)
Stadium Al Janoub
2. Malaysia vs Bahrain
Sabtu, 20 Januari, jam 5.30 petang (10.30 malam waktu Malaysia)
Stadium Jassim Bin Hamad
3. Malaysia vs Korea Selatan
Khamis,25 Januari 2024, jam 2.30 petang (7.30 malam waktu Malaysia)
Stadium Al Janoub
Dua pasukan teratas setiap kumpulan iaitu 12 pasukan (Juara dan Naib Juara kumpulan A, B, C, D, E dan F) bersama empat pasukan tempat ketiga terbaik kumpulan akan layak ke Pusingan 16 Terbaik yang dijadual berlangsung pada 28, 29, 30 dan 31 Januari 2024.
Perlawanan Suku Akhir akan berlangsung pada 2 dan 3 Februari 2024 manakala Separuh Akhir pada 6 dan 7 Februari 2024 manakala Final pada Sabtu, 10 Februari 2024 di Stadium Lusail yang boleh menempatkan 88,000 orang penonton.