Seorang Lagi Kakak Ronaldo Kecam Ten Hag Keluarkan Adiknya: “Dah Terlambat”

Kakak Cristiano Ronaldo sentiasa mengambil berat tentang adiknya yang sedang bermain di Manchester United.

Dia sudah beberapa kali melontarkan pandangan yang agak panas ketika dia tidak berpuas hati dengan cara layanan ke atas Ronaldo.

Beberapa minggu lalu, seorang lagi kakak Ronaldo iaitu Katia Alveiro menuduh penyokong Portugal sebagai bodoh dan tidak reti bersyukur. Ianya selepas ramai peminat mahukan Ronaldo disisihkan daripada kesebelasan utama Portugal kerana masalah prestasi.

Katia turut mengingatkan mereka bahawa Ronaldo adalah pemain terbaik sepanjang zaman dan dia memberikan Portugal banyak kejayaan termasuk Piala Eropah dan Liga Negara Negara Eropah.

Terbaru, seorang lagi kakak Ronaldo memberikan respon berbaur nada sindiran selepas Ronaldo dikeluarkan dalam aksi menentang Newcastle United.

Ronaldo mendapat tempat di kesebelasan utama, yang jarang dia dapat di Liga Perdana Inggeris setakat musim ini, kali kedua dia berada dalam XI pertama untuk Erik ten Hag dalam liga.

Ketika dikeluarkan, Ronaldo enggan bertepuk tangan kepada penyokong atau berjabat tangan dengan pengurus.

Ronaldo hanya mendapat tempat sebagai kesebelasan utama selepas kecederaan Anthony Martial dan Marcus Rashford yang baru pulih.

Ronaldo tersenyum sebelum wisel permulaan perlawanan, kerana dia diberi penghormatan untuk meraikan gol kelabnya yang ke-700, dan bertemu semula dengan mentor Sir Alex Ferguson.

Bagaimanapun moodnya merosot, pertama apabila dia dilayangkan kad kuning selepas merasakan dia telah menjaringkan gol yang sah, namun pengadil tidak menerima gol itu kerana mendakwa Newcastle belum memulakan semula aksi.

Rakaman menunjukkan memang ada sentuhan daripada pemain Newcastle pada masa itu.

Pada separuh masa kedua, dia kecewa sekali lagi kerana dia dikeluarkan lebih awal.

Ten Hag kemudian menjelaskan bahawa dengan United mempunyai empat perlawanan dalam 10 perlawanan, dia terpaksa melindungi penyerang itu. Jadi, dia membuat penggantian untuk memastikan Ronaldo terus menyambung proses kembali ke tahap kecergasan optimum.

Tetapi penjelasan itu tidak begitu diterima oleh kakak penyerang itu.

Di media sosial, Elma Aveiro menyiarkan imej tangkap layar daripada artikel yang bertajuk, “Kewajaran Erik Ten Hag untuk menggantikan Cristiano Ronaldo,” dengan kapsyen, “Sudah terlambat,” bersama beberapa emoji muka sakit.

Kakak Ronaldo mungkin merujuk kepada usaha adiknya itu sebelum ini yang mahu meninggalkan Manchester United hanya selepas semusim bersama kembali.

Ronaldo ketika itu menyatakan bahawa dia mahu bermain dalam bola sepak Liga Juara-Juara Eropah. Dia sudah menghantar transfer request yang ditolak oleh Manchester United.

BACA:  De Gea: Kekalahan Di Tangan West Brom Sukar Untuk Dihadam