Seorang Penyokong Perancis Terus Ke Alam Sebalik Mata Terkena Bola Rembatan Mbappe Di Muka

Seorang penyokong Perancis yang malang terus pergi ke alam sebalik mata buat seketika selepas terkena bola rembatan keras Kylian Mbappe di bahagian muka.

Melihat kejadian yang tidak diingini dan tidak disengajakan itu Kylian Mbappe terus panik lalu meluru pergi ke tempat duduk penyokong untuk melihat keadaan mangsa rembatannya itu.

Semasa memanaskan badan menjelang pertembungan separuh akhir Perancis menentang Maghribi di Piala Dunia, Mbappe sedang menguji rembatannya, menguji penjaga gol Perancis Hugo Lloris di gawang.

Tetapi malangnya untuk Mbappe apabila salah satu tendangannya melepasi terlepas dari sasaran lalu meliar perginya ke penyokong yang berada di belakang gawang.

Pukulan yang kuat itu akhirnya mengenai kepal peminat Perancis dengan tepat di bahagian muka, menyebabkan dia kelihatan agak terpinga-pinga dan keliru.

Melihat dengan jelas apa yang berlaku, Mbappe segera melompat ke atas sepanduk papan iklan untuk membantu penyokong dan memeriksa sama ada dia tidak mengalami kecederaan yang serius.

Pemain sensasi berusia 24 tahun itu memegang lengan lelaki itu dan kelihatan sangat bimbang dengan apa yang terjadi lalu telah meminta maaf berkali-kali.

Agak teruk juga kecederaan yang dialami oleh penyokong Perancis yang malang itu apabila hidungnya berdarah dan berharap Perancis memang agar berbaloi dengan kemalangan yang menimpanya.

Menurut Jenny Taft dan Fox Sports telah menulis di akaun Twitternya:

“Bercakap kepada peminat Perancis, dia mengalami hidung berdarah dan memberitahu saya jika Perancis menang semuanya akan berbaloi! (Dia juga berharap Mbappe akan memberikan jersinya selepas perlawanan).”

Semoga harapan mangsa keadaan yang kedua untuk mendapat jersi Mbappe itu tercapai selepas harapan pertama melihat Perancis menang berbaloi dengan kecederaan dialami.

Tetapi jika dilihat selepas perlawanan, Mbappe telah menukar jersi dengan teman karibnya di PSG, Achraf Hakimi yang telah dikecewakannya dalam perlawanan ini.

Sebelum perlawanan kedua-dua mempelai itu telah dirakam berjabat tangan dengan cara yang agak istimewa dan berpelukan diterowong sebelum menentang antara satu sama lain.

Selepas perlawanan Achraf Hakimi yang kelihatan kecewa telah bertukar jersi dengan Mbappe dan saling berpelukan sebelum memilih haluan masing-masing.

Mbappe dan Hakimi dilihat memakai jersi secara terbalik dengan bahagian nama dan nombor berada dihadapan, Mbappe terus meraikan kejayaan dan Hakimi terus memasuki terowong.

Perancis berjaya ke perlawanan akhir Piala Dunia dua kali berturut-turut dan berpeluang untuk mempertahankan gelaran apabila bertemu Argentina untuk penentuan terakhir.

Achraf Hakimi dan Maghribi telah dinafikan slot ke perlawanan akhir oleh jaringan Theo Hernandez dan Randal Kolo Muani dan Maghribi akan bermain diperlawanan penentuan tempat ketiga dan keempat menentang Croatia.

Walaupun tidak dinamakan sebagai pencipta bantuan gol, kedua-dua gol Perancis itu terhasil dari percubaan Mbappe yang dihadang pemain Maghribi dan rekod unik tercipta.

Theo Hernandez telah menjadi pemain lawan pertama menjaringkan gol menentang Maghribi di Piala Dunia 2022, mereka hanya bolos sekali sebelum ke separuh melalui gol sendiri.

Jaringan pembukaan Theo Hernandez dalam tempoh 4 minit 39 saat itu telah menjadi jaringan terpantas dalam perlawanan separuh akhir Piala Dunia sejak 1958.

Pemain Brazil, Edvaldo Izidio Neto atau Vava merupakan penjaring terpantas di perlawanan separuh akhir Piala Dunia yang dihasilkan dalam tempoh dua minit sepak mula.

Randal Kolo Muani telah menjaringkan gol ketiga terpantas untuk pemain gantian dalam sejarah Piala Dunia (44 saat selepas masuk), hanya di belakang Morales pada 2002 (16 saat) dan Sand pada 1998 (26 saat).

BACA:  Emi Martinez Minta Pemain Argentina 'Bertafakur' Mengenang Kylian Mbappe