Serie A 2019/2020: Inter Milan 6-0 Brescia

Inter Milan berpesta gol dengan membenam pasukan tercorot Serie A, Brescia dengan jaringan enam gol tak mampu dibalas dan hanya mampu dilihat walaupun perit.

Dua bekas pemain Manchester United, bekas kapten Marvel, Ashley Young dan Alexis Sanchez menjadi nadi dan dalang kemenangan ini.

Young menjaringkan satu gol dan satu assist manakala Sanchez mencetak satu gol dan dua assist. Power yang bukan bukan bukan?

Ashley Young membuka tirai jaringan seawal minit ke-5 , menyudahkan hantaran Sanchez dengan satu voli cantik dan menarik.

Alexis Sanchez menggandakan kedudukan melalui sepakan penalti selepas Victor Moses dikasari di dalam kotak penalti.

Kemudian dua jaringan daripada Danilo D’Ambrosio dan Roberto Gagliardini menjarakkan kedudukan kepada empat gol.

Cristian Eriksen menjaringkan gol kelima selepas menolak masuk rembatan Romelu Lukaku yang muntah kembali.

Selepas rembatan cantik dari luar kotak penalti menghiggap palang, Antonio Candreva melengkapkan kemenangan Inter Milan dengan jaringan ke-6.

Sanchez kembali menjadi pemain bola sepak sebenar dan bukan lagi seorang pemain piano seperti di England.

Pemain Chile itu juga telah dinobatkan sebagai pemain terbaik perlawanan.

Inter Milan: Handanovic 7; Bastoni 8, De Vrij 6, D’Ambrosio 8; Young 9, Barella 7, Valero 7, Gagliardini 8, Moses 8; Alexis Sánchez 9, Lautaro Martínez 7, A. Ranocchia 7, C. Eriksen 8, R. Lukaku 7, A. Candreva 7, Agoume 6

Brescia: Joronen 6; Papetti 5, Semprini 5, Mateju 5, Sabelli 6; Tonali 6, Dessena 5; Zmrhal 6, Ayé 6, Skrabb 5; Donnarumma 6, E. Torregrossa 5, B. Bjarnason 5, N. Špalek 5, M. Mangraviti 5, Ghezzi 5

BACA:  Terkini: Man Utd Terpaksa Lupakan Onana Kerana FFP