Siaran Berita Tv Perancis Tersilap Meletakkan Gambar Messi Palsu

Lionel Messi adalah pemenang enam kali Ballon d’or. Beliau dianggap salah seorang pemain bola sepak terhebat sepanjang zaman.

Memecah dan memegang pelbagai rekod peribadi terbaik dalam kancah bola sepak dunia.

Begitu ramai yang sangat mengagumi pemain terhebat dunia ini. Boleh dikatakan seluruh dunia mengenali sosok lelaki ini.

Namun masih ada media rasmi dari Perancis yang tidak cukup mengenali pemain terbaik dunia itu.

Seperti ramai sedia maklum tentang kewujudan seorang lelaki dari Iran yang mempunyai wajah sama persis seperti Lionel Messi.

Lelaki itu digelar ‘Iranian Messi’ kerana penampilannya yang benar- benar menyerupai Messi.

Beliau sering menjadi perhatian ramai dan sesiapa yang terjumpanya pasti akan mengajaknya mengabil gambar bersama.

Pada hari sabtu lalu, sebuah syarikat penyiaran di Perancis, M6, melaporkan bagaimana ahli sukan menyumbang dan membantu pihak berwajib ketika dunia dilanda wabak Covid-19.

Laporan itu tersangatlah mulia, dari menceritakan dosa orang baik cerita hal yang mulia seperti itu.

Mereka menggunakan gambar Messi sebagai gambar utama tetapi sayangnya gambar yang disangka Messi itu sebenarnya adalah gambar Reza, lelaki yang menyerupai Messi.

Sering kali berlaku insiden seperti orang biasa keliru dengan menganggap Reza adalah Messi yang asli.

Tahun lalu, Marca melaporkan bahawa Reza telah memancing seorang gadis untuk tidur bersamanya dengan menyamar menjadi Messi yang sebenar.

Walau bagaimanapun, Iranian Messi telah memuat naik status di media sosial miliknya untuk menafikan pertuduhan yang diterima.

“Hi semua, ada berita palsu tentang saya kini sedang menjadi viral, mengatakan Saya menyamar menjadi Messi untuk tidur dengan seorang gadis berusia 23 tahun. Saya harap orang yang mengeluarkan berita itu tidak cuba untuk menjatuhkan reputasi dan kreadibiliti saya.”

“Semua orang pon tahu jika kejadian begitu benar-benar terjadi sudah tentu saya akan dilaporkan kepada pihak berkuasa dan saya sudah dikenakan tindakan.”

“Jika ia benar selain salah meniduri gadis itu saya juga boleh disabitkan kesalahan menyamar menjadi bintang ternama. Jadi jika berita itu betul saya sudah dalam penjara sekarang”.

“Jangan percaya berita palsu itu, Saya tidak akan pernah melakukan kesalahan yang boleh melanggar peraturan begitu. Saya harap mereka akan bersihkan nama saya semula”.

Messi sepatutnya berhak menerima penghargaan dari berita M6 tentang kemuliaan hatinya yang sentiasa membantu mereka yang memerlukan.

Tetapi kesilapan teknikal yang dilakukan tidak sepatutnya terjadi. Mereka media rasmi yang terkenal dan tidak mungkin boleh tersilap kenal Messi.

Messi dilaporkan telah mendermakan €1 juta kepada dua buah hospital awal minggu lalu. Satu hospital di Sepanyol dan satu lagi di dermakan kepada Hospital dimana Messi di lahirkan Rosario, Argentina.

BACA:  Teori Konspirasi: Kegagalan Penalti Messi Petanda Argentina Akan Juarai Piala Dunia