Sikap Terpuji Thiago Yang Memujuk Para Pemain Switzerland Dipuji Peminat

Pemain midfield Sepanyol, Thiago Alcantara menunjukkan sikap terpuji selepas beliau dilihat cuba menenangkan pemain muda Switzerland, Ruben Vargas yang gagal menyempurnakan sepakan penalti.

Bintang muda itu gagal untuk menyempurnakan penalti ketika aksi penentuan sepakan penalti yang menemukan Sepanyol bertemu Switzerland awal pagi tadi.

Skuad kendalian Luis Enrique berjaya mara ke peringkat separuh akhir selepas kejayaan mereka menewaskan Switzerland 3-1 menerusi penentuan sepakan penalti, selepas mereka terikat 1-1 sepanjang 120 minit permainan.

Sepakan penalti dari Fabian Schar dan Manuel Akanji berjaya diselamatkan oleh Unai Simon, sementara Vargas pula merembat bola tinggi ke langit ke tujuh seterusnya mengesahkan kemenangan kepada Sepanyol.

Bintang berusia 22 tahun itu menitiskan air matanya sebaik melihat Mikel Oyarzabal menyempurnakan sepakan penalti terakhir untuk Sepanyol.

Thiago Alcantara yang ketika itu melihat Vargas sudah mula menitiskan air matanya terus pergi ke arah pemain muda itu untuk cuba menenangkan beliau.

Thiago bersama rakan sepasukannya di Anfield, Xherdan Shaqiri bersama-sama memujuk Vargas dan cuba menenangkan pemain muda itu.

Selain dari Vargas, Thiago turut pergi kepada beberapa pemain lain termasuk penjaga gol paling berprestasi setakat ini, Yann Sommer untuk melakukan hal yang sama.

Para peminat memuji sikap terpuji beliau itu dan merasakan Thiago telah menunjukkan keperibadian yang mengagumkan baik dalam mahupun di luar padang.

“Waktu rakan sepasukannya yang lain meraikan kemenangan mereka, Thiago memilih untuk menenangkan pemain pasukan lawan. Dia berhak dapat penghormatan dari saya.”

“Sebagai penyokong Liverpool, saya terharu melihat Thiago dan Shaqiri menunjukkan kematangan mereka di atas padang. Budaya yang wajar dicontohi.”

“Kemenangan akan terus diingati, tapi dengan ditambah sikap terpuji seperti ini, dia akan terus dikenang sebagai pemain paling profesional dan berhati mulia.”

“Pemain muda itu sememangnya memerlukan hal seperti itu, dia perlu ditenangkan, karier dia masih panjang. Usaha yang menakjubkan Thiago!”

Sepanyol berjaya mendahului perlawanan seawal minit ke-7 permainan selepas rembatan padu dari Jordi Alba tertampan ke kaki Denis Zakaria sebelum menerjah jaring gawang gol Switzerland.

Pemain pasukan Borussia Monchengladbach itu diturunkan dalam perlawanan ini menggantikan Granit Xhaka yang telah digantung kerana layangan kad kuning sebelum ini.

Switzerland jelas terasa kehilangan Xhaka memandangkan bintang Arsenal itu telah menunjukkan tahap permainan yang luar biasa menakjubkan ketika bertemu Perancis sebelum ini.

Sepanyol pada awalnya berjaya mendominasi permainan dengan melancarkan beberapa siri serangan, namun Switzerland berjaya bangkit dengan melakukan serangan balas.

Switzerland berjaya menjaringkan gol penyamaan pada aksi babak kedua permainan menerusi ketua pasukan mereka, Xherdan Shaqiri.

Switzerland kemudiannya terpaksa bermain dengan 10 orang pemain selepas Remo Freuler dilayangkan kad merah yang agak kontroversi pada penghujung aksi babak kedua permainan.

Pemain midfield Atalanta itu telah melakukan ‘late tackle’ ke atas Gerard Moreno pada aksi babak kedua perlawanan peringkat suku akhir saingan Euro 2020 itu.

Selepas melihat Freuler melakukan kekerasan itu, Michael Oliver dengan segera meniupkan wiselnya dan terus melayangkan kad merah kepada pemain midfield Switzerland itu.

Dengan keputusan pada ketika itu terikat 1-1, sudah tentu ia memberi tamparan dasyat kepada Switzerland yang terpaksa menghabiskan baki 13 minit permainan dengan kekurangan seorang pemain.

Keputusan itu kemudiannya dirujuk semula oleh VAR, namun begitu keputusan di atas padang sama sekali tidak berubah.

Para peminat merasakan Freuler dan Switzerland telah dizalimi oleh Michael Oliver dan kebanyakkan dari mereka telah memberikan kritikan yang sangat pedas untuk pengadil dari England itu.

Tidak ada sesiapa yang akan menafikan bahawa tindakan Freuler sememangnya salah, namun melayangkan kad merah bukanlah hukuman yang sesuai untuk kesalahan seperti itu.

Sommer telah mempamerkan aksi persembahan yang sungguh luar biasa menakjubkan dalam perlawanan ini, dengan beliau berjaya melakukan beberapa aksi penyelamatan berkelas dunia ketika beraksi di masa tambahan.

Para pemain Sepanyol berlari ke arah Unai Simon untuk meraikan kemenangan mereka

Namun Sepanyol lebih cemerlang dengan mereka berjaya menewaskan Switzerland untuk mengesahkan tempat di peringkat separuh akhir dan akan bertemu dengan Itali selepas ini.

Sumber: SB

: Anfield Watch

BACA:  Duo Terhebat Dunia: Thiago Alcantara Dan Fabinho Nadi Sebalik Kejayaan Liverpool