Skill Yang Agak Jahat Dari Vinicius Junior Dalam Saingan Copa Del Rey

Pemain muda Real Madrid, Vinicius Junior memainkan peranan penting ketika pasukannya menewaskan Girona 3-1 dalam saingan Copa Del Rey semalam, dengan aggregat 7-3. Kemenangan ini juga melayakkan Real Madrid ke pusingan separuh akhir Copa Del Rey.

Ketika era Julen Lopetegui, Vinicius jarang mendapat tempat dalam kesebelasan utama pasukan dan hanya diberikan peluang beraksi untuk skuad Castilla.

GIRONA, SPAIN – JANUARY 31: Vinicius Junior of Real Madrid during the Spanish Copa del Rey match between Girona v Real Madrid at the Estadi Municipal Montilivi on January 31, 2019 in Girona Spain (Photo by Jeroen Meuwsen/Soccrates/Getty Images)

Namun sejak Santiago Solari menjadi pengurus Real Madrid, kelibat Vinicius semakin kerap dilihat dan sering mendapat peluang untuk menunjukkan potensi sebenar beliau bersama skuad utama. Vinicius nyata menggunakan peluang yang diberikan dengan sebaik mungkin apabila mempamerkan prestasi cemerlang sejak kebelakangan ini.

Vinicius berpindah ke Santiago Bernabeu dari Flamengo pada jendela perpindahan musim panas lalu dengan yuran perpindahan yang agak tinggi iaitu sekitar €45 juta.

Setakat ini, beliau telah menjaringkan 3 gol dari 19 penampilan bersama Los Blancos dan dalam perlawanan menentang Girona semalam, Vinicius sekali lagi mencuri tumpuan apabila mempamerkan aksi memukau untuk membantu Real Madrid menang di tempat lawan.

Keyakinan Vinicius kini berada di kemuncak berdasarkan persembahan yang ditunjukkannya di atas padang semalam.Pada satu ketika, beliau menggunakan skill ‘samba’ yang agak padu untuk memperdayakan dua pemain Girona !

BACA:  Eden Hazard Mahu Kuburkan VAR Dari Dunia Bola Sepak