Solksjaer Tidak Akan Paksa Pemain Kembali Bermain

Ole Gunnar Solskjaer berkata Manchester United tidak akan memaksa pemain untuk turun beraksi apabila saingan bersambung semula jika mereka masih tidak bersedia dari segi mental.

Saingan musim 2019/20 telah digantung sejak pertenghan Mac disebabkan penularan wabak, dan kini semua pihak giat untuk memulakannya kembali pada pertengahan Jun.

Perlawanan akan diadakan di stadium tertutup, berikutan kerisauan kesihatan global. dan Solksjaer menegaskan kelab tidak akan mengambil sebarang risiko yang tidak diperlukan.

“Saya belum bercakap dengan pemain mengenai hal ini, tetapi sudah berbincang dengan doktor pasukan,” ujar Solksjaer ketika ditemubual Sky Sport.

“Di mana sahaja dalam setiap perbincangan, antara yang ditekankan adalah keselamatan dan kebajikan pemain, dan kami tidak akan mengambil sebarang risiko. Doktor turut menghadiri pertemuan dan melihat kepada protokol untuk dilakukan.

“Kita tidak boleh menentang sebarang kerisauan dari pemain, anda harus mengenalpasti jika ada pemain yang tidak bersedia dari segi mental untuk bermain, dan kita tidak boleh memaksa sesiapa.

“Tidak ada banyak isu timbul. Kita harus mempercayai pakar kesihatan di dalam perkara ini sehingga ia selamat untuk dimulakan kembali.”

Kakitangan kelab yang hadir ke padang latihan dan stadium dalam perancangan untuk saingan musim ini disambung kembali difahamkan harus mengikuti garis panduan keselamatan yang diberikan.

Setiap pemain dan kakitangan juga diminta untuk menandatangani dokumen bahawa mereka faham apa yang diperlukan untuk membenarkan ‘Project Restart’.

Beberapa kelab tidak memaksa pemain untuk menandatangani borang tersebut, dan isu terbaru ialah kerisauan impak dokumen tersebut dari segi perundangan.

BACA:  Luke Shaw Mengaku Man United Tidak Cukup Kuat Tapi Yakin Mampu Menang UCL