Son Heung Min Dan Hugo Lloris Hampir Bertumbuk

Tottenham Hotspur meneruskan baki perlawanan Premier League dalam misi mengejar kedudukan empat teratas bagi merebut slot ke kejohananan Eropah paling agung, Champions League.

Everton berkunjung dan menjadi tetamu Spurs dalam perlawanan ini dengan kemenangan yang berpihak kepada pasukan bimbingan Jose Mourinho.

Gol tunggal hasil jaringan sendiri pemain Everton Michael Keane pada minit ke-24 menjadi gol kemenangan buat Spurs untuk meraih tiga mata penuh.

Kemenangam ini meletakkan Spurs ditannga kelapan dengan 48 mata, berkongsi mata dengan Sheffield United dan satu mata di belakang Arsenal.

Son dan Lloris Hampir Bertumbuk

Detik paling menarik dalam perlawanan ini adalah pertelingkahan antara dua pemain Spurs iaitu Son Heung Min dan penjaga gol mereka, Hugo Lloris yang hmapir mencetuskan pergaduhan.

Sejurus tamat separuh masa pertama Ketua pasukan Spurs, Hugo Lloris yang tamapak jelas tidak berpuas hati dengan garangnya meluru ke arah Son Heung Min.

Lloris cuba rapat kepada Son dan tolak menolak mula berlaku namun Giovani Lo Celso yang berada diantara mereka segera meleraikan keadaan yang boleh membawa kepada pergaduhan.

Son yang baru menamatkan kursus ketenteraan nyata tidak mahu mengalah dan mula bertindak balas. Lo Celso segera menolak Son untuk meneruskan perjalanan ke bilik persalinan.

Son akur dan Lloris juga mula dapat mengawal emosi. Maka tamatlah sebuah insiden hampir bergaduh.

Segalanya berpunca daripada tindakan Don yang malas atau tidak larat mengejar Richarlison dan tindakan itu mendatangkan bahaya kepada gawang Spurs.

Sebagai ketua pasukan dan penjaga gol sudah pasti Lloris bengan dengan kelakuan Son itu.

Namun sebelum separuh masa kedua bermula Lloris dan Son dilihat berpelukan dan bermesraan tanda pedamaian. Pertelingkahan terjadi atad semangat berpasukan yang inginkan kemenangan.

Lloris dirakam mengusap kepala Son tanda marah bukan kebencian tapi tanda sayang.

Dan merek sekali lagi dilihat berpelukan sejurus tamat permainan, Lloris trlah mengangkat Son sejurus berpeluk dan senyuman manis terukir di wajah Son.

Kalau kalah mungkin mereka akan sambung bertumbuk. Kini mereka pun hidup aman bahagia seperti orang lain yang mencari bahagia.

BACA:  Son Dedikasikan Gol Jaringannya Untuk Christian Eriksen