Gareth Southgate telah mendedahkan tentang mengapa Jadon Sancho sukar untuk mendapatkan minit permainan dalam saingan Euro 2020 setakat ini.
Bintang Borussia Dortmund itu masih belum membuat sebarang penampilan di kejohanan ini, dengan beliau telah diketepikan terus dari aksi bertemu Croatia sebelum ini.
Beliau juga sekadar memanaskan bangku simpanan sahaja ketika aksi seri yang dicatatkan oleh England bertemu Scotland pada minggu lalu.
🤦 “#Eng can’t keep playing the same players or eventually you’ll get beat!”
👀 “Let’s play Sancho to freshen it up. It’s so boring, I don’t get this England team!”@MrJamieOHara1 wants to see Gareth Southgate make changes to his England starting XI against #CZE…🔥 pic.twitter.com/G1A4KhfThx
— talkSPORT (@talkSPORT) June 21, 2021
Ketika aksi perlawanan kedua peringkat kumpulan, England dilihat mempunyai kekurangan dari segi dinamik dan pemain semula jadi di bahagian sayap.
Ia jelas merupakan kelebihan yang Sancho miliki, namun bintang berusia 21 tahun itu langsung tidak diberikan peluang untuk masuk sebagai pemain gantian.
Media Jerman turut menghentam keputusan Southgate yang tidak memberikan Sancho minit permainan walau tahu kemampuan yang dimiliki oleh pemainnya itu.
Legenda England, Ian Wright turut meluahkan kekesalan beliau melihat pemain yang sudah menjaringkan 16 gol dan mencatatkan 20 assists itu tidak di turunkan.
Gareth Southgate tactical masterclass! Jack Grealish in the middle and next to him on the wings you have Marcus Rashford and Jadon Sancho. pic.twitter.com/6zQtmL98RR
— Footy Humour (@FootyHumour) June 19, 2021
Dengan begitu banyak desakan yang meminta Southgate untuk menurunkan Sancho sebagai kesebelasan utama ketika aksi perlawanan terakhir liga bertemu Czech Republic nanti, Southgate telah menegaskan yang beliau sentiasa bersikap realistik dalam mengharapkan sesuatu dari pemain muda termasuk Sancho.
“Kami memiliki banyak pilihan di bahagian jentera serangan, dan kebanyakkan dari mereka masih muda dan ada yang berpengalaman untuk beraksi dalam perlawanan penting, dan ada yang baru pertama kali.”
Jelas Southgate dalam sidang media ketika ditanya adakah Sancho akan diturunkan pada perlawanan bertemu Czech Republic nanti.
“Jadi sebagai tenaga kejurulatihan kami akan bersikap lebih realistik tentang pengharapan kami terhadap mereka secara individu.”
"We've got some explosive options, and a lot of them are young players and experiencing a big tournament for the first time"
— Sky Sports Premier League (@SkySportsPL) June 20, 2021
“Jadon ada dalam perancangan. Dia berlatih dengan baik beberapa hari terakhir ini dan sudah tentu kami ada pelbagai pilihan dan keputusan untuk diputuskan.”
Rakan sepasukan Sancho bersama Borussia Dortmund, Jude Bellingham telah mendapat minit permainan yang lebih banyak dalam penampilan pertamanya di pentas terbesar ini.
Beliau telah diturunkan untuk beraksi sebagai pemain gantian pada aksi babak kedua perlawanan bertemu Croatia sebelum ini.
Menjelang aksi perlawanan bertemu Czech Republic, legenda Manchester United dan England, Rio Ferdinand telah menegaskan yang beliau sangat berharap Southgate akan menurunkan Sancho dalam perlawanan selepas ini.
Jadon Sancho is in contention to play in England's last group stage match 🏴
Gareth Southgate 🗣️ "Jadon is in that mix. He's trained well the last few days." pic.twitter.com/QApCpgmZSv
— Goal (@goal) June 21, 2021
“Soal pertukaran pemain, saya rasa mereka agak teruk.”
Jelas Ferdinand di saluran Youtube miliknya ketika beliau menganalisis perlawanan England bertemu Scotland sebelum ini.
“Kamu boleh buat banyak pertukaran sekarang, dia hanya buat dua saja pertukaran dari lima yang dibenarkan.”
“Uruskan pemain simpanan itu, itu tujuan mereka ada di sana. Kita ada semua pemain yang kita perlukan. Sancho? Apa dia dah buat? Dia mesti telah lakukan sesuatu yang kita tak tahu.”
“Dia (Sancho) untuk tiga musim terakhir ini, telah mencatatkan penglibatan gol terbanyak dari kesemua pemain dalam skuad England kecuali Sterling dan Kane.”
“Saya betul-betul tak boleh faham semua ini. Dia langsung tak ada dalam senarai pada aksi perlawanan pertama, dia juga langsung tak pakai boots ketika perlawanan kedua, kamu ada bakat seperti itu yang hanya duduk dan kamu hanya pilih untuk biarkan mereka duduk walau pasukan akan kalah.”
Gareth Southgate hints he's ready to unleash Jadon Sancho after Scotland reality check https://t.co/3uMX4ZihTj pic.twitter.com/TlwIFXfgOP
— Mirror Football (@MirrorFootball) June 19, 2021
“Bagi mereka semua main, kita sekarang kembali menjadi skuad England yang kaku seperti sebelum ini.”
Selain Rio Ferdinand, para peminat dan kebanyakkan legenda kelab turut mempertikaikan keputusan Southgate yang tidak menurunkan Sancho.
Ia sama seperti keputusan beliau yang tidak mahu menurunkan Jack Grealish sebagaj kesebelasan utama skuad, sebaliknya menurunkan bintang Villa itu sebagai pemain gantian sahaja ketika aksi bertemu Scotland sebelum ini.
Senarai skuad England yang beraksi di kejohanan Euro 2020:
Gareth Southgate explains why Jadon Sancho has not featured yet for England https://t.co/zSsdFot1GB pic.twitter.com/UzSQPwFHfZ
— Mirror Football (@MirrorFootball) June 20, 2021
Penjaga Gol: Aaron Ramsdale, Sam Johnstone, Jordan Pickford
Pertahanan: Ben Chilwell, Conor Coady, Reece James, Harry Maguire, Tyrone Mings, Luke Shaw, John Stones, Ben White, Kieran Trippier, Kyle Walker
Midfielders: Jude Bellingham, Jordan Henderson, Mason Mount, Kalvin Phillips, Declan Rice
Penyerang: Dominic Calvert-Lewin, Phil Foden, Jack Grealish, Harry Kane, Marcus Rashford, Bukayo Saka, Jadon Sancho, Raheem Sterling
Jika dilihat kepada senarai skuad yang dimiliki oleh England, Southgate sebenarnya boleh merencanakan pelbagai taktikal menarik menggunakan kemampuan yang dimiliki oleh setiap pemain.
Jadon Sancho has 114 goals/assists in 137 games for Borussia Dortmund.
He hasn’t played a single minute in this tournament so far. Gareth Southgate is a joke. 🤦♂️ pic.twitter.com/RPiI5TKrRo
— FutbolBible (@FutbolBible) June 19, 2021
Namun sayangnya setiap keputusan yang beliau lakukan masih lagi menimbulkan perdebatan dan mengundang kecaman dari pelbagai pihak.