Spurs Dan Google Berbincang Hak Penamaan Stadium Bernilai RM5.14 Bilion

Tottenham Hotspur dilaporkan sedang berbincang dengan gergasi alam maya yang terkenal dengan enjin carian, Google mengenai hak menamakan stadium mereka yang bernilai RM5.14 Bilion (£1 bilion).

Pengerusi kelab, Daniel Levy telah lama berminat untuk mendapatkan penaja gelaran Stadium Tottenham Hotspur yang berkapasiti 62,850, yang telah menelan belanja sekitar £1 bilion untuk disiapkan dan dibuka semula pada 2019.

Daniel Levy berkata pada tahun 2019 bahawa kelab sedang melihat peluang ‘perjanjian hak penamaan’ untuk stadium, yang dibina di atas perkarangan White Hart Lane lama, dengan ‘jenama yang tepat pada wang yang betul’.

Setakat ini Spurs tidak dapat mencapai sebarang perjanjian sedemikian tetapi The Athletic melaporkan Spurs telah mengadakan perbincangan dengan Google, salah satu syarikat paling terkenal di dunia, mengenai perjanjian yang berpotensi.

Spurs kini dalam usaha untuk menjadi pasukan terbaru Liga Perdana berprofil tinggi untuk menandatangani perjanjian dengan penajaan penamaan untuk stadium mereka, mengikut jejak pasukan seperti Arsenal dan Manchester City.

Stadium Tottenham Hotspur telah pun menganjurkan perlawanan NFL, termasuk perlawanan Ahad lalu antara New York Giants dan Green Bay Packers, finalChallenge Cup, pertarungan gelaran dunia dalam tinju dan konsert sejak ia dibuka tiga tahun lalu.

Ia secara meluas dianggap sebagai padang paling canggih di Liga Perdana dan oleh itu merupakan aset berharga untuk ditaja oleh syarikat.

Kemungkinan perjanjian dengan Google akan menambah lagi kepoweran kewangan kepada Spurs yang mempunyai perolehan tahunan kelima terbaik di liga – disokong pula oleh kemaraan mereka ke Liga Juara-Juara.

Pengurus Antonio Conte telah menjelaskan dengan jelas bahawa pasukannya memerlukan pelaburan lebih lanjut jika mereka ingin mencabar kejuaraan utama dan hasil yang dijana oleh perjanjian hak penamaan stadium boleh dianggap sebagai Conte telah mencapai hasratnya.

Google telah mula memasuki bidang sukan dalam beberapa tahun kebelakangan ini, menandatangani perjanjian berbilang tahun dengan pasukan Formula 1 McLaren Racing pada bulan Mac.

Syarikat teknologi Amerika itu juga mempunyai perjanjian komersial dengan National Basketball Association(NBA) dan Major League Baseball (MLB) di Amerika Syarikat.

Sportsmail minggu lalu mendedahkan bahawa Spurs merancang membelanjakan berjuta-juta pound untuk padang mereka yang mudah alih dan boleh ditarik serta disorong untuk menjadi padang bola sepak dan juga NFL atau juga dikenali sebagai retractable pitch.

Nak lebih faham tengok video di bawah:


Stadium Tottenham Hotspur ialah satu-satunya padang NFL yang dibina khas di luar Amerika, dengan permukaan rumput yang canggih dalam tiga bahagian dialih ke belakang untuk mendedahkan padang tiruan dibawahnya yang digunakan untuk permainan NFL.

Proses itu mengambil masa 48 jam, memberi masa yang singkat minggu ini dengan perlawanan NFL baru berlangsung, kerana pemain Tottenham dan Eintracht Frankfurt akan berlatih di stadium pada hari Selasa sebelum pertembungan Liga Juara-Juara mereka pada hari berikutnya.

Spurs telah dimaklumkan tentang penambahbaikan teknologi sejak padang asal dipasang dan sedang meneliti sama ada penukaran boleh menjadi lebih cepat, yang akan memberikan mereka lebih fleksibiliti dalam mengadakan acara lain.

Spurs kini dilihat serius dalam mengejar kejuaraan utama mereka dan dilihat sudah sanggup berbelanja besar bagi mendapatkan pemain yang diinginkan Conte.

Daniel Levy yang sebelum ini kedekut tahi idung masing rela mengeluarkan wang dan lantaran itulah Levy juga giat mencari dana tambahan dengan mempelbagaikan cabang pendapatan yang boleh diperoleh semaksima mungkin.

BACA:  Premier League 2019/20: Tottenham Hotspur 2-1 Arsenal