Spurs Sedia Lepaskan Kane Dengan Nilai £200 Juta

Harry Kane merupakan salah seorang penyerang terbaik di dunia ketika ini. Beliau telah menyertai Tottenham Hotspur sejak tahun 2011 lagi.

Penyerang kebangsaan England itu telah berjaya menjaringkan 181 gol dari 278 perlawanan untuk Tottenham Hotspur.

Beliau adalah nadi penggerak utama dalam membantu pasukan dari London itu untuk memberi saingan kepada pasukan-pasukan gergasi England.

Beliau juga merupakan watak penting dalam membantu Tottenham Hotspur mara ke pertandingan Liga Juara-juara dalam tempoh empat musim ini.

Walau bagaimanapun musim ini agak sukar untuk Spurs dengan kecederaan panjang yang di alami oleh Kane.

Kane mengalami kecederaan pada Januari dan tidak turun beraksi lagi untuk pasukan selepas dari itu.

Spurs kini kekurangan tujuh mata dari sembilan baki perlawanan liga untuk layak ke Liga Juara-juara musim hadapan.

Ada potensi bahawa mereka akan terlepas slot untuk layak ke Liga Juara-juara dan mungkin akan beraksi di Europa League musim depan.

Ini merupakan perkara terpenting yang bakal menjadi perhatian Kane. Kebiasaannya, pemain yang mempunyai nama besar seperti beliau hanya mahu beraksi di pentas besar seperti Liga Juara-juara.

Pemain berusia 26 tahun itu sendiri pernah mengeluarkan kenyataan bahawa beliau akan meninggalkan pasukan sekiranya mereka tidak menunjukkan peningkatan.

“Saya sayangkan Spurs, saya sentiasa cintakan Spurs, tetapi saya selalu tekankan, sekiranya saya tidak rasa kami mempunyai peningkatan sebagai satu pasukan atau kelab tidak menuju ke jalan yang betul, saya bukan jenis pemain yang hanya akan tunggu dan melihat semua itu terjadi. Saya akan pergi.”

Jelas Kane dalam satu temu bual khas bersama Jamie Redknapp menerusi siaran langsung di Instagram bulan lalu.

“Saya adalah pemain yang selalu mempunyai cita-cita, saya nak perbaiki kelemahan yang ada, saya mahu beri lebih baik dan menjadi salah seorang pemain terbaik dari kalangan yang terbaik.”

“Tetapi semuanya tergantung kepada apa yang berlaku dalam pasukan dan bagaimana progress semua pemain dalam satu pasukan. Jadi tiada istilah bahawa saya akan selamanya kekal disana, tetapi ia tidak mustahil juga untuk saya tetap di sana.”

Boss Tottenham Hotspur Daniel Levy telah mendengarkan kenyataan yang dibuat oleh Kane dan beliau tidak senang mendengarkannya.

Menurut laporan dari Daily Mail, Levy benar-benar rasa terkilan dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Harry Kane.

Menurut Levy juga, beliau juga sangat marah bila mendengarkan kenyataan dari Kane yang meminta supaya premier league harus dibatalkan sekiranya masih tidak bersambung pada Jun nanti.

Kata-kata dari Kane seolah tidak memikirkan masalah kewangan pasukan ekoran dari penularan wabak Covid-19 ini.

Jadi apabila Levy. Sendiri sudah menjelaskan bahawa Spurs sendiri mempunyai masalah kewangan dan beliau tidak senang dengan Kane.

Ini bermakna Kane juga akan ada kemungkinan untuk dijual pada jendela perpindahan pemain musim panas ini nanti.

Tetapi ia akan mencatatkan rekod perpindahan terbesar dunia dengan Spurs meminta £200 juga untuk melepaskan Kane.

Spurs dilaporkan masih berhutang £637 juta untuk pinjaman pembinaan stadium dan £83 juta baki hutang yuran perpindahan pemain.

Jadi mereka tiada masalah untuk melepaskan Kane cuma Spurs memerlukan yuran perpindahan yang tinggi untuk melaksanakannya.

£200 juta untuk Kane, mungkin nilai itu agak berlebihan untuk seorang pemain yang mungkin sudah terlepas waktu kemuncak beliau dan kerap mengalami kecederaan seperti Kane.

Neymar kini merupakan antara lima pemain terbaik dunia dan beliau dijual dengan nilai €222 juta oleh Barcelona kepada PSG pada tahun 2011.

Bukan mahu memandang rendah pada Kane, tetapi beliau tidak boleh disamakan dengan Neymar dari pelbagai sudut.

Sukar untuk membayangkan akan ada pasukan yang mahu mengeluarkan dana sebesar £200 juta diwaktu keadaan ekonomi begini demi untuk mendapatkan Kane.

Satu hal yang pasti, sekiranya ada pasukan yang berminat, mereka mungkin akan mendapatkan salah seorang penjaring gol terbaik dunia ketika ini.

BACA:  "Bina Skuad Berdasarkan Kekuatan Inggeris" - Chelsea Mahu Beli Maguire, Kane Dan Rice