Harry Kane langsung tidak berfungsi ketika aksi kekalahan 3-1 Spurs di tangan Arsenal dalam saingan Premier League malam semalam.
Statistik beliau dalam perlawanan tersebut membuktikan betapa teruk dan hambarnya permainan yang ditunjukkan oleh ketua pasukan kebangsaan England itu.
Selepas keinginan beliau untuk berpindah ke City tidak menjadi kenyataan, Kane memulakan kempen saingan musim ini dengan sangat teruk.
Tottenham match stats v Arsenal from the 65th minute onwards:
Possession – 66%
Touches by entire team – 154
Touches by Harry Kane – 4 pic.twitter.com/Pk8J0NPKSu— Sky Sports Statto (@SkySportsStatto) September 26, 2021
Beliau masih gagal menjaringkan sebarang gol atau mencipta assists, bahkan beliau turut mencatatkan statistik yang teruk dalam setiap perlawanan yang beliau mainkan.
Malam semalam, ketika aksi North London derby, walaupun memegang rekod sebagai penjaring terbanyak, Kane jelas sekali langsung tidak memberikan impak seperti yang diharapkan.
Kane bermain lebih ke dalam seperti kebiasaan yang beliau lakukan ketika beraksi di peringkat kelab mahupun negara, namun beliau tidak mampu berhubung dengan pemain lain dan gagal menghasilkan gerakan yang sempurna.
Harry Kane has had 12 touches in the opposition box in 379 minutes of football so far this season pic.twitter.com/iF5VhobcPU
— Fantasy Football Fix (@FantasyFootyFix) September 26, 2021
Bahkan, beliau lost possession sebanyak 11 kali dalam tempoh 90 minit permainan yang mana ia lebih banyak berbanding hantaran tepat yang mampu beliau lakukan.
Oleh yang demikian, Kane menamatkan perlawanan dengan hanya mencatatkan 46% ketepatan hantaran, empat percubaan, tiada percubaan tepat dan langsung tidak mampu melakukan gelecekan sempurna.
Harry Kane lost possession (11) more times than he completed passes (5) against Arsenal.
— StatmanBains (@StatmanBains) September 26, 2021
Harry Kane’s game by numbers vs. Arsenal:
46% pass accuracy
33% aerial duels won
20% ground duels won
11 x possession lost
4 shots [1 on target]
2 offsides
1 big chance missed
0 chances created
0 dribbles
0 assists
0 goalsHis slow start continues. 😳 pic.twitter.com/qiepUN6wyA
— Statman Dave (@StatmanDave) September 26, 2021
Salah satu peluang keemasan yang berjaya beliau lakukan adalah pada aksi babak kedua permainan yang mana beliau melakukan sentuhan pertama yang sempurna, dan membawa bola masuk dari tepi, namun penyudah yang beliau lakukan tersangatlah hambar.
Lebih teruk lagi, beliau turut dipersalahkan sebagai punca kepada gol ketiga Arsenal yang dijaringkan oleh Bukayo Saka.
Kane memberikan bola mudah kepada pemain lawan di tengah padang, yang mana beliau kemudian melakukan tackle sia-sia yang beri ruang kepada Saka untuk merembat bola menewaskan Hugo Lloris.
Pemain berusia 28 tahun itu merupakan penjaring terbanyak dalam saingan Premier League musim lalu, namun melihat kepada persembahan beliau musim ini, Kane jelas sudah tiada hati untuk beraksi bersama Spurs.
Harry Kane had less touches (24) and less completed passes (5) than Arsenal goalkeeper Aaron Ramsdale, who had 43 touches and 24 completed passes.
Disappointing performance.
Arsenal 3 – 1 Spurs#ARSTOT pic.twitter.com/W3kdk9EXY7
— All Over Football (@AllOverFootbal1) September 26, 2021
Roy Keane pada minggu lalu turut mengkritik persembahan Kane ketika aksi kekalahan 3-0 bertemu Chelsea, dan mujur saja beliau tidak bertugas di Sky Sports dalam perlawanan pada minggu ini.
Sementara Gary Neville turut memberi pandangan beliau dengan menyatakan:
“Ada sesuatu yang tak kena dengan Kane.”
Jelas Neville selepas tamat perlawanan tersebut.
“Harry Kane sepatutnya menjaringkan dua atau tiga gol, mungkin boleh menangi penalti.”
▪️ Three losses
▪️ Nine goals conceded
▪️ One goal scored
▪️ Harry Kane still goalless in the leagueTottenham’s last three Premier League games 🥴 pic.twitter.com/7fQPPVxgC6
— Football Guy (@RobotFootball) September 27, 2021
“Memang ada yang tak kena dengan Harry Kane.”
“Jelas sekali memang ada sesuatu yang tak kena dengan dia pada ketika ini. Dia nampak langsung tak gembira.”
Sumber: SPORTbible