Statistik Ronaldo Lebih Banyak Parap Kaki Orang Berbanding Shot On Target

Cristiano Ronaldo tiba tiba menuai ramai pengkritik dari kalangan peminat Manchester United sendiri.

Dan mereka mulai meminta agar pemain itu tidak lagi diturunkan sebagai pemain utama.

Manchester United kalah dengan sangat memalukan di tangan Aston Villa. Mendapat gol sagu hati hasil derma sebelum pilihanraya oleh Jacob Ramsey.

Villa di hadapan dengan 2 gol menerusi Leon Bailey dan sepakan percuma cantik Lucas Digne.

Jacob Ramsey mempermainkan perasaan peminat United dengan memberilkan mereka gol sendiri.

Dan kemudian dia pula yang terus merembat masuk gol ketiga Villa. Tak ke sengaja nama tu.

Dalam perlawanan yang menjadi huru hara buat Manchester United yang kehilangan sengat di tengah tanpa Bruno Fernandes, dan ketiadaan aksi tayar bas berpusing pusing daripada Antony, Manchester United bergelut dengan kreativiti dan juga serangan tajam bak pisau dari tepi.

Mereka menurunkan pemain muda yang dianggap jelmaan Ronaldo pada masa akan datang iaitu Alejandro Garnacho yang menjaringkan gol dalam aksi Liga Europa.

Namun kali ini dia buntu dan terpaksa dikeluarkan awal.

Peminat kecewa dengan Ronaldo

Satu nama yang menjadi sasaran peminat adalah Ronaldo.

Walaupun menjadi penjaring terbanyak musim lalu, namum pada musim ini, Ronaldo jelas sekali jauh daripada prestasi yang diharapkan,

Sebelum ini Ronaldo menunjukkan rasa tak puas hati kerana dikeluarkan lebih awal. Dan kemudian enggan masuk sebagai pemain gantian kerana kecewa diletakkan di bangku simpanan.

Dia kemudian mendapat tempat dalam kesebelasan utama dalam beberapa perlawanan.

Namun dalam aksi EPL, prestasinya membuatkan peminat benar benar sudah tak tahan lagi.

Dia berterusan membuang peluang gol di hadapan gawang Villa. Dan sempat beraksi smackdown di atas padang dengan Tyrone Mings.

Ronaldo yang bengang, tidak dapat mengawal kekoyakannya kerana dikenakan rantaian ketat daripada pemain pertahanan Villla itu.

Dia mula menunjukkan lagak seorang geng kongsi gelap dan membuka buah di depan Mings.

Ronaldo ternyata tidak dapat menahan rasa sakit hatinya dihampakan Mings sepanjang malam.

Ramai yang meminta Mings bersedia sahaja mendengar kakak kakak Ronaldo mengganas mempertahankan adik mereka itu selepas ini.

Satu rakaman dikongsikan memperlihatkan bagaimana Ronaldo sudah membayangkan bahawa selepas ini dia akan menceburi sukan gusti pulak.

Kakak kakak Ronaldo dikenali dengan mulut puaka mereka menembak sesiapa sahaja yang mereka rasakan tidak melayan adik kesayangan mereka itu sebaiknya.

Ada yang mengusik bahawa Ronaldo akan memberitahu kakak kakaknya tentang apa yang Mings buat kepadanya.

Rekod yang paling dikesalkan untuk Ronaldo musim ini adalah, dia lebih banyak mengasari pemain lain berbanding shot on target (percubaan tepat).

Lantas peminat mulai merasakan bahawa sudah tibanya masa untuk mengucapkan selamat tinggal buat legenda kelab itu.

Musim ini Ronaldo hanya menjaringkan 1 gol daripada 10 penampilannya di dalam Liga Perdana Inggeris.

Ramai yang sudah meminta agar Man United mulai menerima hakikat dengan move on bahawa Ronaldo sudah tak sebagus dulu.

Malah ada menggelarkan Ronaldo adalah beban.

Walaupun apa sahaja kritikan ke atasnya, Ronaldo tetap legenda sejati kelab. Dia memilkiki 5 Ballon d’Or. Dan masih ramai percaya bahawa dia akan memenangi Ballon d’Or keenam walaupun sudah berusia.

Ronaldo kini dalam proses untuk menumpukan perhatian kepada kempen Piala Dunia bersama Portugal. Kemungkinan menjadi Piala Dunia terakhirnya bersama Portugal, dalam usahanya cuba memenangi yang pertama dalam kariernya selepas berjaya menjulang Euro.

Jika pun ini bukan Piala Dunia terakhirnya, ia  juga mungkin akan menjadi Piala Dunia terakhir Ronaldo di mana dia masih ada ‘peak’ untuk dipersembahkan.

BACA:  FIFA Delete Tweet Selepas Dituduh Troll Ronaldo