Sterling: Pihak Media Tidak Pukul Sama Rata, Cenderung ‘Serang’ Pemain Kulit Hitam

Pemain sayap Manchester City, Raheem Sterling meminta pihak media di England supaya berfikir sejenak mengenai satu artikel yang dikeluarkan ‘Daily Mail’ mengenai pemain remaja berkulit hitam dan kesannya terhadap masyarakat.

Isu perkauman dalam bola sepak kembali menjadi percakapan selepas Sterling menjadi mangsa ejekan berunsurkan perkauman ketika pertemuan Chelsea menentang Manchester City di Stamford Bridge.

Dah la kalah, kena serangan perkauman pulak semalam. Diharap Sterling tabah dan cekal menghadapi dugaan

Insiden yang berlaku dalam perlawanan tersebut terjadi ketika Sterling mengambil bola di tepi padang bagi sepakan penjuru. Segelintir peminat Chelsea yang berada berhampiran dilihat ‘mengejek’ Sterling dan pemain antarabangsa England itu hanya mampu tersenyum mendenger ejekan tersebut.

Chelsea bersama-sama Metropolitan Police telah mengeluarkan kenyataan yang mereka akan menjalankan siasatan bagi menyiasat dan mencari dalang di sebalik ‘serangan’ tersebut.

Terbaru, menerusi Instagram miliknya, Sterling telah memuat naik satu ‘screenshot’ bersama teks ucapan panjang lebar bagi menyatakan pandangannya mengenai isu perkauman yang wujud dalam bola sepak Inggeris.

Dalam teks tersebut, Sterling turut meminta pihak media supaya berfikir masak-masak sebelum mengeluarkan artikel yang berkait dengan pemain muda berkulit hitam kerana dikhuatiri ia akan menjurus kepada kata-kata kecaman yang berbaur perkauman.

“Selamat pagi.”

“Saya ingin cakap di sini saya bukannya individu yang bercakap banyak tetapi apabila saya rasa ada perkara yang perlu diperdengarkan, saya akan bercakap.”

“Mengenai perkara yang dikatakan ketika perlawanan Chelsea, seperti yang anda lihat pada reaksi saya, saya cuma mampu tersenyum kerana saya sudah jangka ia akan berlaku.”

“Sebagai contoh, anda mempunyai dua pemain muda baru memulakan kariernya dan bermain dalam satu pasukan. Kedua-duanya melakukan perkara yang betul, iaitu dengan membeli sebuah rumah baru untuk ibu mereka yang telah banyak berkorban masa untuk membantu mereka mencapai tahap hari ini.”

“Tetapi lihatlah bagaimana surat khabar menyampaikan mesej terhadap pemain muda berkulit hitam berbanding pemain muda berkulit putih. Saya rasa perkara ini tidak boleh diterima.”

“Kedua-dua pemain muda tersebut tidak bersalah. Tidak melakukan sebarang perkara yang salah tetapi disebabkan perkataan yang digunakan pihak media, ia kelihatan seperti pemain mudah berkulit hitam itu telah melakukan perkara yang salah. Situasi ini mampu menyemarakkan lagi isu perkauman dan kelakuan aggresif.”

“Jadi kepada semua surat khabar yang masih lagi tidak faham mengapa berlaku lagi masalah perkauman pada hari ini, saya cuma meminta mereka supaya berfikir dua kali dan memberikan publisiti yang adil dan peluang sama rata kepada semua pemain.”

Chelsea dan isu perkauman bukanlah perkara yang baru. Sebelum ini, kelab tersebut terpaksa menjawab kerana kelakuan buruk peminat mereka di stesen kereta api ketika menghadiri perlawanan Liga Juara-Juara Eropah di Perancis.

Selain itu, Chelsea juga telah diminta untuk tidak lagi melakukan ‘chanting’ berbaur anti-semitic pada tahun 2017.

https://twitter.com/freedomlasso/status/576073111273107456

BACA:  "Barca Mana Ada Duit Beli Saya"- Haaland Label Barcelona Kelab Miskin