Steven Bergwijn Meledak Dua Gol Pada Masa Kecederaan Bantu Spurs Comeback Tewaskan Leicester

Tottenham Hotspur mencipta detik yang sungguh luar biasa menakjubkan ketika mereka comeback untuk menewaskan Leicester City dalam aksi saingan Premier League.

Kemenangan itu secara tidak langsung terus menghidupkan peluang untuk Tottenham Hotspur mencabar kedudukan empat teratas dalam carta saingan liga.

Pemain gantian, Steven Bergwijn berjaya menjaringkan dua gol yang sungguh menakjubkan di masa kecederaan permainan untuk mengesahkan kemenangan 3-2 Tottenham Hotspur menewaskan Leicester City di King Power Stadium.

Patson Daka terlebih dahulu membuka tirai jaringan untuk Leicester City dalam perlawanan ini pada minit ke-24 permainan.

Sebelum tamat aksi babak pertama dalam perlawanan ini, Harry Kane berjaya meledak gol penyamaan untuk Tottenham mengikat Leicester 1-1.

90 minit beraksi, skuad kendalian Antonio Conte itu dilihat sudah akur dengan kekalahan 2-1 selepas James Maddison meletakkan Leicester City dihadapan pada minit ke-76 permainan.

Namun Steven Bergwijn berjaya melakukan hal yang sungguh luar biasa menakjubkan dengan beliau meledak dua gol di masa kecederaan permainan untuk mengesahkan kemenangan berpihak kepada Tottenham Hotspur.

Bergwijn di bawa masuk pada minit ke-79 permainan dan tidak lama selepas dimasukkan beliau telah dilayangkan kad kuning kerana mengasari pemain pertahanan Leicester, Caglar Soyuncu.

Pengadil perlawanan memberikan 7 minit masa tambahan dengan Bergwijn meledak gol penyamaan untuk Spurs mengikat Leicester 1-1 pada minit ke-95 permainan.

Bergwijn yang sedang hangat dikaitkan dengan bakal menyertai Ajax bulan ini kemudiannya meledak satu lagi gol beberapa detik sebelum tamat perlawanan, untuk mengesahkan kemenangan Spurs.

Beliau sekali lagi mudah memperdayakan Soyuncu dan Kasper Schmeichel untuk merobek gawang The Foxes buat kali kedua dalam tempoh 2 minit.

Kemenangan ini membawa Tottenham Hotspur untuk memintas seteru utama mereka, Arsenal seterusnya menduduki kedudu kelima dalam carta saingan Premier League.

Apa yang lebih menakjubkan lagi, dua gol jaringan Bergwijn juga secara tak langsung menambah lagi rekod cemerlang sembilan perlawanan tanpa kalah Antonio Conte dalam saingan Premier League.

Mereka kini hanya satu mata sahaja dibelakang West Ham United yang sedang berada di kedudukan keempat dalam carta saingan Premier League.

Walau bagaimanapun, Spurs sebenarnya memiliki kelebihan tiga perlawanan yang belum dimainkan dan bila-bila masa sahaja mereka boleh memintas skuad kendalian David Moyes itu.

Lebih menakjubkan lagi, Spurs kini hanya lapan mata sahaja dibelakang Chelsea yang sedang berada di kedudukan ketiga dalam carta saingan liga.

Walau dipisahkan dengan lapan mata, namun Spurs memiliki kelebihan empat perlawanan yang masih belum dimainkan.

Antonio Conte jelas berjaya membawa Spurs ke jalan yang tepat untuk lebih maju dan ternyata keputusan pimpinan kelab untuk melantik beliau adalah sangat tepat.

Tidak dinafikan lagi yang Spurs sememangnya sedang berada di tahap persembahan terbaik mereka sepanjang berada di bawah kendalian Antonio Conte.

Mereka selepas ini akan turun beraksi bertemu Chelsea dalam saingan Premier League di Stamford Bridge, sebelum turun bertemu Brighton dalam aksi saingan FA Cup.

Melihat kepada persembahan yang ditunjukkan oleh skuad Spurs pada ketika ini, tidak akan mengejutkan andai mereka akan mampu menjulang satu Piala pada musim ini.

Piala FA merupakan antara harapan untuk Spurs menamatkan kemarau kejuaraan mereka, dan Antonio Conte sudah tentu akan berusaha sehabis daya untuk membantu Spurs merealisasikan impian mereka itu.

Seandainya Spurs konsisten, tidak akan mengejutkan andai mereka pada musim hadapan bakal menjadi antara pencabar kejuaraan Premier League.

Sumber: SPORTbible

BACA:  Kane Yakin Mampu Atasi Salah Dalam Persaingan Merebut Kasut Emas EPL