Newcastle United Bakal Meniru Model Dan Strategi RB Leipzig

Ketika ramai yang berpendapat bahawa Newcastle United akan berbelanja sakan pada jendela perpindahan terdekat selepas dilimpahi wang yang tidak terbatas yang dimiliki pemilik baharu nyata meleset.

Para peminat Newcastle United pula mula mengimpikan bahawa pemain bintang seperti Kylian Mbappe akan menyertai mereka untuk kembali menjadi kuasa besar bola sepak.

Seorang indidividu yang mahu dirahsiakan identiti yang menjadi dalang sehingga pengambilalihan Newcastle United menjadi kenyataan telah mendedahkan strategi perpindahan pemain yang akan dilakukan oleh The Magpies.

Pemilik baru dan pemegang saham Newcastle kini sudah jelas hala tuju dan strategi mereka apabila akan menyasarkan model sebuah kelab Eropah yang akan ditiru serta dijadikan pedoman.

Ini berdasarkan satu pandangan daripada seorang pakar dalam industri bola sepak yang mahu kekal identiti beliau dirahsiakan telah bercakap kepada Express Sport:

“Dalam senario terkini di mana kelab selalunya sepi dan menikus dalam jendela perpindahan dengan tiba-tiba dilimpahi wang yang berkoyan-koyan. Sejujurnya, ini seperti satu loteri untuk ejen pemain bola sepak.”

“Newcastle sudah pasti sentiasa menjadi kelab yang berprestij dan bersejarah dalam lipatan bola sepak Inggeris, sangat dihormati di negara Eropah yang lain dan projek terkini mereka teramatlah menarik.”

“Dalam tempoh beberapa bulan mendatang kegilaan akan tercetus. Aku boleh bagitau kau, pemain akan ditawarkan kepada Newcastle setiap hari dan para ejen akan memulakan permainan mereka dan menggunakan nama mereka untuk mendapatkan kontrak lumayan. Banyak wang tunai untuk pemain dan juga ejen.”

“Dari apa yang aku dengan dan tahu. Newcastle tidak mahu menabur wang mereka kepada nama besar. Mereka mempunyai strategi dan akan mengikat pemain muda, berbakat dan akan melabur dengan bijak untuk mendapatkan pengalaman. Aku fikir ini sangat bijak.”

Menurut apa yang dikatakan oleh pakar industri, pemilik Newcastle akan meniru sebuah kelab Jerman iaitu RB Leipzig yang kaya-raya namun memilih untuk melabur kepada bakat muda.

“Mereka mahu mengikut model dan infrastruktur RB Leipzig di Bundesliga sana. sebab itulah kenapa Ralf Rangnick merupakan individu yang mereka paling mahukan, Rangnick ni kenal bare.”

“Sangat banyak khabar angin tahi lembu yang bertebaran mengenai pemain, target dan banyak lagi. Ini sangat gila dan lucu tapi dah jangkakan semua ini.”

“Newcaslte kini mendengar dan meneliti cadangan yang ada. Tidak ada lagi keputusan akhir yang jelas ketika ini tetapi dalam tempoh beberapa bulan lagi akan diketahui rancangan mereka untuk bulan januari.

“Jurulatih baru juga boleh bersuara dan akan didengari dari apa yang aku tahu, duit dah bersepah untuk lakukan apa yang mereka mahu! Perbincangan juga berlangsung setiap hari.”

Ralf Rangnick merupakan tunjang dan tulang belakang kepada wujudnya RB Leipzig dan RB Salzburg dalam peta bola sepak Eropah yang sangat terkenal dengan penghasilan bakat muda.

Pada June 2012, Ralf Rangnick telah dilantik sebagai pengarah bola sepak RB Leipzig dan juga RB Salzburg, Rangnick menjadi tunjang dan tulang belakang kepada wujudnya RB Leipzig dan RB Salzburg dalam peta bola sepak Eropah yang sangat terkenal dengan penghasilan bakat muda.

RB Leipzig telah naik ke Bundesliga dan berjaya meraih tempat kedua serta layak ke separuh akhir Champions League. RB Salzburg pula telah beberapa kali menjuarai liga dan piala Austria serta tidak asing lagi di Champions League serta Europa League.

Ralf Rangnick kini telah memilih cabara baru apabila telah menjawat jawatan Pengurus sukan dan pembangunan bersama kelab Russia, FC Lokomotiv Moscow.

Secara Ringkasnya inilah perjalanan RB Leipzig di Bundesliga sebelum memecah masuk ke Eropah.

2009: RB Leipzig ditubuhkan

2010: Dipromosi/Naik ke divisyen keempat

2013: Dipromosi/Naik ke divisyen ketiga

2014: Dipromosi/Naik ke divisyen kedua

2016: Dipromosi/Naik ke Bundesliga

2017: Naib Juara Bundesliga

2020: Berjaya ke separuh akhir Champions League.

2020: Berjaya menghantar Manchester United ke Europa League

RB Salzburg cukuplah sekadar menyebut nama Erling Braut Haaland yang telah mencetak gol bertubi-tubi dipentas Eropah dan kini meneruskan rutin tersebut bersama Borussia Dortmund.

Apa yang diutarakan oleh pakar industri yang mahu dirahsiakan identiti beliau ini adalah selari dengan visi dan misi Pengarah baru Newcastle United, Amanda Staveley yang memfokuskan pelan jangka panjang.

Untuk tempoh jangka pendek ini, menjelang jendela perpindahan januari, Amanda Staveley lebih berminat untuk bercakap meningkatkan mutu fasiliti dan infrastruktur pusat latihan.

Bagi Amanda Staveley jika insfrastruktur dan fasiliti asas tidak mencapai tahap yang berkualiti sukar untuk Newcastle mendapatkan pemain bertaraf dunia.

Amanda Staveley telah memberitahu Sky Sports cita-cita jangka panjang Newcastle United adalah untuk menjadi juara Premier League.

Tetapi untuk menjadi juara Premier League dan bermain di Eropah apa yang diperlukan adalah kesabaran. Perancangan yang merangkumi semua aspek ini akan mengambil masa 5 sehingga 10 tahun.

BACA:  Man Utd Tawarkan Bintang Utama Kelab Kepada Newcastle United