Seorang lagi pemain kesayangan Manchester United telah membawa diri, kali ini giliran Super Fred berkelana ke Turki bersama Fenerbahce yang telah dihere we gokan oleh Fabrizio Romano.
Setakat ini tiada pengumuman rasmi dari kedua-dua kelab dan jika here we go! dikeluarkan maka perjanjian biasanya sudah dimeterai dan hanya menantikan pengumuman rasmi.
“Fred ke Fenerbahçe, mari kita pergi! Perjanjian dengan Manchester United, cadangan yang didedahkan sebelum ini telah diterima dan persetujuan lisan dicapai”
“Fred telah bersetuju dengan terma dengan Fenerbahçe dan akan pergi untuk ujian perubatan tidak lama lagi.”
“Cerita eksklusif, disahkan.”
Fred to Fenerbahçe, here we go! Deal in place with Manchester United, proposal revealed earlier has been accepted and verbal agreement reached 🚨🟡🔵
Fred has agreed terms with Fenerbahçe and will travel for medical tests soon.
Exclusive story, confirmed. pic.twitter.com/PWnKMWInrb
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) August 10, 2023
Fred membuat 56 penampilan untuk United musim lalu, walaupun dia menjadi pilihan utama tetapi hanya bermula 12 kali di Liga Perdana. Pemain Brazil itu juga telah melihat Mason Mount hadir menambah saingan lagi untuk tempat di bahagian tengah.
Ketibaan kedua-dua Christian Eriksen dan Casemiro pada musim panas lalu yang pada mulanya menggugat tempatnya namun Fred berjaya bersaing untuk mendapatkan tempat dalam pasukan.
Fulham berminat mendapatkan Fred yang menyertai United dari Shakhtar Donetsk dengan harga hampir £50 juta pada musim panas 2018, tetapi tidak bersedia untuk memenuhi harga yang diminta.
Nottingham Forest juga telah berhubung dengan wakil pemain, tetapi tidak membuat perbincanganlebih lanjut, manakala Roma juga dilaporkan telah merisik Fred namun sepi begitu saja.
🔥🔥 SKY Sports:“ Galatasaray erken saatlerde Fred’i transfer etmek istedi ancak ne Manchester United’a ne de Fred’e ulaşabildiler. Fred daha yüksek maaş teklifine rağmen Fulham’ı reddederek Fenerbahçe’yi seçti.”pic.twitter.com/bkZyF2E91v
— As Marca (@asmarcatr) August 10, 2023
Tawaran Galatasaray juga dari Turki telah ditolak pada pertengahan Julai kerana ia kurang daripada harga yang diminta United iaitu £20 juta. Kini, United telah bersetuju untuk menjual lebih murah.
Perjanjian yang dirundingkan dengan Fenerbahce bernilai £13 juta (€15 juta), termasuk terma tambahan. Fred juga menolak peluang untuk berpindah ke Liga Pro Saudi, yang telah pun mengalu-alukan pemain seperti N’Golo Kante, Fabinho, Jordan Henderson dan Ruben Neves dari Liga Perdana musim panas ini.
Pemergian Fred dari Old Trafford mungkin menyaksikan jersi nombor 17 diserahkan kepada pemain baru, Rasmus Hojlund.
Penyerang Denmark itu kini sedang merawat kecederaan pramusim yang akan menangguhkan penampilan sulungnya untuk kelab dan belum diberikan nombor skuad. Dia sebelum ini memakai nombor 17 di Atalanta.