Supercomputer Meramalkan Juara Saingan Champions League Musim 2021/22

Supercomputer telah meramalkan pasukan mana yang akan memenangi gelaran Champions League musim ini, selepas berakhirnya aksi leg pertama pusingan 16 terbaik musim ini.

Sepertinya supercomputer meramalkan yang tahun ini akan ada sekali lagi aksi perlawanan akhir yang melibatkan dua wakil dari Liga Perdana Inggeris.

Liverpool, Manchester City dan Paris Saint Germain masing-masing berjaya mencatatkan kemenangan dalam aksi leg pertama selepas menewaskan Inter Milan, Sporting CP dan Real Madrid.

​Tidak dilupakan Juara saingan Champions League musim lalu, Chelsea juga turut berjaya mencatat kemenangan dengan menewaskan Lille 2-0.

Aksi perlawanan antara RB Salzburg bertemu Bayern Munich, Villarreal bertemu Juventus, Atletico Madrid bertemu Manchester United dan Benfica bertemu Ajax berakhir dengan keputusan seri.

Menurut ramalan dari supercomputer, Manchester City pada musim ini akan berjaya menjuarai saingan Champions League buat pertama kali dalam sejarah kelab.

The Citizens pada musim lalu terpaksa akur dengan kekalahan bertemu Chelsea dalam aksi perlawanan akhir, dan mereka sepertinya akan berjaya juga membawa pulang Piala telinga capang itu ke bumi Etihad pada musim ini.

Supercomputer meramalkan skuad kendalian Pep Guardiola itu pada musim ini akan sekali lagi layak ke aksi perlawanan akhir, seterusnya mencatat kemenangan dan menjulang kejuaraan Champions League pertama mereka.

Supercomputer turut meramalkan yang Man City akan bertemu Liverpool dalam aksi perlawanan akhir nanti, dan mereka bakal menewaskan seteru utama dari saingan Premier League itu untuk bergelar Juara.

Juara bertahan, Chelsea pula dijangka akan tersingkir di pusingan separuh akhir bersama Bayern Munich, dengan kedua-dua mereka bakal disingkirkan oleh Man City dan Liverpool.

Manchester United dan Paris Saint Germain bakal tersingkir di peringkat suku akhir dengan mereka diramalkan tidak akan berdepan masalah untuk menewaskan lawan mereka di pusingan 16 terbaik.

Real Madrid dan Atletico Madrid terpaksa akur dengan ramalan dari Supercomputer yang meramalkan bahawa mereka bakal tersingkir di pusingan 16 terbaik.

Jurucakap Bettingexpert (Supercomputer) menyatakan bahawa:

“Pep Guardiola sudah sangat lama menanti untuk menjulang gelarang Champions League dan penantian dia dijangka akan tamat pada musim ini mengikut ramalan dari Supercomputer kami.”

“Liverpool jelas sekali sangat berharap agar mereka akan mampu membuktikan yang ramalan supercomputer adalah tidak benar dengan mereka perlu menewaskan seteru Premier League mereka itu.”

Kedua-dua Liverpool dan Manchester City merupakan calon kegemaran untuk menjuarai saingan Champions League musim ini dengan mereka tidak dinafikan sedang berada di tahap persembahan terbaik masing-masing.

Liverpool merupakan antara pasukan yang mencatatkan 100% menang dalam saingan Champions League musim ini dengan anak-anak buah Jurgen Klopp itu mencatatkan tujuh kemenangan dari tujuh perlawanan musim ini.

Walau bagaimanapun, pasukan seperti Bayern Munich, Paris Saint Germain dan Ajax juga tidak boleh dipandang rendah kerana mereka juga berpotensi untuk menjuarai saingan Champions League musim ini.

Bayern Munich tidak dinafikan mereka pada ketika ini sedang berdepan kemerosotan prestasi dengan anak-anak buah Julian Nagelsmann itu sering merekodkan keputusan yang tidak konsisten sejak beberapa perlawanan terakhir ini.

Paris Saint Germain sendiri walau mereka dibarisi pemain-pemain bintang, namun mereka juga tidak konsisten dan kerap mencatatkan keputusan yang mengejutkan.

Ajax merupakan antara pasukan yang perlu diberi perhatian kerana mereka juga merupakan antara pasukan yang masih belum mencatatkan sebarang kekalahan sepanjang musim ini.

Juara saingan Champions League musim lalu, Chelsea juga sedang berada di tahap persembahan terbaik mereka pada ketika ini, dan kerana itulah sukar untuk meramal pasukan mana bakal bergelar Juara.

Adakah ramalan supercomputer bakal menjadi kenyataan? Mungkinkah Manchester United akan membuktikan ramalan ini salah kerana mereka merupakan pasukan paling layak untuk bergelar Juara? Bincangkan diruangan komen.

Sumber: SPORTbible

BACA:  Undian UCL Terbatal Selepas Kesilapan Undian Manchester United