Supercomputer Meramalkan Juara Saingan Champions League Musim 2021/22

Sesi undian untuk pusingan 16 terbaik saingan UEFA Champions League musim ini telah dilangsungkan malam semalam dan telah berlaku kesilapan memalukan dari pihak penganjur.

Dek kerana terlalu banyak kesilapan yang dilakukan, maka undian pertama telah dibatalkan dengan pihak penganjur kemudiannya melakukan undian semula.

Selepas selesai undian semula, Supercomputer telah mengeluarkan ramalam mereka tentang pasukan mana yang akan mara ke peringkat suku akhir.

Supercomputer bahkan turut sekali lagi meramalkan yang Manchester City bakal membawa pulang Piala telinga capang itu pada musim ini.

Man City pada musim lalu turut diramalkan bakal memenangi gelaran Champions League buat pertama kalinya dalam sejarah penubuhan kelab.

Namun sayangnya mereka tewas dalam aksi perlawanan akhir bertemu Chelsea dan pada musim ini, mereka sekali lagi diramal bakal muncul sebagai Juara.

Manchester City sepertinya berdepan laluan yang agak mudah berbanding pasukan lain, dengan mereka akan bertemu Sporting Lisbon di pusingan kalah mati nanti.

Bertemu Sporting, sudah tentu The Citizens menjadi calon kegemaran untuk mara ke peringkat suku akhir, dan mereka dijangka tidak akan ada masalah untuk sampai ke aksi perlawanan akhir.

Selain City, tiga lagi pasukan dari Premier League, Liverpool, Chelsea dan Manchester United juga dijangka tidak akan ada masalah untuk mara ke peringkat suku akhir.

Inter Milan, Lille, Sporting Lisbon dan Atletico Madrid dijangka akan balik awal dengan kesemua wakil dari saingan Liga Perdana Inggeris akan beraksi di peringkat suku akhir nanti.

Selain itu, pemenang enam kali gelaran Champions League, Bayern Munich pula, mereka turut menjadi pasukan pilihan untuk mara ke peringkat suku akhir.

Bayern Munich dijangka tidak akan berdepan masalah besar untuk melepasi Red Bull Salzburg di pusingan 16 terbaik untuk ke peringkat seterusnya.

Juara empat kali saingan Champions League yang juga antara pasukan yang mencatat enam kemenangan berturut-turut di peringkat kumpulan, Ajax juga dijangka akan melayakan diri ke peringkat suku akhir.

Melihat kepada persembahan semasa Ajax, sepertinya tiada masalah untuk mereka menewaskan Benfica di pusingan 16 terbaik untuk mara lebih jauh dalam pertandingan pada musim ini.

Walau bagaimanapun, pasukan yang paling berjaya dalam sejarah saingan Champions League, Real Madrid pula, mereka dijangka tidak akan mara lebih jauh dan bakal tersingkir di pusingan 16 terbaik.

Real Madrid dilaporkan sukar untuk tewaskan Paris Saint Germain dan mereka berkemungkinan tidak akan mampu untuk beraksi di peringkat seterusnya.

Gandingan Messi, Mbappe dan Neymar dijangka akan membawa Paris Saint Germain pergi lebih jauh dalam saingan Champions League pada musim ini.

Selain Manchester City, Paris Saint Germain juga diletakkan sebagai calon kegemaran untuk muncul sebagai Juara saingan Champions League musim ini.

Terakhir, Juventus yang sedang melalui musim yang sukar dalam saingan domestik pula, dijangka tidak akan berdepan masalah untuk singkirkan Villarreal.

The Old Lady diramalkan bakal menewaskan Villarreal di pusingan 16 terbaik dan akan melayakan diri mereka untuk beraksi di peringkat suku akhir.

Wakil Supercomputer bettingexpert menyatakan bahawa:

“Undian untuk pusingan 16 terbaik saingan Champions League telah dilakukan, selepas dua kali undian, pasukan kegemaran dijangka akan terus kekal hingga ke pusingan seterusnya.”

“Real Madrid jelas sekali akan paling terkesan dengan mereka awalnya diundi bertemu Benfica, namun mereka kemudiannya terpaksa bertemu Paris Saint Germain.”

“Dan dengan pertandingan ini sudah sampai pusingan kalah mati, City merupakan pasukan terbaik yang akan memenangi gelaran Champions League pada Mei nanti.”

Sumber: SPORTbible

BACA:  Undian UCL Terbatal Selepas Kesilapan Undian Manchester United