Tackle Epik Sofyan Amrabat Ke Atas Kylian Mbappe

Pemain tengah Maghribi, Sofyan Amrabat telah melakukan satu tackle epik ke atas Kylian Mbappe dalam perlawanan separuh akhir Piala Dunia 2022 yang menyaksikan Maghribi tunduk kepada Perancis dengan dua gol tanpa balas.

Namun terjahan kemas yang dilakukan oleh Sofyan Amrabat telah menjadi bualan dan ada menganggap terjahan itu sebagai epik dan terbaik setakat ini di Piala Dunia Qatar.

Bersambung permainan di babak kedua, Kylian Mbappe menukar ke mode turbo apabila terus mempamerkan larian kencangnya dari sebelah kiri dengan larian atas garisan persis Matyo namun Mbappe gagal mencari rakan.

Tidak lama berselang Kylian Mbappe melakukan satu larian turbo yang tidak boleh bawa bincang dari tengah padang terjahan cuba dilakukan Mbappe lepas.

Sofyan Amrabat terus mengejar dengan mendada ke depan dan kecik kepalannya menekan diri melakukan henjutan untuk menyaingi kelajuan Mbappe.

Mbappe sudah sampai ke hujung dan mula memperlahankan kelajuan bagi membuat hantaran mencari rakan dan Sofyan Amrabat tiba dan terus melakukan wonderful tackle.

Amrabat berjaya memenangi bola dengan satu terjahan penuh sensasi dan bersih menghantar Mbappe terkulai di padang menantikan tiupan wisel pengadil tak kunjung tiba.

Ketika ramai pemain handalan dan terkenal lain menangis di padang kerana tidak mampu menyaingi kelajuan bak pelesit Mbappe, Amrabat berjaya melakukannya.

Amrabat bukan sahaja mampu mengejar Mbappe malah berjaya memenangi bola dengan terjahan bersih yang amat sukar dilakukan dengan kelajuan larian yang tinggi.

Penyokong di stadium juga dapat dilihat telah berdiri dan bertepuk tangan menyaksikan bagaimana Ambrabat memenangi bola dengan penuh epik.

Terjahan Sofyan Amrabat ke atas Kylian Mbappe bukanlah kerana nasib di mana dia juga telah berjaya memenangi semula penguasaan bola sebanyak 51 kali di Piala Dunia 2022.

Statistik ini menjadi bukti akan kehebatan dan kemampuan Sofyan Amrabat untuk memenangi penguasaan bola dan bertambah padu apabila bergandingan bersama Azzedine Ounah.

Sofyan Amrabat ada di mana-mana disetiap penjuru padang, di mana ada bola disitu ada Amrabat, kurang daripada 30% bumi diliputi oleh tanah, 70% lagi diliputi oleh Sofyan Amrabat.

Aksi hebat ini telah dipamerkan secara konsisten oleh Amrabat dalam tiga perlawanan terakhir ketika bertemua Sepanyol, Portugal dan juga Perancis.

Presiden Perancis, Emmanuel Macron telah melawat bilik persalinan Maghribi selepas perlawanan untuk bersemuka dengan Sofyan Amrabat.

Emmanuel Macron telah memberitahu Amrabat bahawa dialah ‘pemain tengah terbaik kejohanan’ mengatasi semua pemain tengah dari pasukan yang bertanding.

Sofyan Amrabat kini berusia 26 tahun dan merupakan pemain tengah Fiorentina yang memulakan karier bersama Utrecht dan Feyenoord serta Club Brugge sebelum ke Serie A.

Kedua ibu bapanya berasal dari Maghribi dan Amrabat dilahirkan di Belanda dan pernah mewakili pasukan remaja bawah 15 tahun Belanda sebelum memilih untuk bersama Maghribi.

Liverpool antara pasukan yang sedang mengintai peluang untuk mendapatkan khidmat Amrabat selepas kejayaan menewaskan Sepanyol dan kini pasti akan mendapat saingan sengit dari pelbagai kelab Eropah yang lain.

Sebelum bermula kejohanan, Jurgen Klopp dilaporkan telah bertemu dengan Amrabat dan akan mengadakan perbincangan lanjut selepas Piala Dunia.

Namun Amrabat dilihat lebih berminat untuk ke Atletico Madrid kerana dia mengakui amat menggemari gaya permainan yang diterapkan oleh Diego Simeone.

Bercakap kepada penerbitan Sepanyol Marca, Amrabat berkata:

“Saya bangga dikaitkan dengan kelab-kelab terkemuka seperti Barcelona dan Atletico. Tetapi saya seorang pemain Fiorentina, saya menghormati kelab dan saya mempunyai hubungan yang baik dengan presiden.”

“[Diego] Simeone? Kami juga mempunyai jurulatih yang bagus di Fiorentina tetapi… ya, saya suka gaya [permainan] El Cholo [ Simeone].”

Amrabat sememangnya sudah diintai banyak kelab sebelum Piala Dunia lagi dengan aksi yang dipamerkannya kini pasti harganya menjadi amat keras.

BACA:  Andai Ke Madrid, Mbappe Mahu Memakai Jersi Bernombor Lima