Tak Rela Tengok Ronaldo Aib Sekali

Erik Ten Hag memiliki alasan tersendiri untuk tidak menurunkan Cristiano Ronaldo masuk dari bangku simpanan ketika pasukannya diaibkan Manchester City.

Menurut pengurus genius taktikal itu, dia tak mahu Ronaldo menanggung aib sama seperti pemain lain di atas padang.

Manchester United terus dibayangi kehebatan jiran kaya raya mereka, Manchester City. Kali ini mereka kalah 6-3 di tangan Manchester City dengan Erling Haaland dan Phil Foden masing masing mencetak hatrik.

Selepas tamat perlawanan Ten Hag menyatakan dia tak sanggup memasukkan Ronaldo tanda menghormati karier pemain itu yang sudah ada 5 Ballon d’Or dan 5 UCL.

Ten Hag turut mengambil kesempatan terbaik ini untuk memberikan minit permainan kepada Anthony Martial. Dan pemain itu berjaya mencetak 2 gol.

Ronaldo kelihatan agak kecewa tidak terlibat dalam perlawanan tersebut. Tetapi Ten Hag mahu menjaga air muka pemain legenda itu. Mana taknya, separuh masa pertama sahaja sudah berkicap kena 4-0.

Ten Hag berkata:

“Saya tak akan memasukkan dia kerana itu adalah tidak menghormati dia yang memiliki karier yang besar.”

“Lagipun ini adalah kesempatan untuk saya memasukkan Anthony Martial. Dia perlukan minit perlawanan. Tapi saya tak nak tegaskan perkara seperti itu.”

Premier League 2022/23: Manchester City 6-3 Manchester United

Manchester Derby musim 2022/23 telah pun tiba masanya menemukan dua pasukan dari bandar Manchester yang berwarna biru dan merah, pemenang perlawanan ini akan mewarnai bandar ini dengan warna mereka miliki.

Diatas kertas tiada dakwa dakwi lagi bahawa perlawanan ini pasti akan menjadi milik Manchester City yang serba serbi lengkap ditambah pula dengan kehadiran Erling Haaland yang berselera tajam.

Namun dalam bola sepak semuanya boleh terjadi, gandingan Lisandro Martinez dan Raphael Varane akan berdepan ujian terbesar selepas berjaya mengekang Liverpool dan Arsenal.

Manchester City menanti kunjungan jiran mereka yang berstatus musuh di stadium Ethihad.

Seawal minit ketiga menyaksikan Manchester City telah melakukan tiga percubaan berturut-turut yang dimulakan oleh Erling Haaland namun berjaya diselamatkan Scot McTominay.

Bola terus melantun kepada Kevin De Bryune terus disusuli dengan rembatan sebelum berjaya dihadang kali ini oleh David De Gea.

Kali ini bola muntah sampai kepada Bernardo Silva yang terus mencuba dan sekali lagi Scot McTominay menafikan.

Minit ke-8, Manchester City telah berada di hadapan apabila hantaran silang terus disudahkan oleh Phil Foden dengan percubaan jarak dekat.

Manchester City terus menguasai perlawanan dan Manchester United tampak bergelut untuk menyaingi Manchester City bagi memberi sedikit cabaran.

Pada minit ke-18, Manchester City hampir menggandakan kedudukan melalui sepakan percuma cantik Ilkay Gundogan yang sekadar menghentam tiang ketika De Gea sudah tergamam.

Tiga minit kemudian, City datang lagi, hantaran silang Ilkay Gundogan telah ditembak dengan rembatan liar oleh Bernardo Silva.

Selepas 30 minit perlawanan, Manchester United masih lagi gagal untuk mendapat rentak untuk mengimbangi kehebatan City yang bermain seperti sesi latihan.

City datang lagi dengan rembatan bertubi-tubi membuatkan Varane rebah ke tanah selepas terkena remabtan Foden tapi tidak dihiraukan.

Rembatan ditutup dengan percubaan De Bryune yang ditepis keluar De Gea untuk sepakan penjuru yang terus disundul tajam Haaland.

Tyrel Malacia berjaya mengeluarkan bola namun garisan gol teknologi telah mengesahkan bola telah melepasi garisan sepenuhnya.

Hantaran genius dan super jahat dari De Bryune mencari Haaland yang dahagakan gol terus disudahkan untuk gol ketiga City.

Dua gol dalam tempoh empat minit dari Haaland pada minit ke-34 dan 38 dan Haaland berpeluang cerah mencipta hatrik dan menjadi pemain pertama cetak hatrik tiga perlawanan berturut-turut di tempat sendiri.

Manchester United terus lesu dan hanya menghitung menunggu mati, lebih parah apabila Varane terpaksa dikeluarkan kerana kecederaan, Victor Lindelof dimasukkan.

Anak buah Pep Guardiola masih tidak puas untuk membirukan bandar Manchester dengan tiga gol dan Phil Foden menghadirkan gol keempat dipenghujung babak pertama.

Peminat Manchester United telah dirakam secara langsung meninggalkan stadium Ethihad selepas gol Phil Foden itu hadir.

Bersambung permainan untuk baki 45 minit kedua, Manchester United dilihat berjaya memperkemaskan permainan dan City terus mempamerkan permainan bersahaja penuh yakin untuk terus menambah jaringan.

Pada minit ke-56, Antony Santos berjaya memecahkan telur Manchester United untuk mengurangkan defisit dengan gol rembatan luar kotak yang cantik menawan.

Gol yang sepatutnya menjadi gol semangat buat Setan Merah namun aksi longlai terus di pamerkan dan Erling Haaland mencetak hatrik ketiga musim ini pada minit ke-65.

Erling Haaland yang disaksikan oleh bapanya di stadium mencipta sejarah menjadi pemain pertama cetak hatrik tiga perlawanan berturut-turut di tempat sendiri.

Hantaran Sergio Gomez yang masuk menggantikan Kyle Walker di penghujung babak pertama terus dibedil Haaland sepadu mungkin. VAR meneliti jaringan itu kerana dikhuatiri Gomez offside namun tiada kecurangan.

Jack Grealish memulakan gerakan dengan membawa bola sebelum dihantar kepada Haaland dan terus menjolok kepada Phil Foden untuk hatrik dan gol keenam City.

Manchester United musim ini lebih baik berbanding musim lalu apabila masih lagi cuba melawan dan Anthony Martial telah menjaringkan gol kedua pada minit ke-84.

Antony jelas kelihatan sebagai satu-satunya pemain yang beraksi sepenuh hati namun kurang mendapat sokongan dari rakan-rakan.

Berjaya menjaringkan gol membuatkan Martial turut bersemangat dan berjaya mendapatkan sepakan penalti selepas lakonan yang berjaya meyakinkan pengadil.

Martial berjaya menyempurnakan sepakan penalti untuk menjadikan kedudukan 6-3 dan hanya dua minit masa kecederaan diberikan pengadil kerana tidak mahu Setan Merah terus diaibkan.

Manchester City (4-3-3) Ederson; Walker, Akanji, Ake, Cancelo; De Bruyne, Gundogan, Bernardo; Foden, Haaland, Grealish.

Pemain Simpanan: Ortega Moreno, Carson, Dias, Laporte, Alvarez, Gomez, Mahrez, Palmer, Lewis.

Manchester United (4-2-3-1) de Gea; Dalot, Varane, Martinez, Malacia; McTominay, Eriksen; Antony, Fernandes, Sancho; Rashford.

Pemain Simpanan: Heaton, Shaw, Lindelof, Casemiro, Fred, Pellistri, Elanga, Martial, Ronaldo.

BACA:  Ulasan Sharip Dolsson: Love YoU-nited 678