Ten Hag Baru Tahu Ronaldo Nak Blah, Segera Kemaskini Info Di Kumpulan WhatsApp MUFC

Erik ten Hag nampaknya tidak tahu Cristiano Ronaldo mahu meninggalkan Manchester United pada musim panas ini.

Pengurus baharu Manchester United, Erik ten Hag, dikatakan tidak mengetahui berita mengenai hasrat Cristiano Ronaldo untuk meninggalkan Old Trafford.

Ten Hag hanya mengetahui berita itu selepas Ronaldo menyampaikannya kepada pengurusan Manchester United.

Berita mengenai pemergian Ronaldo jelas membuatkan Ten Hag terkejut kerana rancangannya boleh musnah.

Ini kerana jurulatih Belanda itu memang mahukan Ronaldo kekal di Manchester United pada musim 2022-2023 selain daripada semua pemain dan bekas pemain Ajax.

Walaupun terdapat desas-desus yang menyatakan Ten Hag tidak menyukai kewujudan Ronaldo sebelum ini, ternyata perkara itu tak benar.

Ini selepas dalam sidang media pertamanya, Ten Hag terus menganggap Ronaldo pemain penting dan asas kepada projeknya di Manchester United.

Ten Hag malah menyatakan dia sudah tak sabar nak bekerjasama dengan Cristiano Ronaldo.

Dia yakin Ronaldo akan membuatkan pasukannya lebih kuat bersaing dengan pasukan lain di masa akan datang.

Bagaimanapun, rancangan Ten Hag itu kini dalam bahaya berisiko musnah dan dia mesti mencari penyelesaian segera.

Masih menurut laporan Daily Mail, Ten Hag turut menyampaikan berita tersebut kepada seluruh skuad Manchester United dalam latihan perdana pada Isnin lalu.

Dia yang baru tahu perkara itu terus mengemaskini dalah kumpulan WhatsApp pasukannya.

Bekas jurulatih Ajax Amsterdam itu dilaporkan menjemput seluruh skuad Man United untuk membincangkan khabar angin pemergian Ronaldo. Yang sebenarnya berita itu sudah lama berlaku.

Tetapi selama ini Ten Hag tak tahu menahu tentangnya. Ten Hag sebenarnya menganggap Ronaldo tidak datang dalam beberapa sesi latihan pertama mereka pada pra musim atas faktor keluarga. Dan dia tak tahu langsung tentang Ronaldo nak berambus.

Mungkin kerana dia terlalu sibuk aktif di kumpulan WhatsApp Ajax agaknya, untuk cuba membawa masuk seberapa banyak boleh pemain dari sana angkut ke Manchester United.

Ten Hag mahu segera mendapatkan kejelasan dan penyelesaian berhubung calon untuk menggantikan Ronaldo musim depan.

Sehingga kini, Ronaldo masih belum menyertai skuad Ten Hag Manchester United.

Malah, kapten pasukan kebangsaan Portugal itu belum pun berlatih dengan skuad Manchester United.

Ronaldo juga akan terlepas jelajah pramusim Red Devils di Thailand, Australia dan Norway.

Walaupun telah menandatangani Tyrell Malacia dan mempunyai perjanjian lisan dengan Christian Eriksen, Ronaldo masih menganggap Manchester United tidak serius untuk membuat persiapan untuk musim depan.

Ronaldo juga mahu beraksi dalam Liga Juara-Juara jadi dia mahu mencari kelab baru yang boleh memenangi piala.

Ronaldo tak sanggup dipotong gaji hanya kerana Manchester United akan beraksi di Liga Europa musim depan.

Ini kerana dia sudah melakukan yang terbaik pada musim lalu.

BACA:  Glazer Dilaporkan Sekat Cubaan Man Utd Pecat Erik Ten Hag