Ten Hag Laung Amaran, Pasukannya Akan Bangkit Selepas Kekalahan Di Tangan Newcastle

Erik Ten Hag telah melaungkan amaran bahawa pasukannya akan bangkit dengan bergaya selepas kekalahan di tangan Newcastle.

United terpaksa beraksi dengan keadaan letih. Ini selepas pasukan Erik ten Hag sepatutnya terbang ke timur laut dari Lapangan Terbang Manchester pada pukul 11 ​​pagi Sabtu.

Tetapi apabila pemain pemain tiba di lapangan terbang pada pukul 10 pagi, mereka diberitahu penerbangan mereka dibatalkan kerana cuaca dan masalah teknikal.

Mereka kemudian terpaksa menaiki bas dengan perjalanan selama tiga jam. Dengan sepak mula dijadualkan pada 8 malam. Masa penerbangan kira-kira 30 minit.

Suhu di Lapangan Terbang Manchester hampir tidak melebihi paras beku pada pagi Sabtu dan diramalkan berlegar sekitar -1C di Newcastle pada sepak mula ketika United Kingdom dicengkam oleh cuaca sejuk melampau.

Man United sedang berusaha untuk pulih daripada kekecewaan yang seri 3-3 dengan Galatasaray Rabu lepas di Istanbul yang menyebabkan harapan mereka pada pusingan 16 terakhir Liga Juara-Juara agak sukar.

Tetapi mereka adalah pasukan terbaik dalam Liga Perdana Inggeris dalam 6 perlawanan terakhir sebelum tiba di Newcastle, setelah memenangi lima daripada enam perlawanan terakhir mereka untuk terus menghampiri dengan empat teratas.

Newcastle yang berada di tempat ketujuh hanya satu mata di belakang Man United di tempat keenam dan mempunyai cita-cita mereka sendiri di empat teratas.

Mereka menewaskan pasukan Ten Hag 2-0 dalam perlawanan setara Liga Perdana musim lalu dan menang 3-0 di Old Trafford dalam Piala Carabao pada awal kempen semasa.

Perlawanan itu dimainkan pada slot Sabtu lewat kerana kedua-dua pasukan terbabit dalam aksi Liga Juara-Juara pada pertengahan minggu, dengan Newcastle seri 1-1 di tempat lawan dengan Paris Saint-Germain pada hari Selasa.

Kedua-dua pasukan mempunyai beberapa pemain yang hilang untuk perlawanan malam Sabtu. Namun krisis kecederaan Newcastle paling teruk. Ada 10 pemain utama mereka cedera dan seorang lagi menjalani penggantungan.

Anthony Gordo pada wawancara dengan wartawan selepas perlawanan menegaskan bahawa, ada beberapa lagi pemain mereka terpaksa beraksi walaupun ada kesan bengkak dan lebam pada kaki mereka. Kerana krisis kecederaan yang meruncing.

Ten Hag pula kehilangan 7 pemain kerana kecederaan. Dan dia menegaskan akibat menaiki bas selama 3 jam membuatkan pemain pemainnya keletihan dan kalah.

Ten Hag mengakui pasukannya tidak cukup bagus dan Newcastle berhak menang. Namun mengingatkan kepada dunia, sebelum ini mereka telah bangkit dengan sangat hebat selepas kekalahan di tangan Man City.

Bercakap kepada laman rasmi kelab, Erik Ten Hag menjelaskan: “Kita harus memberikan pujian kepada Newcastle kerana mereka bermain lebih baik daripada kami malam ini. Kami bermula bagus, ada peluang gol yang baik menerusi Alejandro Garnacho namun kemudian, Newcastle bermain lebih baik daripada kami untuk tempoh yang lama.”

“Kami ketinggalan 1-0, namun secara adilnya, kami bangkit dan mencipta beberapa peluang keemasan pada akhir babak perlawanan. [Sergio] Reguilon ada peluang yang baik, kemudian ada gol yang dibatalkan kerana ofsaid. Jadi, sebenarnya kami melawan semula, dan kami harus melakukan perkara seperti ini dalam semua perlawanan.”

“Saya rasa minggu ini tidak memihak kita dan kita harus menerimanya. Kita harus memperbetulkan keadaan. Saya tahu pasukan ini cukup ampuh. Kami akan mampu melakukannya.”

“Beberapa minggu lalu kami kalah di tangan Manchester City dan kemudian kami bangkit serta menikmati prestasi yang luar biasa di EPL. Jadi kami harus bangkit ke prestasi yang bagus itu.”

Dan jom kita lihat jadual perlawanan Man United selepas ini, kelab kelab yang akan menjadi mangsa kebangkitan mereka.

BACA:  Erik ten Hag Dilaporkan Telah Ditemuduga Oleh Manchester United