Ten Hag: “Newcastle Pasukan Menjengkelkan, Kami Juga Bergantung Kepada Pengadil”

Pengurus handalan Manchester United Erik ten Hag menyebut Newcastle United sebagai lawan yang mengekelkan. Ini kerana pasukan tersebut dianggap suka melengahkan permainan dan mengganggu rentak lawan mereka.

Erik ten Hag menyatakan pandangannya tentang hal tersebut menjelang final Piala Liga Inggeris atau Carabao Cup 2022-2023 antara Man United dan Newcastle United.

Kedua dua pasukan berpeluang menamatkan kemarau trofi untuk kelab masing masing.

Ini merupakan final pertama Newcastle dalam masa 15 tahun. Man United berpeluang menamatkan kemarau tanpa piala selama 5 musim pada kali ini.

Kali terakhir Newcastle memenangi Piala domestik adalah 1955 ketika memenangi Piala FA.

Erik ten Hag sudah mempunyai pengalaman melawan Newcastle dalam aksi Liga Perdana Inggeris.

Pada ketika itu kedua dua pasukan terikat tanpa jaringan. Ten Hag tidak mampu mencari cara memecahkan benteng pertahanan Newcastle.

Oleh sebab itu, Erik ten Hag memanggil Newcastle pasukan yang menjengkelkan. Dia memberilan amaran kepada pemain Man United supaya fokus kepada gaya permainan mereka sendiri dan tidak sesekali terpengaruh dengan corak permainan yang mahu dipamerkan anak anak buah Eddie Howe.

Ten Hag mahukan pemainnya menguasai bola dari awal dan mengawal intensiti permainan dengan cara mereka sendiri.

Menurut Erik ten Hag: “Manchester United tidak boleh mengikut rentak permainan Newcastle jika mahu menang dalam perlawanan ini.”

“Mereka (Newcastle) adalah pasukan yang menjengkelkan untuk ditentang. Jadi, kami perlu mencari jalan untuk menang,” kata Erik ten Hag.

“Mereka cuba mengalih perhatian anda. Kami perlu memastikan bahawa kami bermain permainan kami dan kami memberi tumpuan kepada permainan kami,” kata Erik ten Hag lagi.

Dalam kenyataannya, Erik ten Hag turut mengemukakan purata masa permainan bola yang dicatatkan ketika Newcastle bermain perlawanan.

Ten Hag menjelaskan: “Mereka paling rendah dalam liga ini, untuk aksi dengan bola, dan mereka sangat berjaya bermain dengan cara itu.”

Menurut data Opta, purata masa efektif dalam perlawanan yang dimainkan Newcastle dalam Liga Perdana Inggeris hanya mencecah 51 minit dan 47 saat daripada keseluruhan 90 minit.

Angka ini adalah kali kedua terendah untuk semua peserta Liga Inggeris pada musim 2022-2023. Hanya Leeds United menyertai pasukan dengan purata masa bermain bola di bawah Newcastle, iaitu 51 minit dan 5 saat.

Erik ten Hag merancang untuk melaksanakan permainan yang pantas untuk menjangka kesinambungan gaya Newcastle ini.

Ten Hag menambah pengadil juga memainkan peranan penting dalam menentukan masa berkesan sepanjang perlawanan.

“Anda lihat pengadil mahu bermain dengan masa yang efektif. Mereka (Newcastle) mempunyai (masa efektif) paling rendah dalam liga dan mereka cukup berjaya dengan itu,” kata Erik ten Hag.

“Jadi terpulang kepada kami untuk mendapatkan rentak dalam permainan, dan kami juga bergantung kepada pengadil,” kata Erik ten Hag.

“Menjengkelkan. Mereka akan cuba menjengkelkan kamu. Jika kamu lihat pad sudut FA, pengadil mahu masa efektif yang optimum.”

Manchester United pastinya sedang dalam mood terbaik untuk menjulang piala berprestij tersebut. Ini selepas mereka menewaskan Barcelona dalam aksi play off pusingan kalah mati UEL baru baru ini.

Di mana Man United bangkit daripada ketinggalan dan menang 2-1 dalam perlawanan tersebut.

BACA:  Erik Ten Hag Berminat Mahu Dapatkan Semula Khidmat Pereira