Teori Konspirasi: Kenapa Manchester United Sah Bergelar Juara Premier League 2021/22?

Seorang peminat Manchester United yang boleh dilabel sebagai fanatik telah mengeluarkan satu teori yang berbentuk konspirasi menyatakan kenapa Manchester United sah bergelar juara Premier League bagi musim 2021/22.

Baru beberapa minggu musim 2020/21 Premier League tamat dan musim 2021/22 jauh lagi masanya untuk berlangsung dengan tempoh 2-3 bulan mendatang.

Namun peminat fanatik Manchester United tidak perlu musim bermula, jika tidak benda ni tak jadi teori konspirasi la kan?

Melalui satu bebenang atau thread di akaun seorang pengguna Twitter yang bernama Ibrahim telah mengemukan teori dan perkaitan Manchester United menjadi juara.

Ibrahim yakin Manchester United menjulang Premier League musim hadapan, bukan kalau, mungkin, bakal atau akan tetapi sah juara.

“Satu bebenang mengapa Manchester United menjuarai Liga Perdana pada 2021/2022.”
.
“Ia tertulis di bintang dan anda tidak boleh berbuat apa-apa!”

Kali terakhir Manchester United muncul juara adalah pada tahun terakhir dibimbing oleh Sir Alex Ferguson pada musim 2012/13.

Ini bermakna sudah lapan tahun setan merah mandul, David Moyes, Louis Van Gaal, Jose Mourinho dan kini Ole Gunnar Solskjaer masih nampak sinar membawa harapan.

Selepas era Sir Alex Ferguson, Jose Mourinho merupakan pengurus paling berjaya dengan tiga trofi namun Ole paling beruntung kerana ramai trust the process yang di bawa Ole.

Agak kuat benda yang disedut oleh Ibrahim ketika membuat bebenang ciapan di Twitter ini dan beberapa contoh peristiwa yang telah terjadi dikatakan bukti.

Kalah 6-1

Pada musim 2011/12 Manchester United tewas dengan sangat memalukan kepada Manchester City dengan jaringan 6-1 di Old Trafford dan msuim seterusnya muncul juara.

Pada musim 2020/21, Manchester United tewas dengan jaringan yang sama iaitu masih 6-1 di Old Trafford tetapi kepada Tottentham Hotspur.

Maka inilah bukti pertama Ibrahim.

Seri Dengan Everton

Pada musim 2011/12 Manchester United seri menentang Everton di Old Trafford dengan ikatan empat 4-4 dan musim seterusnya menjadi juara.

Pada musim 2020/21 Manchester United seri lagi dengan Everton 3-3 juga di Old Trafford. Kau rasa???

Ada lagi bukti dari Si Ibrahim ni.

Kad Merah

Pada musim 2011/12 Manchester United hanya mengutip satu sahaja kad merah dan untuk musim 2020/21 Manchester United mengulangi prestasi yang sama dengan satu kad merah.

Kad merah pun kad merah la, asal ada kebetulan terus percaya. Kau dah mula percaya ke?

Makin pekat benda Ibrahim hisap ni.

Tewas Dengan Pasukan Sepanyol di Europa League

Pada musim 2011/12 Manchester United telah menamatkan Champions di tempat ketiga kumpulan lalu meneruskan saingan Eropah di Europa League.

Manchester United tersingkir kepada kelab Sepanyol Athletic Bilbao dengan agregat 5-3.

Pada musim 2020/21 sekali lagi kelab Sepanyol, kali ini Villareal mengecewakan Manchester United dan ini terjadi di perlawanan akhir.

Lionel Messi

Pemain bola sepak terhebat dunia sepanjang zaman, Lionel Messi antara pembolehubah digunakan Ibrahim untuk mengukuhkan hujah.

Pada musim 2011/12 Lionel Messi telah menjadi penjaring terbanyak La Liga dan begitu juga dengan musim 2020/21.

Semakin jauh Ibrahim terbang.

Penjaga Gol Manchester City

Apakah perkaitan penjaga gol Manchester City dengan Manchester United menjadi juara? Pada musim 2011/12, penjaga gol Manchester City, Joe Hart telah memenangi anugerah sarung tangan emas.

Kemudian pada musim 2020/21 Manchester City telah muncul juara lagi dan Ederson Moraes meraih anugerah sarung tangan emas.

Anugerah sarung tangan emas atau Golden Glove ini diberikan kepada penjaga gol tebaik.

Ligue 1

Ibrahim terus terbang jauh dan tiba di Perancis, rupanya liga Perancis, Ligue 1 juga menjadi punca kenapa Manchester United menjadi juara.

Pada musim 2011/12 Dijon telah tersingkir dari Ligue 1 dan PSG, Lyon dan Rennes pula menamatkan musim di kedudukan ke-2, ke-4 dan ke-6.

Selepas 9 tahun situasi sama berulang lagi, Dijon yang kembali ke Ligue 1 tersingkir lagi pada musim 2020/21 di mana PSG, Lyon dan Rennes pula menamatkan musim di kedudukan ke-2, ke-4 dan ke-6.

Selepas mengemukakan Ligue 1 sebagai hujah yang Ibrahim percaya sebagai bukti mungkin dari sinilah keyakinan Ibrahim hadir mengumumkan Manchester United sebagai juara Premier League musim 2021/21.

Lain-Lain

Manchester United menamatkan Premier League di tempat kedua pada musim 2011/12 dan 2020/21.

Pengurus Chelsea dipecat pada pertengahan musim 2011/12 dan 2020/21.

Jerman dan Portugal berada dalam kumpulan yang sama di kejohanan EURO 2012 dan 2020. Agak tidak berapa tepat sikit bukti ini.

Inilah kesemua kebetulan yang sudah pasti dianggap sebagai bukti oleh taik teori konspirasi. Baca boleh percaya jangan.

BACA:  Akaun Twitter Europa League Secara Tak Sengaja Menganjing Man United