Thailand Mara Ke Final, Tahniah Harimau Malaya!

Thailand berjaya mara ke final Piala AFF 2022 untuk bertemu Vietnam selepas menewaskan Harimau Malaya 3-0 di hadapan penyokong sendiri dalam perlawanan separuh akhir kedua untuk mengumpul agregat 3-1.

Malaysia membawa satu bekalan gol ke Stadium Thammasat yang terletak di bandar Rangsit, Pathum Thani, Thailand dan pastinya mahu mencari gol awal untuk mempunyai kelebihan gol tempat lawan.

Kim Pan Gon membuat empat pertukaran di kesebelasan utama dengan Muhammad Azam Azmi Murad kembali, Muhammad Fazly Mazlan, Muhammad Mukhairi Ajmal Mahadi dan Mohd Nor Hakim Hassan semuanya bermula dari kesebelasan utama.

Empat pemain yang direhatkan adalah Quentin Cheng Jiun-ho, Ruventhiran A/l Vengadesan, Muhammad Safawi Rasid dan Lee Tuck.

Shukor Adan menjelaskan dia tidak terkejut dengan pertukaran yang dilakukan oleh Kim Pan Gon lebih-lebih lagi apabila menggantikan Ruventhiran A/l Vengadesan untuk Fazly Mazlan.

Menurut Shukor Adan lagi dia tiada masalah untuk menerima percaturan Kim Pan Gon yang pernah merombak pasukan sehingga 9 orang dan setakat ini semua menjadi.

Seramai 26,000 penyokong Thailand memenuhi Stadium Thammasat berbanding hampir 500 orang ekor Harimau Malaya yang turut hadir.

Alexandre Mano Polking telah membuat satu pertukaran dengan menukar penjaga gol, Kittipong Phoothawchuek dan memasukkan Kampon Phatomakkakul.

Seperti biasa Thailand mendominasi perlawanan sejak wisel permulaan dan mahu mencari gol seawal mungkin namun mereka tidak boleh all out dan perlu berhati-hati bimbang terhukum dengan jaringan dari Malaysia yang akan mempunyai gol tempat lawan.

Peeradol Chamrasamee mencuba dari jarak jauh dan terkena kaki Sharul Nazeem Zulpakar untuk sepakan penjuru pertama perlawanan pada minit ke-10.

Thailand memperoleh sepakan percuma selepas Brendan Gan mengasari Bordin Phala, tendangan Theerathon Bunmathan cantik namun tepat menuju ke dakapan Syihan Azmi.

Pada minit ke-19 Thailand akhirnya berjaya menjaringkan gol pembukaan melalui satu hantaran cantik Theerathon Bunmathan yang tepat ke kepala Teerasil Dangda.

Dominic Tan telah terlepas Teerasil Dangda yang terus menyundul masuk untuk gol ke-6 peribadi di Piala AFF 2022 dan gol ke-25 secara keseluruhan.

Permainan kasar dan keras telah dipamerkan dan layangan kad kuning mula muncul selepas beberapa kali amaran telah diberikan oleh pengadil.

Pengadil melayangkan kad kuning kepada Kim Pan Gon Dan Alexandre Mano Polking mungkin kerana kuat membantah keputusan.

Harimau Malaya akhirnya berjaya memperoleh peluang terbaik menerusi tandukan Darren Lok yang sangat tepat kepada penjaga gol Thailand, Kampon Phatomakkakul.

Pada minit ke-40 akhirnya Malaysia berjaya mendapat sepakan penjuru pertama yang diambil oleh Muhammad Mukhairi Ajmal Mahadi yang ditumbuk keluar Kampon Phatomakkakul.

Malaysia terus menekan untuk mencari gol dan Faisal Halim berjaya mendapatkan sepakan percuma di luar kotak Thailand dan Mukhairi Ajmal membuat satu sepakan yang baik namun tidak cukup power.

Separuh masa pertama tamat dengan Thailand mendahului 1-0 dan terikat 1-1 secara agregat.

Bersambung permainan untuk babak seterusnya Kim Pan Gon memasukan Lee Andrew Tuck dan Ruventhiran A/l Vengadesan mengeluarkan Muhammad Mukhairi Ajmal Mahadi, Mohd Nor Hakim Hassan.

Hantaran leret Ekanit Panya berjaya menemui Bordin Phala yang langsung tidak dikawal dan terus melepaskan rembatan menewaskan Syihan Azmi buat kali kedua.

Pada minit ke-60 Faisal Halim berjaya merampas bola dari kaki pemain Gajah Perang yang alpa dan melepaskan rembatan jarak jauh yang melewati palang.

Beberapa kali pengulas perlawanan menggesa supaya Harimau Malaya mengubah corak permainan di mana hakikatnya Thailand ternyata lebih baik dan dengan pemain lebih berkualiti.

Sedar hakikat itu Harimau Malaya langsung tidak mengalah dan terus mencuba kerana peluang masih ada, ketika ini hanya perlu menyempurnakan satu peluang saja untuk mengikat kedudukan secara agregat.

Adisak Kraison yang masuk sebagai pemain gantian berjaya memahat nama selaku penjaring gol ketiga menyempurnakan hantaran Suphanat Bureerat.

Percubaan Adisak Kraison terkena tiang dan lantunan bola muntah ditolak kembali ke gawang terbuka ketika Syihan sudah tertewas.

Thailand mula bermain permainan minda untuk membuatkan mental pemain Harimau Malaya koyak dengan aksi menganjing. Kim Pan Gon berang melihat pemainnya termakan dengan provokasi dari Thailand itu.

Tiada apa yang mampu dilakukan oleh Harimau Malaya untuk menterbalikkan keputusan dan Thailand ke final. Kecewa sudah pasti tetapi kita harus berbangga dengan pencapaian skuad Harimau Malaya ini yang 70 peratus dibarisi muka baru.

Ini merupakan final Piala AFF ke-10 Thailand yang sebelum ini dalam 9 perlawanan akhir mereka muncul juara sebanyak 6 kali (1996, 2000, 2002, 2014, 2016, 2020) dan tiga kali muncul naib juara (2007, 2008, 2012).

Kesebelasan utama Malaysia: Ahmad Syihan Hazmi, Muhammad Azam Azmi Murad, Dominic Tan, Sharul Nazeem Zulpakar, Muhammad Fazly Mazlan, Stuart John Wilkin, Brendan Gan, Muhammad Mukhairi Ajmal Mahadi, Mohd Nor Hakim Hassan, Mohamad Faisal Abdul Halim, Darren Lok.

Pemain Simpanan: Kalamullah Al-hafiz Mat Rowi, Muhammad Rahadiazli Rahalim, Quentin Cheng Jiun-ho, Nur Shamie Iszuan Amin, Ruventhiran A/l Vengadesan, David William Rowley, Muhammad Safawi Rasid, Sergio Fabian Ezequiel Aguero, Aliff Haiqal Lokman Hakim Lau, Lee Andrew Tuck, Muhammad Haqimi Azim Rosli.

Kesebelasan utama Thailand: 1. Kampon Phatomakkakul (Gk), 2. Sasalak Haiprakhon, 3. Theerathon Bunmathan (C), 4. Pansa Hemviboon, 6. Sarach Yooyen, 8. Peeradol Chamrasamee, 10. Teerasil Dangda, 11. Bordin Phala, 12. Kritsada Kaman, 15. Suphanan Bureerat, 17. Ekanit Panya

Pemain Simpanan: 20. Kittipong Phoothawchuek (Gk), 23. Saranon Anuin (Gk), 5. Chalermsak Aukkee, 7. Sumanya Purisai, 9. Adisak Kraisorn, 13. Jaroensak Wonggorn, 14. Sanrawat Dechmitr, 16. Jakkapan Praisuwan, 18. Weerathep Pomphun, 19. Chatmongkol Rueangthanarot, 21. Poramet Arjviria, 22. Channarong Promsrikaew

Piala AFF 2022 Separuh Akhir 1: Malaysia 1-0 Thailand

Malaysia berjaya meraih kemenangan tipis ke atas Thailand dalam perlawanan Separuh Akhir pertama Piala AFF 2022 hasil jaringan Faisal halim dengan beberapa kontroversi tercetus.

Sejak tahun 2014, skuad Gajah Perang yang sentiasa konsistensi dan lebih kuat dari Harimau Malaya tidak pernah mencatatkan kemenangan di Stadium Nasional Bukit Jalil, mampukah mereka menghapuskan badi itu?

Malaysia dan Thailand sebelum ini pernah bertemu sebanyak 112 kali di mana Harimau Malaya telah mencatatkan 41 kemenangan, 37 kekalahan dan 34 kali seri.

Kemenangan terakhir Thailand ke atas Malaysia daripada permainan terbuka adalah pada Kejohanan AFF 2014 (2-0). Pada September 2022, Gajah Perang berjaya mengatasi Harimau Malaya menerusi penentuan sepakan penalti berikutan keputusan seri 1-1.

Ini merupakan penampilan pertama Malaysia di separuh akhir Kejohanan AFF sejak 2018, manakala bagi Thailand, ia adalah yang keenam berturut-turut.

Thailand menjaringkan gol terbanyak (13) dalam peringkat kumpulan. Gajah Perang telah mengekalkan tiga rekod bersih dalam enam perlawanan terakhir mereka, manakala Malaysia mempunyai empat dalam tempoh yang sama.

Gajah Perang ternyata garang dan mahukan gol awal secepat mungkin apabila terus menekan dan melancarkan serangan sejak awal dan menghadirkan beberapa percubaan bahaya untuk tempoh 5 minit pertama.

Thailand mempamerkan permainan yang compact menyukarkan Harimau Malaya melakukan gerakan, namun hantaran merentasi padang dari Sharul Nazeem Zulpakar mencari Ruventhiran A/l Vengadesan membelah pertahanan Thailand.

Ruventhiran A/l Vengadesan terus melakukan tandukan ke tengah kotak dan Mohamad Faisal Abdul Halim pantas menyambar dengan satu penyudah jahat menutmeg penjaga gol Thailand, Kittipong Phoothawchuek.

Mohamad Faisal Abdul Halim meraikan jaringan pembukaan pada minit ke-11 dengan keraian โ€˜Siuโ€™ sebanyak tiga kali dan laungan โ€˜Siuโ€™ ekor Harimau Malaya menggegarkan Stadium Nasional Bukit Jalil.

Menurut Asmawi Bakiri, jaringan yang dihasilkan oleh Faisal Halim ini adalah hasil daripada latihan yang diterapkan oleh Kim Pan Gol dan diterjemah sebagai jaringan dalam perlawanan sebenar.

Thailand terus menguasai perlawanan dengn permainan kemas mereka namun kecuali jaringan gol, Safawi Rasid mencuba dari kawasan sendiri selepas melihat Kittipong Phoothawchuek keluar dari posisi namun percubaannnya sedikit tersasar

Minit ke-28 Malaysia hampir menggandakan kedudukan, apabila lorongan cantik Faisal Halim gagal disudahkan oleh Quentin Cheng yang melakukan percubaan melepasi palang ketika hanya berdepan Kittipong Phoothawchuek sahaja.

Thailand terus melancarkan serangan demi serangan untuk mencari gol penyamaan dan hampir saja berkampung di kawasan Malaysia, banyak percubaan namun percubaan tepat terlalu sedikit.

Pemain pertahanan Harimau Malaya bermain penuh berdisiplin mengekang segala asakan yang menjadi Teerasil Dangda sebagai titik serananga dan Ahmad Syihan Azmi juga kental menjadi benteng akhir.

Thailand bermula garang untuk menyamakan defisit apabila hantaran lintang Suphanat Bureerat berjaya ditanduk tajam oleh Teerasil Dangda, mujurlah tiang hadir menafikan ketika Syihan Azmi sudah tertewas.

Darren Lok telah dikasari di tepin bangku simpanan oleh Pansa Hemviboon untuk sepakan percuma yang telah diambil Andrew Lee Tuck.

Cantik sepakan Lee Tuck yang melambungkan bola ke kotak Thailand yang dicabar oleh Darren Lok dan Dominic Tan serta penjaga gol Thailand, Kittipong Phoothawchuek datang menghalang.

Bola berjaya disentuh kepala Dominic Tan dan terus masuk ke gawang terbuka dan ketika Malaysia meraikan gol, aksi panas telah terjadi.

Pengadil telah membatalkan jaringan Dominic Tan itu tanpa diketahui dengan jelas alasannya, penjaga gol masuk mencabar tandukan pemain Malaysia dan situasi itu penjaga gol tiada kelebihan.

Namun pengadil kekal dengan keputusannya menyatakan pemain Malaysia menyiku pemain Thailand, Pansa Hemviboon selepas berbincang dengan semua pembantunya. Mungkin ada insiden yang terlepas pandang.

Syihan Azmi terpaksa bekerja keras menafikan dua percubaan bahaya Thailand secara berturutan dengan permainan tiba-tiba menjadi panas dan fizikal.

Kapten Harimau Malaya, Safawi Rasid dilihat cuba menenangkan penyokong dari melakukan perbuatan memalukan dengan menyuluh laser dan juga mula membaling barang ke padang.

Muhammad Haqimi Azim Rosli berjaya lepas pertahanan Thailand dan berada satu lawan satu dengan penjaga gol Thailand dari sudut terlalu sempit dan rembatannya agak meliar.

Harimau Malaya hanya menyerapa asakan Thailand dan beberapa kali cuba melakukan serangan balas pantas yang berjaya dipatahkan Gajah Perang.

Untuk separuh akhir pertama, Harimau Malaya menang 1-0 dan tidak memberi gol tempat lawan yang boleh menjadi kelebihan mereka untuk perlawanan kedua. Malaysia hanya membawa bekalan satu gol sahaja untuk separuh akhir kedua yang akan berlangsung di Thammassat Stadium di Phatun Thani, Thailand.

Kesebelasan utama Malaysia:

Ahmad Syihan Hazmi, Quentin Cheng Jiun-ho, Dominic Tan, Sharul Nazeem Zulpakar, Ruventhiran A/l Vengadesan, Stuart John Wilkin, Brendan Gan, Lee Andrew Tuck, Muhammad Safawi Rasid, Mohamad Faisal Abdul Halim, Darren Lok.

Pemain Simpanan:

Kalamullah Al-hafiz Mat Rowi, Muhammad Rahadiazli Rahalim, Nur Shamie Iszuan Amin, Muhammad Fazly Mazlan, David William Rowley, Mohd Nor Hakim Hassan, Sergio Fabian Ezequiel Aguero, Aliff Haiqal Lokman Hakim Lau, Muhammad Mukhairi Ajmal Mahadi, Muhammad Haqimi Azim Rosli.

Kesebelasan utama Thailand :

20. Kittipong Phoothawchuek, 2. Sasalak Haiprakhon, 4. Pansa Hemviboon, 12. Kritsada Kaman, 15. Suphanat Bureerat, 6. Sarach Yooyen, 11. Bordin Phala, 17. Ekanit Panya, 3. Theerathon Bunmathan, 8. Peeradon Chamrasamee, 10. Teerasil Dangda.

Piala AFF 2022: Malaysia 4-1 Singapura

Perlawanan penentuan antara dua negara berjiran Malaysia menentang Singapura bagi merebut tempat ke separuh akhir Piala AFF Mitsubishi Electric 2022 dalam saingan kumpulan B.

Selepas 9 tahun inilah Derbi Tambak pertama antara Malaysia dan Singapura berlangsung kembali di kejohanan Piala AFF dan pertemuan terakhir adalah dalam perlawanan persahabatan.

Singapura hanya memerlukan satu mata atau sekadar seri untuk layak dan Harimau Malaya tiada pilihan lain selain wajib menang untuk meneruskan saingan.

Sebelum ini Malaysia dan Singapura telah bertemu sebanyak 74 kali di mana Harimau Malaya merekodkan 30 kemenangan dan tewas 23 kali serta seri 11 kali.

Kemenangan terakhir Malaysia ke atas Singapura ialah pada Kejohanan Piala AFF 2014 (3-1). Singapura telah memenangi dua perlawanan terakhir menentang Malaysia, termasuk kemenangan 2-1 dalam perlawanan persahabatan pada Mac 2022.

Malaysia hanya menjaringkan satu gol dalam tiga pertembungan terakhir mereka dengan Singapura.

Harimau Malaya memulakan perlawanan dengan garang dan terus mencari gol awal, hantaran Quentin Chen menemui Darren Lok namun percubaannya sempat dipotong keluar.

Selepas lima minit barulah Singapura dapat kembali melakukan serangan dan memaksa Ahmad Syihan Azmi menumbuk keluar bola bagi meneutralkan ancaman.

Hantaran cantik Safawi Rasid berjaya mencari larian Faisal Halim dan sentuhan pertamanya sedikit bolok dan Hassan Sunny berjaya menghadang.

Bola sampai kepada Ruventhiran A/l Vengadesan yang langsung tidak dikawal namun percubaannya terlalu lemah. Percubaan lebih baik patut dihasilkan.

Irfan Fandi yang bahaya dengan kepalanya berjaya melakukan tandukan mudah pada minit ke-11 mujur tersasar. Pemain paling kecil di padang, Faisal Halim melakukan tandukan dari sepakan penjuru Safawi Rasid yang sipi-sipi melepasi palang.

Kemudian Brendan Gan berjaya merampas bola lalu menolak kepada Faisal Halim yang melakukan gelecakan solo, rembatan deras tepat kepada Hassan Sunny yang menepis keluar.

Sentuhan pertama di final third menjadi musuh utama Malaysia dari hantaran-hantaran yang menggiurkan. Safawi Rasid bernasib baik kerana tiada VAR selepas menepuk muka Shakir Hamzah dan hanya diberikan amaran sahaja.

Percubaan bahaya hadir dari Singapura melalui Song Ui-Young dengan rembatan leret yang gagal disambar.

Akhirnya Darren Lok berjaya memecahkan kebuntuan dengan satu sundulan tajam menewaskan Hassan Sunny selepas pantas menyambar hantaran Safawi Rasid yang berjaya memotong hantaran pemain Singapura.

Satu gol tidak cukup, Harimau Malaya terus mengasak dan Faisal Halim masih lagi gagal menemui sasaran dengan percubaan yang mengancam.

Separuh masa pertama tamat dengan berpihak satu gol untuk Harimau Malaya dan gol itu tidak memadai untuk mara dengan lebih seleasa.

Malaysia melakukan 9 percubaan dengan 3 percubaan tepat dengan penguasaan permainan 53 peratus berbanding Singapura yang hanya melakukan dua pecubaan.

Singapura tampak mula bermain bola apabila permainan kembali bersambung dan Stuart John Wilkin menggandakan kedudukan pada minit ke-51.

Pemain Singapura kehilangan bola dan Stuart John Wilkin pantas melakukan satu rembatan leret dari jauh yang ditepis ke dalam gol oleh Hassan Sunny.

Malaysia terus menekan walaupun sudah mendahului dua gol tiga minit kemudian gol ketiga hadir pula juga melalui Stuart John Wilkin.

Safawi Rasid telah menolak bola kepada Stuart John Wilkin yang telah melakukan satu putaran 360 darjah untuk melepaskan rembatan padu untuk Malaysia mendahului 3-0.

Darren Lok, Faisal Halim, Dominic Tan dan safawi Rasid dikeluarkan dan Andrew Lee Tuck, Muhammad Haqimi Azim Rosli, Muhammad Fazly Mazlan dan Sergio Fabian Ezequiel Aguero masuk.

Selepas mendahului tiga gol Kim Pan Gon mengarahkan pemainnya bermain dengan lebih santai dan memberi peluang kepada Singapura untuk bermain bola.

Tiada apa yang mampu dilakukan Singapura untuk mengancam Malaysia dan Muhammad Haqimi Azim Rosli hampir menjaringkan gol keempat namun tandukannya tersasar.

Akhirnya Singapura berjaya memecahkan telur mereka melalui Faris Ramli pada minit ke-85 dengan satu tolakan mudah.

Pertahanan Malaysia seakan alpa dan tidur, Singapura datang lagi dengan rembatan dari Amy Recha yang telah ditepis keluar oleh Syihan Azmi.

Gol Faris Ramli ternyata menaikkan semangat perjuangan Singapura namun Sergio Aguero pantas membunuh perlawanan dengan gol keempat.

Muhammad Haqimi Azim Rosli telah melakukan larian dari kanan sebelum menolak bola ke Lee Tuck yang melorongkan pula kepada Aguero untuk satu rembatan lencong leret yang padu.

Empat minit masa kecederaan tidak cukup untuk Singapura memadamkan defisit dan Malaysia bertemu Thailand juara kumpulan A diseparuh akhir.

Kesebelasan Utama Malaysia: Ahmad Syihan Hazmi, Quentin Cheng Jiun-ho, Dominic Tan, Sharul Nazeem Zulpakar, Ruventhiran A/l Vengadesan, Muhammad Mukhairi Ajmal Mahadi, Stuart John Wilkin, Brendan Gan, Muhammad Safawi Rasid, Mohamad Faisal Abdul Halim, Darren Lok.

Pemain Simpanan: Kalamullah Al-hafiz Mat Rowi, Muhammad Rahadiazli Rahalim, Nur Shamie Iszuan Amin, Muhammad Fazly Mazlan, David William Rowley, Mohd Nor Hakim Hassan, Sergio Fabian Ezequiel Aguero, Aliff Haiqal Lokman Hakim Lau, Lee Andrew Tuck, Muhammad Haqimi Azim Rosli.

Kesebelasan Utama Singapura: 18. Hassan Sunny (Pg), 2. Shakir Hamzah, 6. Manumanthan, 7. Song Uiyoung, 8. Shahdan Sulaiman, 9. Amy Recha, 11. Hafiz Nor, 14. Hariss Harun (K), 15. Shah Shahiran, 17. Irfan Fandi, 22. Van Huizen.

Pemain Simpanan: 1. Syazwan Buhari (Gk), 12. Zaiful Nizam (Gk), 3. Hami Syahin, 4. Nazrul Nazari, 5. Amirul Adli, 10. Faris Ramli, 13. Farhan Zulkifli, 16. Ryhan Stewart, 19. Ilhan Fandi, 20. Shawal Anuar, 21. Joshua Pereira, 23. Zulfahmi Arifin.

Piala AFF 2022: Vietnam 3-0 Malaysia

Pasukan Malaysia bertandang ke Stadium My Dinh, Hanoi untuk perlawanan ketiga Piala Mitsubishi Electric AFF 2022 disaingan kumpulan B bertemu Vietnam yang merupakan antara pasukan pilihan.

Vietnam merupakan ujian sebenar kekuatan skuad Harimau Malaya yang dipimpin oleh Kim Pan Gon dengan barisan muka baru yang setakat ini masih boleh ditebak kemampuan sebenar mereka.

Ketua Jurulatih Vietnam Park Hang Seo walaupun melaungkan keyakinan mampu menang namun tidak memandang rendah kemampuan pasukan Harimau Malaya ini.

Permainan berdisiplin pemain Harimau Malaya telah membuatkan permainan menjadi seimbang dan percubaan dari Vietnam berjaya dineutralkan.

Muhammad Mukhairi Ajmal Mahadi mencuba ke kubu Vietnam dengan rembatan jarak jauh yang sedikit tinggi dan tidaklah seliar ketika menentang Laos.

Pada minit ke-28, Vietnam berjaya memecahkan kebuntuan dengan gol pembukaan yang berpunca dari sepakan penjuru di mana Nguyen Tien Linh tanpa dicabar melonjak untuk melakukan sundulan melantun ke tanah menewaskan Syihan Hazmi.

Buat pertama kalinya Harimau Malaya bolos di Piala AFF 2022 selepas tiga perlawanan.

Nguyen Van Toan telah dilayangkan kad kuning kedua selepas tiga minit jaringan pembukaan apabila melakukan rempuhan keras ke atas Dominic Tan.

Sebelum itu Nguyen Van Toan mengasari Darren Lok untuk kad kuning pertama, satu kelebihan yang menguntungkan buat Malaysia yang masih mempunyai baki 60 minit permainan.

Hantaran cantik Lee Tuck gagal dipotong pemain Vietnam dan jatuh ke kaki Ruventhiran A/l Vengadesan namun percubaannya tersasar ketika peluang sudah terhidang.

Sepakan percuma Nguyen Hoang Duc pantas disambar Ho Tan Tai yang terus merembat mujur Syihan Hazmi bersedia untuk menafikan gol kedua Vietnam.

Hantaran silang dari Ruventhiran A/l Vengadesan ditanduk cantik tepat dan hampir sempurna namun penjaga gol Vietnam, Dang Van Lam telah menepis keluar dengan cemerlang sekali. Percubaan tepat pertama Malaysia dalam perlawanan ini.

Dominic Tan telah melakukan satu terjahan tidak berakal dan tidak perlu lagi sia-sia dalam situasi tidak bahaya dan mengutip kad kuning.

Dipenghujung babak pertama, Muhammad Mukhairi Ajmal Mahadi telah berjaya melakukan gerakan solo dengan gelecekan menarik dan sekali lagi Dang Van Lam menggagalkan dengan sebelah tangan dan rembatan Mukhairi juga sedikit lemah.

Ternyata kekurangan pemain Vietnam memberi kelebihan yang nyata kepada Harimau Malaya dengan Vietnam hanya bertahan dan melakukan serangan balas pantas.

Doan Van Hau telah melakukan simulasi dan juga provokasi ke atas pemain Malaysia untuk meraih sepakan percuma dari pengadil.

Serangan balas pantas menjadi senjata utama Vietnam selepas permainan bersambung dan beberapa kali benteng Harimau Malaya hampir terhukum.

Pada minit ke-58, Kim Pan Gon memasukkan Muhammad Safawi Rasid dan mengeluarkan Muhammad Mukhairi Ajmal Mahadi.

Kemudian pengadil perlawanan, Ryuji Sato telah membuat satu keputusan kontroversi, apabila memberi sepakan penalti kepada Vietnam selepas Muhammad Azam Azmi Murad jelas ditolak Doan Van Hau.

Tanpa ulang tayang yang jelas dan kemudiannya Muhammad Azam Azmi Murad pula telah dilayangkan kad merah. Menurut Zainal Abidin Rawop Azam Azmi Murad telah memijak Doan Van Hau dan insiden terjadi diluar kawasan permainan.

Que Ngoc Hai tidak berdepan masalah untuk menewaskan Ahmad Syihan Hazmi untuk gol kedua Vietnam.

Kemudian jelas dilihat Azam Azmi Murad telah ditolak oleh Doan Van Hau dan kemudian memberi reaksi balas yang telah menjelaskan kenapa kad merah namun sepakan penalti terus menjadi misteri.

Nguyen Quang Hai akhirnya masuk dan terus memberi impak untuk membolehkan gol ketiga Vietnam, hantaran lolosnya berjaya menemui Nguyen Hoang Duc dengan chip cantik.

Tamat perlawanan Vietnam meneruskan rekod kemenangan ke atas Harimau Malaya dan Singapura adalah lawan Malaysia untuk perlawanan terakhir.

Kesebelasan utama Malaysia:

Ahmad Syihan Hazmi, Muhammad Azam Azmi Murad, Sharul Nazeem Zulpakar, Dominic Tan, Ruventhiran A/l Vengadesan, Stuart John Wilkin, Brendan Gan, Muhammad Mukhairi Ajmal Mahadi, Mohamad Faisal Abdul Halim, Lee Andrew Tuck, Darren Lok.

Pemain Simpanan:

Kalamullah Al-hafiz Mat Rowi, Muhammad Rahadiazli Rahalim, Quentin Cheng Jiun-ho, Nur Shamie Iszuan Amin, Muhammad Fazly Mazlan, David William Rowley, Mohd Nor Hakim Hassan, Sergio Fabian Ezequiel Aguero, Muhammad Safawi Rasid, Aliff Haiqal Lokman Hakim Lau, Muhammad Haqimi Azim Rosli.

Kesebelasan utama Vietnam:

Dแบกng Van Lรขm, Doan Van Hau, Do Duy Mแบกnh, Que Ngแปc Hai, Hแป Tan Tร i, Do Hรนng Dung, Nguyรชn Thร nh Chung, Nguyรชn Hoร ng Duc, Nguyรชn Tiแปn Linh, Phan Vฤƒn Dแปฅc,
Nguyen Van Toร n

Malaysia 5-0 Laos

Malaysia berjaya meraih 3 mata kedua apabila mencapai sasaran Kim Pan Gon untuk berpesta gol dengan membelasah Laos 5-0 sebelum ujian sebenar menanti menentang Vietnam dan Singapura.

Malaysia turun untuk perlawanan kedua Piala AFF 2022 dan merupakan perlawanan pertama di laman sendiri di mana Stadium Nasional Bukit Jalil Kuala Lumpur menjadi medan pertarungan menentang Laos.

Rekod pertemuan merekodkan Malaysia dan Laos telah bertemu sebanyak 17 kali di mana Malaysia menang 11 kali dan Laos hanya menang sekali 1-0 di Sukan SEA tahun 1997.

Dalam saingan Piala AFF Malaysia belum pernah tewas kepada Laos dalam 7 pertemuan dengan 5 menang dan 2 seri.

Malaysia mencatatkan kemenangan tipis ke atas Myanmar pada perlawanan pertama dan Laos pula terbungkang teruk apabila dibelasah Vietnam dengan jaringan 6 gol tanpa balas.

Ketua jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan Gon mahu para pemainnya bukan sahaja mengutip tiga mata malah menghasilkan jaringan yang besar dalam perlawanan ini.

Kim Pan Gon nyata berani dan percaya dengan 23 pemain yang dibawanya apabila membuat rombakan skuad besar-besaran untuk menentang Laos ini yang rata-rata dibarisi pemain bawah 23 tahun.

Lapan pertukaran dilakukan Kim Pan Gon dengan mengekalkan Muhammad Safawi Rasid, Mohamad Faisal Abdul Halim dan Sharul Nazeem Zulpakar dari kesebelasan utama menentang Myanmar.

Pada minit ke-6, Faisal Halim telah bertukar menjadi Vinicius Jr menggelecek pemain Laos dan memotong masuk dari sebelah kiri ke dalam kotak penalti namun rembatannya meliar.

Selepas 20 minit ternyata Harimau Malaya menguasai permainan namun Laos bermain dengan baik dan penuh disiplin menyukar penembusan dari Faisal Halim dan rakan-rakan.`

Dengan rombakan besar dan skuad yang rata-ratanya muka baru keserasian ternya menjadi musuh utama Malaysia untuk melakukan gerakan dengan lancar.

Safawi Rasid membuat percubaan kedua terbaik Harimau Malaya selepas 22 minit permainan dengan satu rembatan lemah, pilihan lain Safawi adalah melorongkan bola kepada Faisal Halim namun memilih untuk merembat.

Memasuki setengah jam permainan Malaysia akhirnya berada dihadapan dengan gerakan yang direncakan oleh Muhammad Mukhairi Ajmal Mahadi yang mencari Mohd Nor Hakim Hassan kiri.

Mohd Nor Hakim Hassan menerobos masuk ke kotak Laos lalu membuat hantaran rendah ke depan gawang Laos yang segera disambar oleh Sergio Fabian Ezequiel Aguero.

Sergio Aguero melepaskan peluang terbaik menggandakan kedudukan apabila memilih membuat lambungan dari jarak dekat ketika langsung tidak dikawal.

Laos membuat dua pertukaran awal pada minit ke-36 bagi mengubah rentak permainan sebagaimana dilakukan oleh Perancis. Sepakan percuma Mukhairi Ajmal ditepis keluar Keo-oudone Souvannasangso.

Dihujung babak pertama, Laos hampir menjaringkan gol sendiri namun penjaga gol mereka, Keo-oudone Souvannasangso berjaya menepis keluar dan rembatan deras dari Safawi Rasid pula menyusul namun dihadang.

Sharul Nazeem Zulpakar dan Muhammad Mukhairi Ajmal Mahadi ditukar sebaik separuh masa kedua bermula dengan Lee Andrew Tuck dan Brendan Gan masuk memperkasakan bahagian tengah yang mampu menghasilkan hantaran akhir lebih padu.

Menarik percaturan Kim Pan Gon apabila meletakkan Brendan Gan beraksi sebagai bek tengah.

Laos dilihat berani untuk menyerang walaupun gagal untuk menghadirkan sebarang bahaya di maan gerakan-gerakan Laos mudah dipatahkan.

Pada minit ke-65, Faisal Halim menggandakan kedudukan dengan satu sundulan penuh bersahaja menyempurnakan hantaran jauh lagi cantik dari Safawi Rasid.

Tiga minit berselang, Faisal Halim menjaringkan gol ketiga Harimau Malaya juga melalui tandukan kali ini satu sundulan kilas dilakukan selepas menyambut hantaran cantik Mohd Nor Hakim Hassan.

Sejurus kemudian Faisal Halim dikeluarkan dan pemain muda berusia 19 tahun dari Kuala Lumpur City FC, Muhammad Haqimi Azim Rosli masuk.

Lee Tuck cuba menjadi Diego Armando Maradona apabila menjaringkan gol dengan tangan namun tiada gol tetapi kad kuning yang hadir.

Bertali arus serangan Malaysia menyusul dengan percubaan deras Lee Tuck dan juga tandukan dari David Rowley yang tersasar.

Hanya tujuh minit diperlukan Muhammad Haqimi Azim Rosli untuk mencetak gol dalam debutnya dengan satu half voli yang padu.

Safawi Rasid melambungkan bola ke kotak ditanduk Muhammad Haqimi Azim Rosli ke atas sebelum pantas menyambar untuk melepaskan rembatan.

Malaysia terus ghairah mencari gol dan impak negatif hadir di mana seperti semua pemain cuba untuk mencetak nama selaku penjaring.

Safawi Rasid datang lagi dengan satu hantaran silang jahat gagal disudahkan Muhammad Haqimi Azim Rosli dengan satu tandukan tersasar.

Stuart John Wilkin masuk menggantikan Sergio Aguero menjaringkan gol kelima selepas merembat deras tolakan Muhammad Haqimi Azim Rosli.

Misi Kim Pan Gon untuk mencari jaringan besar nyata mencapai sasaran walaupun gol hadir di lewat permainan.

Laos tidak mahu pulang tangan kosong dengan dua percubaan berbahaya yang memaksa Muhammad Rahadiazli Rahalim yang berehat sepanjang perlawanan kembali bertugas.

Malaysia mencatatkan penguasaan permainan sebanyak 70 peratus dengan melepas 31 percubaan dengan 10 percubaan tepat dan menghasilkan 5 gol.

Tujuh save dilakukan oleh penjaga gol Laos, Keo-oudone Souvannasangso bagi memastikan gawangnya hanya bolos lima kali tanpa sebarang percubaan tepat.

Kemenangan kedua Harimau Malaya yang akan berdepan ujian sebenar menentang Vietnam dalam perlawanan seterusnya pada 27 November 2022.

Kesebelasan utama Malaysia: Muhammad Rahadiazli Rahalim, Quentin Cheng Jiun-ho, Sharul Nazeem Zulpakar, Nur Shamie Iszuan Amin,Mohamed, Muhammad Fazly Mazlan, Muhammad Mukhairi Ajmal Mahadi, David William Rowley, Mohd Nor Hakim Hassan, Mohamad Faisal Abdul Halim, Sergio Fabian Ezequiel Aguero, Muhammad Safawi Rasid.

Pemain Simpanan: Kalamullah Al-hafiz Mat Rowi, Ahmad Syihan Hazmi, Dominic Tan, Muhammad Azam Azmi Murad, Ahmad Khuzaimi Piee, Aliff Haiqal Lokman Hakim Lau, Ruventhiran A/l Vengadesan, Lee Andrew Tuck, Darren Lok, Stuart John Wilkin, Brendan Gan, Muhammad Haqimi Azim Rosli.

Kesebelasan utama Laos: Keo-oudone Souvannasangso, Phoutthavong Sangvilay, At Viengkham, Anantaza Siphongphan, Nalongsit Chanthalangsy, Anousone Xaypanya, Sukaphon Vongchiengkham, Phithack Kongmathilath, Manolom Phetphakdy, Ekkamai Ratxachak, Chony Waenpaseuth

Piala AFF 2022: Myanmar 0-1 Malaysia

Malaysia berjaya meraih kemenangan dan mata pertama di perlawanan pembukaan kumpulan A kejohanan Piala AFF 2022 apabila menumpaskan Myanmar 0-1 dalam perlawanan penuh dramatik.

Saingan Piala Mitsubishi Electric AFF 2022, sudah pun bermula bagi kumpulan B di mana Myanmar turun menentang Harimau untuk perlawaan pembukaan di Stadium Thuwunna, Yangon.

Perlawanan antara Kemboja yang menewaskan Filipina merupakan perlawanan perasmian kejohanan sebelum Thailand menyusul dengan membelasah Brunei 5 gol tanpa balas di saingan kumpulan A.

Piala Mitsubishi Electric AFF 2022 yang bakal direbut oleh 10 pasukan Asia Tenggara akan berlangsung dari 20 Disember 2022 sehingga 16 Januari 2023.

Kumpulan A: Thailand, Filipina, Indonesi, Kemboja dan Brunei
Kumpulan B: Vietnam, Malaysia, Singapura, Myanmar dan Laos

Sebelum ini Malaysia dan Myanmar telah bertemu sebanyak 16 kali dengan Malaysia menang lima kali dan Myanmar menang enam kali serta seri 5 kali dan kali terakhir bertemu pada November 2018 juga dalam Piala AFF dan Harimau Malaya menang 3-0.

Kepakaran Kim Pan Gon diuji untuk Piala AFF 2022 apabila kehilangan beberapa pemain yang menjadi tonggak dan melayakkan Harimau Malaya ke Piala Asia 2023 yang akan berlangsung di Qatar.

Dengan beberapa muka baru yang ditampilkan untuk skuad 23 pemain adalah sesuatu yang menarik untuk disaksikan akan kemampuan Harimau Malaya disaingan Piala AFF 2022.

Aksi dimulakan dengan satu perlanggaran kepala antara Ruventhiran A/l Vengadesan dan pemain Myanmar sejurus selepas sepak mula.

Lwin Moe Aung telah melakukan satu percubaan bahaya di minit ke-7 dengan satu rembatan deras yang berjaya dihadang dan cukup untuk mencetuskan panik.

Malaysia menguasai perlawanan namun gagal untuk menghadirkan percubaan yang boleh membawa kepada gol namun Myanmar jarang-jarang menyerang tetapi merbahaya.

Pada minit ke-19 satu lagi percubaan mengancam hadir dari Myanmar dari satu gerakan menarik namum berjaya dineutralkan.

Hein Htet Aung pula mencuba dengan satu rembatan leret yang meleleh ke tepi tiang. Myanmar hanya menyerang dengan 2-3 pemain sahaja dari bola lambung.

Peluang terbaik Harimau Malaya akhirnya hadir dari kesilapan pemain pertahanan Myanmar namun gagal untuk disudahkan Mohamad Faisal Abdul Halim.

Yang Naing Oo menjadi pemain pertama mengutip kad kuning dalam perlawanan ini.

Percubaan bahaya Harimau Malaya sekali lagi datang dan sekali lagi gagal disempurnakan Faisal Abdul Halim. Ahmad Khuzaimi Piee terpaksa dikeluarkan apabila mengalami kecederaan dan Muhammad Fazly Mazlan masuk.

Myanmar dan Malaysia saling berbalas serangan dipenghujuk babak dan perlawanan separuh masa pertama tamat seri tanpa jaringan.

Darren Lok yang terasing sepanjang perlawanan dikeluar selepas permainan bersambung, Andrew Lee Tuck masuk untuk menghidupkan permainan.

Permainan fizikal dan keras terus dipamerkan oleh Myanmar nyata berhasil dan memberi kesukaran kepada Harimau Malaya.

Pada minit ke-52, Faisal Halim berjaya memecahkan kebuntuan dengan satu tolakan penyudah yang tenang lalu diraikan dengan bersiu-siu!!

Cantik dan penuh berseni hantaran dari Safawi Rasid untuk meletakkan nama selaku pencipta bantuan gol.

Beberapa lagi peluang dicipta namun gol tambahan tidak kunjung tiba, Faisal Halim semakin menyerlah dan Myanmar masih tidak berputus asa dengan mendominasi perlawanan.

Sergio Aguero masuk menggantikan Safawi Rasid yang menolak Andrew Tuck bermain di sebelah kanan. Myanmar terus menekan dan Syihan Azmi mengalami kecederaan dikitai Myanmar.

David William Rowley dan Aliff Haiqal Lokman Hakim Lau dimasukkan pada minit ke-87 menggantikan Mohamad Faisal Abdul Halim dan Ruventhiran A/l Vengadesan.

Rembatan jarak jauh Myanmar hampir menewaskan Syihan Azmi mujur rembatan itu melewati palang dan sejurus selepas itu Myanmar mendapat penalti.

Entah kenapa penalti semuanya tidak jelas, ulang tayang pun sekadar 3gp dari satu sudut saja dan dikhabarkan kerana bola terkena tangan Sharul Nazeem Zulpakar.

Syihan Azmi mempamerkan satu aksi heroic menggagalkan sepakan penalti Myanmar dengan satu tepisan keluar ke sebelah kirinya.

Myanmar terus menekan untuk gol penyamaan namun Malaysia bertahan dengan baik menafikan sebarang percubaan dan akhirnya 3 mata pertama menjadi milik Harimau Malaya.

Seterusnya Harimau Malaya akan turun untuk perlawanan kedua menentang Laos di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 24 November 2022.

Kesebelasan Utama Myanmar vs Malaysia:

Malaysia: Ahmad Syihan Hazmi Mohamed, Muhammad Azam Azmi Murad, Sharul Nazeem Zulpakar , Dominic Tan, Ahmad Khuzaimi Piee, Stuart John Wilkin, Brendan Gan, Ruventhiran A/l Vengadesan, Mohamad Faisal Abdul Halim, Darren Lok, Muhammad Safawi Rasid.

Pemain Simpanan: Kalamullah Al-hafiz Mat Rowi, Muhammad Rahadiazli Rahalim, Muhammad Fazly Mazlan, Quentin Cheng Jiun-ho, Muhammad Mukhairi Ajmal Mahadi, David William Rowley, Aliff Haiqal Lokman Hakim Lau, Mohd Nor Hakim Hassan, Nur Shamie Iszuan Amin, Lee Andrew Tuck, Sergio Fabian Ezequiel Aguero, Muhammad Haqimi Azim Rosli.

Myanmar: Kyaw Zin Phyo, Ye Min Thu, Kyaw Zin Lwin, Thiha Htet Aung, Nanda Kyaw, Yan Naing 00, Kyaw Min 00, Hein Htet Aung, Lwin Moe Aung, Maung Maung Lwin, Aung Kaung Mann

BACA:ย  Kenali Dion Johan Cools Senjata Rahsia Harimau Malaya