Berita agak mendukakan buat peminat bola sepak di seluruh dunia apabila secara rasminya sah tidak akan ada kelibata pasukan Itali atau Portugal di kejohanan bola sepak paling agung di muka bumi Piala Dunia edisi 2022 Qatar.
Juara EURO 2016, Portugal dan juara EURO 2020, Itali masing-masing telah gagal melayakkan diri ke Piala Dunia Qatar 2022 secara automatik selepas gagal menjadi juara kumpulan di pusingan kelayakan.
Namun begitu bukan disebabkan oleh Nabila Razali dan MK K-Keliku Portugal dan Itali diberi peluang kedua untuk bermain di pusingan play-off kerana muncul naib juara kumpulan.
Zon Eropah disediakan sebanyak 13 slot untuk ke Piala Dunia dan 10 pasukan sudah mengesahkan tempat ke pusingan akhir dan baki tiga slot lagi akan direbut di pusingan play-off.
Bukan Itali dan Portugal sahaja naib juara kumpulan yang mendapat peluang kedua malah Scotland, Ukraine, Wales, Austria, Russia, Poland, Sweden, Czech Republic, North Macedonia dan Turkey akan berentap di pusingan play-off.
Sebanyak 12 pasukan berstatus naib juara kumpulan akan bertarung di saingan play-off untuk merebut 3 lagi slot yang ditawarkan untuk ke Piala Dunia 2022 bagi zon Eropah.
12 pasukan ini akan dipecahkan kepada tiga โPathโ (laluan/jalan/kumpulan) Path A, Path B dan Path C menjadikan setiap Path mempunyai empat pasukan.
๐ 2022 World Cup play-off draw โ
Which fixture are you most looking forward to? ๐คฉ#WCQ pic.twitter.com/E6Vg76tbxD
โ European Qualifiers (@EURO2024) November 26, 2021
Format kalah mati dengan satu perlawanan sahaja diguna pakai, pasukan yang menang dua kali dalam setiap Path akan layak ke Piala Dunia.
Dah la tu membebel setan! Kenapa tidak akan ada Itali atau Portugal di Piala Dunia 2022?
Itali atau Portugal tidak akan ke Piala Dunia kerana kedua-dua pasukan ini telah diundi untuk berada dalam Path yang sama iaitu Path C.
Itali telah diundi bertemu North Macedonia dan Portugal pula akan bertemu Turki. Jika Itali dan Portugal menewaskan lawan masing-masing mereka akan bertemu di perlawanan penentuan.
Oleh itu hanya salah satu pasukan sahaja akan mara. Jangan-jangan Path C ni North Macedonia tapau. Dua-dua tak layak.
Pemenang separuh akhir akan ke perlawanan akhir, Juara Path A, B dan C akan ke Qatar 2022.
PATH A
Separuh akhir 1: Scotland vs Ukraine
Separuh akhir 2: Wales vs Austria
Akhir: Scotland/Ukraine vs Wales/Austria
PATH A
๐ด๓ ง๓ ข๓ ท๓ ฌ๓ ณ๓ ฟ Wales ๐ Austria ๐ฆ๐น
๐ด๓ ง๓ ข๓ ณ๓ ฃ๓ ด๓ ฟ Scotland ๐ Ukraine ๐บ๐ฆ#WCQ pic.twitter.com/3n7kSeAz2iโ European Qualifiers (@EURO2024) November 26, 2021
PATH B
Separuh akhir 1: Russia vs Poland
Separuh akhir 2: Sweden vs Czech Republic
Akhir: Russia/Poland vs Sweden/Czech Republic
PATH B
๐ท๐บ Russia ๐ Poland ๐ต๐ฑ
๐ธ๐ช Sweden ๐ Czech Republic ๐จ๐ฟ#WCQ pic.twitter.com/hVfqbk3XSrโ European Qualifiers (@EURO2024) November 26, 2021
PATH C
Separuh akhir 1: Italy vs North Macedonia
Separuh akhir 2: Portugal vs Turkey
Akhir: Italy/North Macedonia vs Portugal/Turkey
PATH C
๐ต๐น Portugal vs Turkey ๐น๐ท
๐ฎ๐น Italy vs North Macedonia ๐ฒ๐ฐ#WCQ pic.twitter.com/XCjg7f22Qgโ European Qualifiers (@EURO2024) November 26, 2021
Semua Path A, B dan C boleh dikatakan seimbang dan mempunyai peluang sama rata untuk mara dan sudah pasti pasukan di Path A dan B bersyukur kerana tiada Itali dan Portugal dalam kumpulan mereka.
Scotland dan Wales dilihat akan berentap merebut kejuaraan Path A namun Ukraine mampu mencipta kejutan. Di Path B agak menarik untuk dilihat, mampukan Robert Lewandowski dan Zlatan Ibarimovic memacu pasukan masing-masing.
Aksi peringkat separuh akhir untuk sesi play-off UEFA akan dilangsungkan pada 24 dan 25 Mac nanti, sementara perlawanan akhir akan dilangsungkan pada 28 dan 29 Mac.
Kegagalan juara EURO edisi 2016 dan 2020 ini mara secara automatik adalah kerana kesilapan sendiri di mana Itali hanya sekadar seri dalam dua perlawanan terakhir ketika menentang Switzerland dan Nothern Ireland je kot.
๐ Italy and Portugal have been drawn in the same World Cup play-off group
๐คฏ It means one will not qualify for the 2022 World Cupโฆ pic.twitter.com/5ic3ovKSIm
โ WhoScored.com (@WhoScored) November 26, 2021
Portugal juga seperti Itali beraksi buruk dalam dua perlawanan terakhir, Portugal memilih untuk seri ketika menentang Republic Ireland.
Dalam perlawanan terakhir menentang Serbia, Portugal hanya memerlukan seri untuk mara dan ketika dilihat seperti sudah layak Serbia menjaringkan gol kemenangan lewat permainan.
Portugal terciduk lalu dikenang kembali kisah gol Ronaldo dirompak ketika menentang Serbia juga pada pusingan pertama lantaran tiada assistant referee. Kalau main buleh kalau dah layak dah Portugal.
Gol Kemenangan Minit Akhir Portugal Milik Ronaldo Dirompak
Gol kemenangan minit akhir Portugal dari pemain harapan dunia yang kacak bergaya serta hebat, Cristiano Ronaldo telah dirompak oleh pengadil selepas tidak mengesahkan jaringan tersebut.
Pada pandangan mata kasar dan berdasarkan kepada gambar yang dikongsi oleh warga maya jelas bola telah melepasi garisan gol namun tidak berikan kepada Portugal.
Kerana peluang itu tidak dikira, maka Portugal sekadar seri 2-2 apabila bertandang ke Stadion Rajko Mitic, Serbia dalam kempen kelayakan Piala Dunia Qatar 2022 di saingan kumpulan A.
โ ๐ MyBlueEmpire ๐ฆ (@MyBlueEmpirex) March 27, 2021
Ketika perlawanan di masa kecederaan selama tiga minit hanya berbaki 10 saat sahaja untuk tamat, Cristiano Ronaldo telah tampil untuk menampilkan aksi kapten yang perwira.
Cristiano Ronaldo melakukan larian dari sebelah kanan padang selepas Nuno Mendes yang nun kejauhan diseberang sebelah kiri padan melakukan satu hantaran gelembung buaya.
Melihat bola datang seiringan dengan larian CristianO Ronaldo, penjaga gol gol Serbia, Marko Dmitrovic keluar untuk mencabar Ronaldo.
๐ธ Even clearer picture.
Definitely a goal and Portugal robbed! pic.twitter.com/uCjJUX4cfX
โ TCR. (@TeamCRonaldo) March 27, 2021
Namun Ronaldo lebih laju dan Marko Dmitrovic terciduk walaupun sehabis daya menutup ruang yang ada dan sedikit ruang sudah cukup untuk Ronaldo menolak bola ke gawang terbuka.
Pemain Serbia datang mengeluarkan bola dan Ronaldo telah meraikan jaringan tersebut namun tiada pengesahan daripada pengadil bahawa itu adalah gol.
Pengadil telah menafikan jaringan ke-103 Ronaldo pada ketika itu dan kerana menzahirkan kekecewaannya, Ronaldo telah dilayangkan kad kuning.
Insiden ini telah menimbulkan kemarahan kepada peminat setia Cristiano Ronaldo dan media dunia melaporkan bahawa Ronaldo telah dirompak.
Kalau Portugal gagal ke Piala Dunia dan mengenang kembali peristiwa ini, lebih perit dan pedih.