Tok Bomoh Nafi Pogba Mengupahnya Untuk Santet Mbappe

Seorang bomoh yang telah dituduh membantu Paul Pogba untuk menyantet Kylian Mbappe telah menafikan tuduhan tersebut dan Pogba tidak pernah mengupahnya untuk melakukan perkara terkutuk tersebut.

*Santet adalah keupayaan seseorang untuk mencelakai orang lain dari jarak jauh dengan menggunakan ilmu hitam.

Paul Pogba tidak pernah bermain walau satu minit pun bola sepak kompetitif sejak dikeluarkan 10 minit selepas tewas 4-0 ketika Manchester United menentang Liverpool.

Sejak itu dia meninggalkan pasukan Old Trafford buat kali kedua untuk sekali lagi menyertai Juventus secara percuma, seperti yang dilakukannya pada 2012, dengan kontraknya telah tamat.

Kecederaan bermakna pemain tengah Perancis itu terlepas semua perlawanan Juvetus musim ini dan gagal membantu pasukan kebangsaannya mempertahankan kejuaraan Piala Dunia.

Semua itu tidak bermakna Pogba telah berjaya mengelak daripada menjadi tajuk utama, malah kali ini ia bukan kerana Graeme Souness menyalahkannya atas semua penyakit dunia.

Semuanya berkaitan dengan abangnya Mathias Pogba, yang sebelum ini bermain untuk Wrexham, Crewe Alexandra, Crawley Town, dan banyak lagi.

Mathias Pogba yang berusia 32 tahun itu telah ditahan oleh polis berhubung komplot untuk memeras wang daripada adik lelakinya dan ia telah hilang bersama-sama dengan beberapa tuduhan yang luar biasa serta tidak masuk akal.

Antara dakwaan Mathias ialah tuduhan bahawa pemenang Piala Dunia itu telah mengupah seorang bomoh dan telah meminta bomoh itu untuk membawa rama-rama bagi memenuhi Stade de France semasa perlawanan akhir Euro 2016.

Dia juga mendakwa bahawa Paul Pogba juga telah menyantet rakan sepasukannya di Perancis, Kylian Mbappe tetapi bomoh terbabit yang dikenali sebagai Birame D telah tampil untuk menafikannya.

Birame D bercakap kepada Le Parisien menyifatkan ini semua hanya cerita rekaan:

“Seluruh kisah sihir ini hanyalah rekaan semata-mata.” kata Birame kepada La Parisien.

“Paul tidak pernah meminta saya untuk mengenkan sumpahan kepada Kylian Mbappe, baik untuk perlawanan PSG vs Manchester United ini mahupun untuk sebarang acara lain.”

Mereka pernah berbicara tentang Mbappe ketika Piala Dunia 2018 di mana Birame D menyatakan kekagumannya dengan kepantasan di miliki Mbappe kepada Pogba.

“Kali pertama dan terakhir kami bercakap tentang Kylian Mbappe adalah semasa perbualan telefon semasa Piala Dunia 2018.”

“Selepas perlawanan menentang Argentina, saya berkata kepada Paul, ‘Sungguh gila betapa pantasnya si kecil itu.'”

Menurut Birame D lagi, Pogba langsung tidak memburukkan Mbappe malah meluahkan rasa syukur kepada Tuhan kerana menghadirkan Mbappe dalam skuad Perancis.

“Paul menjawab saya dengan kata-kata ini, ‘Kylian, ini adalah anugerah daripada Tuhan untuk memiliki dia bersama kita, dia sangat melegakan kita, dia melakukan banyak kebaikan kepada kita.'”

Birame turut mendedahkan sifat sebenar hubungan dia dengan bintang Juventus itu adalah berdasarkan kepercayaan mereka terhadap agama Islam.

Dan ‘bomoh’ dari Senegal itu menambah:

“Dengan Paul, kami bercakap tentang Al-Quran, solat yang mesti kami lakukan setiap hari dan mata pelajaran kerohanian.”

“Saya dapat menyedarkan dia tentang hakikat bahawa dunia ini hanya persinggahan sementara dan bahawa barang material yang terkumpul semasa kewujudan kita hanya pinjaman dan tidak akan mempunyai kepentingan selepas kematian kita.”

“Satu-satunya perkara yang akan kekal daripada kita ialah semua perkara baik yang dilakukan kepada orang di sekeliling kita dan kepada yang memerlukan.”

Kalau diamati kembali kata-kata Birame D ni menunjukkan dia bukanlah seorang bomoh atau witch doktor yang mengamalkan ilmu hitam tetapi paling tidak pun lebih kepada mengamalkan rawatan cara Islam.

Mana ada Tok Bomoh Santau nak cakap ‘Dunia adalah tempat persinggahan bagi manusia dan ia merupakan tempat untuk mengumpulkan amalan-amalan untuk dibawa ke negeri akhirat iaitu tempat yang kekal abadi.’ Mana mau!

Jika benarlah Mbappe disantet oleh Pogba masakan Mbappe elok je bermain dan terus berlari macam lipas kudung. Top scorer Piala Dunia kot setakat ini.

BACA:  Paul Pogba Bengang Dirinya Difitnah Oleh Media Yang Tak Bertanggungjawab