Tuchel Kantoi Dirakam Menganjing Gaya Pep Guardiola

Thomas Tuchel kantoi apabila perbuatannya menganjing gerak geri Pep Guardiola telah dirakam sebelum perlawanan akhir Champions League menentang Manchester City.

Pengurus Chelsea itu telah menghiburkan staf kejurulatihan beliau di balkoni hotel dengan meniru tingkah laku dan gaya yang sering ditunjukkan oleh Pep Guardiola di tepi padang.

Dalam video rakaman itu, Thomas Tuchel dilihat melambai tangan merata dan menepuk kepala sendiri dan memberi isyarat kepada pemain.

Pep Guardiola terkenal dengan gaya yang agak gila ditepi padang walaupun telah mendahului 20-0 dengan menjegilkan mata dengan tangan tidak berhenti bersilat memberi arahan kepada pemain.

Ada yang menyifatkan gerakan tangan Pep Guardiola seperti seperti pengawal lalu lintas udara yang berusaha mendarat enam pesawat sekaligus.

Ternyata aksi lucu Tuchel membuat para pelatihnya tertawa dan bahkan ikut serta meniru gaya Pep Guardiola. Entah apa reaksi Pep selepas melihat video ini.

Ini merupakan kali ketiga Chelsea mara ke final Champions League dalam sejarah kelab dan ketika mara ke final Chelsea telah memecat pengurus mereka dipertengahan musim.

Final pertama mereka adalah pada 2018, tewas kepada Manchester United dipenentuan sepakan penalti dan muncul juara pada tahun 2012 menewaskan Bayern Munich dipenentuan sepakan penalti.

Chelsea merupakan satu-satunya kelab dari London yang pernah menjulang trofi Champions League dan menjadikan Chelsea kelab paling berjaya di London.

Seorang pengguna Twitter berharap Tuchel akan memenangi Champions League jika tidak masak Tuchel kena menganjing balik kerana video ini.

Dan itulah yang telah berjaya dilakukan Tuchel apabila membawa kejuaraan Champions League kedua untuk Chelsea dalam tempoh 9 tahun.

Gol jaringan Kai Havertz dua minit sebelum tamat separuh masa pertama sudah cukup untuk Chelsea bergelar juara.

Chelsea Juara Champions League

Manchester City memulakan perlawanan dengan agak agresif dengan permainan menyerang seakan mahu mencari gol seawal mungkin dan huru-hara Chelsea diperlakukan anak buah Pep Guardiola.

Raheem Sterling terlebih dahulu mencuba selepas berjaya lepas perangkap offside dari hantaran lambung Recce James sempat menolak sedikit bola dan Sterling melakukan backheel namun ditepis Eduoard Mendy.

Timo Werner masih lagi Timo Werner yang dikenali seluruh dunia apabila terlepas dua peluang satu dengan misskick dan satu rembatan lemah.

Melepasi 20 minit masa permainan Chelsea sudah boleh mula bernafas dan mengadaptasi dengan serangan dan gerakan dari Manchester City.

Selepas ketenangan dicapai Chelsea, Manchester City mula bergelut untuk menembusi benteng dan bahagian tengah Chelsea yang semakin tersusun.

Chelsea hanya menunggu dan melihat sambil menganalisa ruang dan peluang lalu melakukan serangan balas pantas secara mengejut.

Sekali lagi diulangi Timo Werner masih lagi Timo Werner berbakat tapi tidak berbisa dan gagal lagi melakukan percubaan yang mampu membuatkan orang bersorak.

Akhir serangan balas Chelsea membuahkan hasil apabila Kai Havertz secara solo berjaya lepas dengan hantaran lolos Mason Mount, Edison Moraes mencabar namun gagal.

Kai Havertz mudah memperdaya dan melepasi Ederson dan gawang terhidang luas tanpa kawalan dan satu tolakan mudah sudah cukup meletakkan Chelsea dihadapan.

Entah kenapa pertahanan Manchester City dengan tiba-tiba barai dan berterabur dan Mount bijak mengambil kesempatan dalam kesempitan.

Ini merupakan gol pertama Kai Havertz di Champions League, dan pemain pertama menjaringkan gol pertama di final sejak Ilkay Gundogan melakukannya pada tahun 2013.

Kai Havertz juga menjadi pemain Jerman paling muda menjaringkan gol di final Champions League pada usia 21 hari 352 hari sejak pemain Borussia Dortmund, Lars Ricken pada 1997 pada usia 20 tahun 322 hari.

Minit ke-43 dua minit sebelum rehat Chelsea 1-0 Manchester City dan kedudukan ini kekal sehingga tamat permainan babak pertama.

Pada minit ke-56 menyaksikan hadangan Antonio Rudiger ke atas Kevin De Bruyne telah menyebabkan permainan terhenti kerana terjadi kecederaan.

Kevin De Bruyne menerima rawatan dan terus dikeluarkan digantikan dengan Gabriel Jesus. Antonio Rudiger dilayangkan kad kuning.

Sejurus permainan bersambung menjerit hampir semua pemain Manchester City meminta penalti selepas bola jelas terkena tangan Reece James.

Pengadil perlawanan, Antonio Miguel Mateu Lahoz dari Sepanyol buat tak tahu dan meneruskan perlawanan.

Akhirnya Timo Werner dikeluarkan pada minit ke-66 dari terus memalukan diri sendiri, Christian Pulisic dimasukkan.

Cesar Azpilicueta telah melakukan satu potongan yang sangat penting mengeluarkan hantaran maut Riyad Mahrez betul-betul dihadapan muka Mendy.

Christian Pulisic hampir sahaja menggandakan kedudukan namun beliau telah hilang keseimbangan badan ketika membuat percubaan.

Sergio Aguero masuk menggantikan Raheem Sterling dan ketiadaan Kevin De Bruyne menyaksikan Manchester City agak bergelut.

Kerana kecederaan Kevin De Bryune masa kecederaan tujuh minit telah diberikan dan harapan Manchester City masih ada namun Chelsea kental bertahan.

Tiada apa yang mampu dilakukan Manchester City dan kedudukan 1-0 berpihak kepada Chelsea kekal hingga wisel penamat.

Chelsea meraih gelaran juara Champions League buat kali kedua dalam tiga kali final dalam tempoh 13 tahun.

Manchester City: Ederson, Walker, Dias, Stones, Zinchenko, Gundogan, De Bruyne, Bernardo, Mahrez, Sterling, Foden.

Subs: Steffen, Carson, Ake, Jesus, Aguero, Laporte, Rodrigo, Torres, Mendy, Fernandinho, Cancelo, Garcia.

Chelsea: Mendy, James, Thiago Silva, Rudiger, Azpilicueta, Kante, Jorginho, Chilwell, Mount, Havertz, Werner.

Subs: Arrizabalaga, Alonso, Christensen, Pulisic, Caballero, Zouma, Kovacic, Giroud, Hudson-Odoi, Ziyech, Gilmour, Emerson Palmieri.

Referee: Antonio Miguel Mateu Lahoz (Valencia).

BACA:  Heynckes Beri Petunjuk Akan Terus Kekal Menjadi Pengurus Bayern Munich Musim Hadapan